Oleh Fyruz
Britain: Tysha Stapleton, 24, membeli pengisar makanan minggu lepas dengan harga £100, namun memberitahu dia hanya guna 2 kali sahaja sebelum pengisar ini tak boleh digunakan.
Tak puas hati, dia pun cuba untuk membuka pengisar terbabit menggunakan skrew sebelum dia terdengar bunyi 'bang' dan pengisar tersebut pun meletup.
"Ia tak sepatutnya panas tapi ada benda yang menyebabkannya panas dan meletup," kata Tysha kepada The Sun.
Kesakitan yang dialami Tysha juga bukan kecil kerana kulitnya melecur, dan hampir mencacatkan mukanya.
"Saya bimbang dan ingat saya akan buta. kerana kulit saya mencair sewaktu terkena serpihan letupan. -CARI Infonet.
|
ADVERTISEMENT