|
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki terharu setelah menerima kiriman kad ucapan daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik mengetahui pelakon berkenaan positif dijangkiti Covid-19.
Dalam masa sama, Afdlin menerusi hantaran di Instagram berkata, keadaan paras oksigennya tidak begitu stabil. “Terharunya… Tak pernah lagi seumur hidup aku, tengah sakit orang-orang hebat macam ini ingat dekat aku. “Sekarang tahap oksigen tidak menentu dan naik turun. Harap semua baik, doakan saya dan team saya. Insya-Allah perkenankanlah,” tulisnya.
Terdahulu, menerusi satu hantaran berbeza, Afdlin memohon maaf kerana tidak dapat menjawab sebarang panggilan atau mesej. Sementara itu, maklumnya lagi, enam orang daripada pasukannya turut dijangkiti dan tidak menafikan urusan kerja terjejas. Serentak dengan perkongsian tersebut, Afdlin juga memuat naik paparan skrin status MySejahtera, tahap 1 (CAT 1). Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.426012 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.