CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

12 Jenis Perempuan Single, Anda Kategori Yang Mana?

24-7-2015 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9868| Komen: 20


Oleh : Dean BZ

Sumber foto : twitter.com

Setiap lelaki pastinya akan memerhatikan gerak geri gadis yang diminati dan sentiasa cuba "menyiasat" status gadis itu. Apabila mengetahui gadis itu berstatus "single", pasti akan meningkatkan lagi semangat untuk "mencuba" dan mengenali lebih rapat.

Malangnya selepas perkenalan dan cubaan berterus terang untuk menjadikan gadis tersebut sebagai teman hidup akhirnya dibalas dengan jawapan "tidak". Namun usah gusar dan kecewa, jom kenali dan selidik lebih lanjut kenapa sesetengah gadis single memberikan jawapan "tidak" apabila diajak menjadi teman hidup. Pastinya mempunyai sebab-sebab tertentu yang mungkin kaum Adam perlu ketahui.

Memetik dari lyssasecret.com, satu penelitian telah pun dilakukan oleh Michelle Cove , seorang penulis dengan mewawancarai lebih daripada 100 perempuan. Beliau cuba untuk menentukan apa yang menjadi keinginan dan impian para perempuan tersebut. Setelah selesai wawancara tersebut, beliau pun menyimpulkan keinginan dan impian para perempuan tersebut dalam 12 kategori iaitu:


1. Pencari Teman Hidup.
Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.

2. Bangkit Semula.
Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.

3. Tak Peduli.
Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.

4. Menunggu

Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk "diselamatkan" oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.

5. Bebanan Kahwin
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.

6. Bebas
Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.

7. Ingin berkahwin
Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.

8. Pembelot
Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.

9. Ingin Perbezaan.
Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.

10. Menjadi ibu
Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk mempunyai anak.

11. Lambat dan mantap
Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan atau tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.

12. Perintis
Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.

Kepada gadis yang masih single, anda pasti tahu anda di dalam kategori yang mana. Buat lelaki pula, jika anda benar-benar mengidamkan gadis idaman anda untuk dijadikan teman hidup, usah putus asa. Teruskan mencuba! Go go chayok! hehe - CARI Infonet.



17

Bagus
19

Marah
18

Terkejut
30

Sedih
17

Lawak
38

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tatirania 22-7-2015 04:35 PM
3. Tak Peduli.
Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.


saya yang ini.........
Quote zulka 22-7-2015 04:47 PM
TT yg mana?
Quote zulka 22-7-2015 04:48 PM
aku tiada 1 pun diatas...
Quote CariCari621 22-7-2015 05:18 PM
Hahahaha .... x sure ade di kategori mane .....
Quote Nusantara77 22-7-2015 06:06 PM

TT dah lama tinggalkan status single
Quote Ipo 22-7-2015 06:21 PM
3. Tak Peduli.
Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.



yang ni..tapi tak semua dalam tu tepat dgn kisah hidup saya..


Quote membesar 23-7-2015 12:39 AM
Menunggu
Quote spiderman80 23-7-2015 01:15 AM
Ceh!! Nak buat begitu banyak point pulak. Pada pandangan lelaki, semua pompuan yang masih single-mingle ialah satu jenis saja, JUAL MAHAL.
Quote intriQue 23-7-2015 08:23 AM
Diburu dan memburu
Quote bellaa 23-7-2015 12:21 PM
1. Pencari Teman Hidup.
2. Bangkit Semula.
5. Bebanan Kahwin
8. Pembelot
11. Lambat dan mantap


Quote awanjingga 23-7-2015 02:25 PM
zulka replied at 22-7-2015 04:48 PM
aku tiada 1 pun diatas...

pompuan ke?


tu tnya kat pompuan single aje...
Quote awanjingga 23-7-2015 02:26 PM
No . 3...
Quote zulka 23-7-2015 02:37 PM

hehe..saje je..kita 'bro' la..
nah munge
Quote awanjingga 23-7-2015 02:43 PM
zulka replied at 23-7-2015 02:37 PM
hehe..saje je..kita 'bro' la..
nah munge

bunga raya ye..

TQ
Quote clarizsa 24-7-2015 04:38 PM
tumpang baca...
bukan single...
dan berharap xkan pernah single..

i need a man , lover, partner in my life...
Quote jelitaqasyah 24-7-2015 06:47 PM
11 . hehehehe
Quote setokinpurple 25-7-2015 12:02 PM
Bangkit semula & tak peduli
Quote kucingkecik 26-7-2015 07:43 PM
Sy no 11...hehehe
Quote syafikahisham 2-8-2015 01:26 AM
3.tak peduli

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.049944 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top