CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Adakah salah ada hubungan yang dirahsiakan? Pertimbangkan hal berikut

7-7-2015 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 7479| Komen: 5

Oleh Fyruz

Pernah tak pasangan kamu cakap "Jangan beritahu orang lain lagi ya..." atau pun " Ini hanya antara kita dua dulu...".


Jika anda pernah menerima ini daripada kekasih anda, anda boleh dikatakan menjalani hubungan intim tanpa mahu dihebohkan kepada orang lain. Namun, jika kamu merasakan sedih dan tak best menjalani hubungan sebegini, jom baca kenapa hubungan yang dirahsiakan juga sebenarnya sangat best

1.Disini, kamu akan belajar lebih untuk menghargai pasangan




Jika pasangan kamu meminta kamu untuk merahsiakan hubungan kalian, jangan terus judge si dia dengan beranggapan si dia tidak serius dengan kamu. Ada pelbagai jenis orang dalam dunia ini dan mungkin si dia seorang yang reserved. Jenis yang cautious dan berhati-hati. Dia ingin menyimpan hubungan kalian sebab dia tidak mahu main-main. Dengan perbincangan bersama, anda harus menghargai keputusan pasangan jika memang dia mahu merahsiakan hubungan kamu untuk sementara waktu.


2. Gunakan saat ini untuk mengenal lebih mendalam karekter dan peribadi masing-masing


Hadapi sahaja hubungan kalian bak air yang mengalir. Tapi harus diingat dan difahami bahawa hubungan yang dirahsiakan ini tak sama dengan hubungan tanpa status. Pastinya status kamu ada, cuma tidak diketahui ramai. Nikmatilah hubungan kalian apa adanya.

3.Hubungan kamu dengan si dia lebih matang


Pernah tak kamu lihat kawan-kawan, sekejap-sekejap "in a relationship" lepas tu "engaged" dan kejap tu " married with", padahal tak pula kamu nampak mereka berkahwin. Haih... nampak sangat kamu tidak matang dan setiap masalah kamu dengan si dia kamu pasti sebarkan melalui statusmu. 

Bosan kan, jika kamu menjalani hubungan yang dirahsiakan, kamu lebih matang dan lebih mempercayai si dia dengan tidak menjadikan perkara remeh-temeh sebagai ringtangan dalam hubungan kamu.

4. Kamu dan si dia tahu bila saat tepat untuk diumumkan pada publik

Mungkin ada ketika kamu inginkan suatu hubungan yang kamu jalani hanya kamu sahaja yang saling mengetahui. Jika  kamu dengan si dia ke arah yang lebih serius yang mana kamu dan si dia sudah serasi untuk menjalani masalah dalam hubungan kamu maka kamu tahu bila saat untuk kamu "made it to public".

Semoga hubungan yang kamu jalani menjadi semakin matang dan buat kamu berdua saling mengenali antara satu sama lain. -CARI Infonet.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote katewilma 8-7-2015 11:15 AM
macam Kate skrang... huhu tapi makan hati laaa
Quote cik_tonggek 10-7-2015 04:24 PM
ala stakat hapdet status kat fb je ponnnnnn
bukan hapdet kat pejabat agama ke apa
bbnu sangat
Quote wana89 11-7-2015 11:07 AM
Edited by wana89 at 11-7-2015 11:10 AM

wana jenis suka privasi..bab update relationship apa kejadah kat fb tu..memang xla..
lebih suka senyap dan diam jah..
sampai ex wana tanya, heol classmate wana masa sekolah..heol tanya apa salah orang tahu..
dalam hati wana..
gila ko..nak kena bahan ker??kalo break o xjadi ker..
xla malu..
xla serba salah sangat..boleh buat damage control..
kalo orang tahu, susah la mek..nak hadap dia, nak hadap environment..
walaupun kawan wana dapat hidu, it's not from me..jawapan wana ringkas jer..ko tanya la orang yang cakap..bukan aku cakap, so aku xtahu la..
kalo dah kahwin nak gebang tu..boleh la..nikah memang patut dibagi tahu kan??
kalo takat kapel n tunang, untuk wana baik diam jer la..
xjadi xla malu..clash o putus kapel xsama bercerai nok..
Quote keladi_merah 16-7-2015 08:21 PM
sama lah kita..bf iols memang sangat2 reserved.. mula2 makan hati jugak. kita letak gambar kat instagram dan tag nama dia, boleh dia buang tag tu.. sabo jelahhh

now dah lama2 sikit baru le paham.. so iols pun takla letak gambo2 dia kat instagram.. kalau kluar together pun letak gamba makanan ke, gamba pemandangan ke... kakah
Quote meklin 2-8-2015 08:58 AM

Aku ada buat mcm ni .. tapi ada sebab.
Masa tempoh nak kenal .. aku suka keep it low .. sekadar kawan tertentu tahu sebab aku akan banyak tanya pendapat kawan2 ..
Apabila dah ada keserasian dan kita rasa dah memang masuk fasa serious ..
baru rasa ok nak bgtahu lebih ramai ..

Lihat semua komen(5)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.046815 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top