CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya Tidak akan Khianat Rakyat, Harta Benda Negara - Tegas Najib

6-7-2015 10:57 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 12829| Komen: 88

sumber foto : Berita Harian


Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau selaku Perdana Menteri yang dipilih rakyat tidak akan sesekali mengkhianati rakyat dan harta benda negara ini. 

Beliau berkata, pihaknya tidak akan membenarkan anasir luar untuk menggugat dan menjatuhkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dipilih oleh rakyat, sesuka hati mereka. 

"Ini adalah janji saya," katanya ketika berucap pada majlis Iftar Rakyat Negeri Selangor Bersama Perdana Menteri di Masjid Bandar Rinching semalam.

Najib berkata, beliau telah menjadi mangsa serangan di media sosial bertubi-tubi kebelakangan ini termasuk menuduhnya 'songlap' sejumlah wang ke dalam akaun peribadinya.


"Ini bukan untuk membina akal budi rakyat supaya berfikir secara matang, mengisi minda kita dengan fakta benar sebaliknya apa yang mereka lakukan ialah ubah persepsi." 



Najib juga berkata, pembangkang telah menggunakan media sosial memainkan isu bagi mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin BN. 

Beliau berkata, media sosial kini bukan lagi mencari kebenaran tetapi membawa berita terkini tanpa mengira ketepatan dan kesahihan laporan yang disiarkan.


Sumber : Berita Harian

16

Bagus
7

Marah
14

Terkejut
6

Sedih
12

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 5-7-2015 10:33 PM
percaya tul dia dgn agensi penarafan yahudi tu yerrrr
Quote ResellerMaxis 5-7-2015 10:40 PM
kecimpret replied at 5-7-2015 10:33 PM
percaya tul dia dgn agensi penarafan yahudi tu yerrrr

Ds Najib berhadapan dengan situasi paling sukar..Dalam politik..kalau diserang..kita sepatutnya serang balas pada musuh yang menyerang..tapi ds najib diserang secara serentak oleh bermacam-macam pihak..samada secara terang mahupun berselindung...

justeru satu satu nya langkah yang boleh diambil adalah menjelaskan kepada rakyat berkenaan segala keberkesanan tindakan/dasar yang telah dilaksanakan..diharap dengan cara ini..rakyat dapat menyedari segala kebaikan yang telah dilaksanakan oleh ds najib..
Quote kecimpret 5-7-2015 10:44 PM
idop najib!...mohon jgn resign dulu
Quote lostnfaun 5-7-2015 10:51 PM
kecimpret replied at 5-7-2015 10:33 PM
percaya tul dia dgn agensi penarafan yahudi tu yerrrr

Cuba kalau agensi tue bg rating sebaliknya mau lain plak cakapnya...
Quote Orix 5-7-2015 10:52 PM
hidop pahlawannn
Quote ResellerMaxis 5-7-2015 10:52 PM
kecimpret replied at 5-7-2015 10:44 PM
idop najib!...mohon jgn resign dulu

Ds Najib xkan resign..Kalau Tun M bawa malaysia ke belakang selama 22 tahun..Ds Najib yang akan memimpin malaysia ke hadapan akan memerintah lebih dari 22 tahun..
ayat bagi macai lebih kepanasan..kalau saya nak menyamun pun..xkan lah saya simpan dekat bank di malaysia..


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ).

Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai pengaliran wang dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

"Saya berterima kasih ramai juga yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Datuk Haron Din (gambar).  Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib.

Kata perdana menteri, dia menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini dengan mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara.

"Kalau saya nak menyamun pun, takkkan saya menyamun bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itupun saya kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di depan kira-kira 400 orang yang menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Bandar Rinching, Semenyih hari ini.

Dalam ucapannya, Najib juga memberitahu hadirin beliau baru saja mengadakan sidang media untuk memaklumkan beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan memulana proses perundangan terhadap WSJ.

Bagaimanapun mendapati didapati kurang terangsang dengan kenyataan itu.

