sumber foto : http://www.themalaysianinsider.com/ Usaha untuk mendorong Negara Senjata Nuklear (NWS) supaya menyetujui protokol Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) akan diperhebatkan di kalangan ASEAN.
Berdasarkan laporan Bernama semalam, keputusan itu dibuat pada mesyuarat hari ini selepas Suruhanjaya SEANWFZ mengkaji semula perkembangan yang dicapai dalam pelaksanaan Perjanjian dan Pelan Tindakan (POA) SEANWFZ. Menurut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, isu-isu berkaitan protokol Perjanjian SEANWFZ telah dibincangkan secara menyeluruh. Bagi memastikan NWS iaitu China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, menyetujui terhadap protokol itu secepat mungkin, pandangan mengenai kaedah tebaik telah ditukar-tukar semasa perbincangan.
Beliau berkata demikian pada taklimat media selepas mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya SEANWFZ dan sesi bersemuka Menteri-Menteri Luar Asean bersama Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), di Kuala Lumpur semalam. Jelas Anifah, Jawatankuasa Eksekutif Suruhanjaya SEANWFZ ditugaskan untuk meneruskan perbincangan dan membuat pertimbangan terhadap keraguan itu yang membawa implikasi undang-undang dan teknikal terhadap Perjanjian SEANWFZ. Perjanjian SEANWFZ yang juga dikenali sebagai Perjanjian Bangkok, ditandatangani pada Disember 1995 di Bangkok oleh 10 negara anggota Asean dan mula berkuat kuasa pada Mac 1997. -CARI Infonet |
24
Bagus |
20
Marah |
21
Terkejut |
9
Sedih |
27
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT