|
Raja Ilya, 37, mendedahkan suatu ketika, dia mempunyai masalah untuk meneruskan rawatan pemutihan gigi memandangkan giginya menjadi terlalu sensitif gara-gara dari kecil tidak disiplin dalam bab penjagaan.
Menurut Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, sebelum ini, adalah menjadi rutinnya pada setiap tiga bulan sekali untuk membuat rawatan pemutihan namun kemudiannya dinasihatkan berhenti oleh doktor. “Dulu, hampir setiap tiga bulan saya akan pergi buat rawatan pemutihan gigi. Akhirnya, doktor yang merawat kata memang dah tak boleh buat. “Gigi saya jadi sangat sensitif dan langsung tak boleh buat apa-apa rawatan pemutihan. Habis itu, mana tidaknya, dari kecil tak jaga gigi.
“Umur satu tahun mak dah bagi Milo ganti susu sebab saya ada masalah intoleransi laktosa (lactose intolerant). Apa cerita!”katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.432720 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.