Oleh : Izzah Abbasy
FESTIVAL RAYA NOMBOR 1 MALAYSIA yang dianjurkan pada 11, 12, dan 13 Julai 2015 adalah Festival Raya Terbesar Asia. Ia dikenali sebagai Mood Republik KL Raya Fest 2015 ini bermula jam 10.00 pagi sehingga 5.00 pagi. Bagi mereka yang mengikuti laman Instagram atau Facebook, sudah pasti mereka akan tahu kewujudan festival ini kerana saban tahun pasti menerima ratusan ribu pengunjung. Pada kali ini, Mood Republik menarik ramai pengunjung kerana pelbagai barangan daripada 300 jenama terkenal dan ramai selebriti ada di sini. Malahan, ia adalah salah satu tempat dimana pengunjung dapat membeli persiapan raya di saat-saat akhir dengan promosi hebat yang ditawarkan. Untuk pengetahuan, festival ini adalah pertama kali dalam 30 tahun sejarah PWTC yang membuka pintunya untuk pengunjung dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 pagi berikutnya. Fenomena biasa yang dikatakan pula adalah, pengunjung akan beratur 10 jam awal sebelum pintu dewan dibuka. Begitu dasyat pemasaran festival ini dijalankan. Konsep yang diketengahkan pula adalah INGAT RAYA, INGATLAH MOOD REPUBLIK. MENARIK TENTANG MOOD REPUBLIK KL FEST RAYA 2015 1 Diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Dewan yang paling eksklusif dan selesa. Berdekatan dengan pengangkutan awam LRT { stesen PWTC } dan KTM { stesen Putra } serta Stesen Bas Putra. 2 Dibuka dari pukul 10.00 hingga 5.00 pagi kecuali hari terakhir (hari ini) sehingga 12.00 tengah malam. 3 Menyediakan 100, 000 ribu "goodie bags" khas kepada 100, 000 ribu pengunjung yang pertama. 4 3,000 ribu kemudahan tempat letak kereta di PWTC , Sunway Putra Mall dan Seri Pacific Hotel. 5 Tempat solat di surau dan Masjid PWTC. 6 Cafe ala carte serta buffet Ramadhan. 7 Perkhidmatan ATM sedia ada di PWTC. 8 Masuk percuma. 9 Iklan KL Raya Fest ini ditayangkan di LED SCREEN paling besar di Asia iaitu di bangunan UMNO. Kredit Foto : www.facebook.com/moodrepublik/photos PUNCA KEKECEWAAN 1 CEO Mood Republik lambat kelihatan seperti yang dijanjikan bagi penyerahan "goodie bags". 2 Pihak pengurusan gagal menguruskan pengunjung yang ramai dan padat. 3 Pihak pengurusan berang dan menolak kasar pengunjung. 4 Duit raya yang diberi tidak seperti yang dijanjikan. 5 Pengunjung yang hadir bukan mengharapkan "hadiah" daripada pihak penganjur tetapi untuk membeli belah. 6 Tidak memohon maaf kepada pengunjung. Kredit Foto : www.facebook.com/moodrepublik/photos Kredit Foto : www.facebook.com/moodrepublik/photos Kredit Foto : www.facebook.com/moodrepublik/photos Kredit Foto : www.facebook.com/moodrepublik/photos Bangga dengan anak Tempatan yang berjaya mengadakan festival terbesar ini, namun harus diingat pengunjung yang hadir adalah penyokong utama serta penyumbang bagi festival ini dapat diadakan dengan jayanya. Pihak pengurusan harus mengkaji semula dimana silapnya agar ia tidak akan berlaku lagi selepas ini.
|
25
Bagus |
18
Marah |
21
Terkejut |
25
Sedih |
26
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT