Oleh Adib Za Anak yang sudah masuk ke sekolah namun memberikan perkembangan yang kurang memberangsangkan.
Situasi ini pastinya membuatkan anda berasa gusar, sedih dan kadang kala buntu kerana tidak tahu tindakan selanjutnya.
(Sumber foto: Dinneralovestory)
Jangan risau, ambillah makanan tambahan untuk anak anda. Berita baiknya, kismis merupakan makanan terbaik untuk perkembangan otak si kecil.
Malah, ia merupakan salah satu makanan sunnah yang dianjurkan oleh nabi Muhammad.
Berikan kismis pada anak anda setiap hari, nescaya ia mampu membantu perkembangan otak dan menguatkan ingatannya.
Mengapa kismis itu terbaik untuk anak-anak?
(Sumber foto: BBC)
1. Kismis mengandungi kadar gula semula jadi yang membekalkan tenaga kepada anak-anak.
2. Kandungan lemak yang rendah menjadikan ia snek yang sihat.
3. Juga mengandungi serat yang tinggi, membantu penghadaman kanak-kanak.
(Sumber foto: optimus5)
4. Merupakan sumber iron dan pottasium yang baik.
5. Mengandungi boron yang membantu perkembangan otak, menguatkan ingatan, memudahkan hafalan sekaligus meningkatkan prestasi pembelajaran di sekolah. - CARI Infonet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|