|
Penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan menegaskan untuk berjaya, seseorang itu jangan malas dan perlu selari dengan tindakan.
Jelas bintang kelahiran Akademi Fantasia musim pertama itu, majoriti menginginkan wang lumayan untuk melunaskan komitmen namun tiada usaha. Nana menerusi perkongsian di Instagram miliknya berkata, tiada individu yang berjaya andai bersikap malas. “Tidak ada kejayaan untuk orang yang malas dan tiada tindakan. Kita tak malas bukan?Jom buat tindakan! Teruja diberikan hari yang baru untuk kita usaha dan usaha lagi!” tegasnya menerusi hantaran di Instagram.
Terdahulu Nana yang terkenal dengan sikap periangnya itu menerusi satu perkongsian di Instagram bertanyakan tentang pilihan antara wang dan sahabat setia. Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati majoriti pengikut dan peminat Nana memilih wang. Untuk rekod, selain bergelar penyanyi, pelakon, dan pengacara, Nana mempunyai perniagaan sendiri yang diasaskan sejak 2018. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.296636 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.