Semalam Haron menyatakan rasa curiga beliau terhadap kebenaran laporan WSJ yang mengaitkan perdana menteri dengan pengaliran dana 1MDB ke dalam akaun peribadi individu didakwa Najib.

Haron juga berharap tuduhan yang dibuat ke atas Najib itu tidak benar.



Quote ResellerMaxis 5-7-2015 10:53 PM

darah dalam diri beliau merupakan darah pahlawan bugis..bukan darah lanun bugis macam sesetengah pihak yang tidak puas hati dengan beliau..tapi diri beliau sendiri merupakan pemimpin agung yang akan membawa malaysia ke arah kegemilangan..
Quote Orix 5-7-2015 10:56 PM
ResellerMaxis replied at 5-7-2015 10:53 PM
darah dalam diri beliau merupakan darah pahlawan bugis..bukan darah lanun bugis macam sesetengah p ...

hahaha... koserrr akuu... pahlawan lagi si azwab ali nak banding ngn bijan ni
Quote ultra78 5-7-2015 10:57 PM
kutipan zakat meningkat. ok le tu

Quote TuntungReturn 5-7-2015 10:59 PM
najib kne belajar ngan mahathir. mana ada org berani lawan mahathir,die cantas awal2.
Quote ResellerMaxis 5-7-2015 11:00 PM
Orix replied at 5-7-2015 10:56 PM
hahaha... koserrr akuu... pahlawan lagi si azwab ali nak banding ngn bijan ni

tu ds najib dah nak saman wsj..xpercaya lagi dengan kepahlawanan beliau??
Quote ResellerMaxis 5-7-2015 11:01 PM
ultra78 replied at 5-7-2015 10:57 PM
kutipan zakat meningkat. ok le tu

bukan kutipan zakat sahaja meningkat..pendapatan per capita pun dah banyak meningkat di bawah pentadbiran ds najib
Quote ResellerMaxis 5-7-2015 11:02 PM
TuntungReturn replied at 5-7-2015 10:59 PM
najib kne belajar ngan mahathir. mana ada org berani lawan mahathir,die cantas awal2.

sebenarnya tun m yang pengecut..tengok lepas lawan tengku razaleigh..terus letakkan kuota..kalau nak cabar presiden umno..kena dapat 64 percalonan sekurang-kurangnya..semata-mata nak elakkan dari dicabar..
disebabkan ds najib memiliki darah pahlawan bugis..beliau telah menghapuskan undang-undang mengarut tersebut dan tidak gentar kepada persaingan..
Quote abangbeca 5-7-2015 11:05 PM
Dah org wat pitnah terus saman je la.... nak pikir2 apa lagi.... pahlawan apa gini org dah serang bertubi2 kita dok tunggu nak pikir dulu nak wat apa...
Quote tightcherry 5-7-2015 11:07 PM
Step down najis
Quote dani-rox 5-7-2015 11:07 PM
Kata Najib, beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan menyaman WSJ dan tidak akan membiarkan kuasa luar mengancam atau menumbangkan kawalan BN dalam kerajaan.


what? serious allegation kot, bole plak nak pikir2 lg... ini bukan setakat menjatuhkan maruah ko sbg PM tetapi rakyat Msia pon terpalit sama hokeh. i'd say go for it
Quote ResellerMaxis 5-7-2015 11:09 PM
abangbeca replied at 5-7-2015 11:05 PM
Dah org wat pitnah terus saman je la.... nak pikir2 apa lagi.... pahlawan apa gini org dah serang be ...

nak saman kena lah semak dulu..berapa banyak fitnah yang ada..berapa nilai saman sepatutnya..xkan lah hari ini orang fitnah..esok boleh terus saman..
Quote ResellerMaxis 5-7-2015 11:10 PM

agak-agak lah panggilan anda tu..tolong jaga hati dan perasaan para penyokong beliau, para ahli keluarga beliau..
Quote durin 5-7-2015 11:10 PM
Iye datOokk??,,isk isk.. Dah dah la tu:zz

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.115874 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top