Proses pemindahan aset-aset air di Selangor kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dijangka selesai dalam tempoh 60 hari daripada tarikh Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Air yang ditandatangani pada 10 Julai lepas. Menurut Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, kerajaan Selangor sedang berbincang dengan PAAB bagi mengenal pasti fasiliti yang akan dipajakkan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). "Pertikaian sebelum ini adalah berhubung dua aset air iaitu di Semenyih dan Bukit Nanas, tetapi ia telah selesai selepas kerajaan negeri bersetuju menyerahkan empat aset lain yang mempunyai nilai sama dengan aset berkenaan untuk menyegerakan penstrukturan air ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan Selangor di Stadium Shah Alam Ahad lalu.
"Sebaik sahaja kita memuktamadkan perjanjian ini minggu lepas, kita diberi tempoh 60 hari dan kita akan selesaikan dalam tempoh yang ditetapkan itu." Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat hadir pada majlis itu, yang turut dikunjungi lebih 5,000 orang. Pada 10 Julai lepas, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor menandatangani Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. sumber : http://www.mstar.com.my/ |
4
Bagus |
7
Marah |
15
Terkejut |
9
Sedih |
14
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT