CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peraturan Lalulintas Pelik Di Merata Dunia

6-8-2015 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7705| Komen: 5


sumber foto : https://ri32.files.wordpress.com/


Macam-macam perkara pelik berlaku di dunia yang meluas ini termasuk juga peraturan di jalanraya.


Menurut laporan Daily Mail di England pada 7 Julai, peraturan jalanraya di sesetengah tempat boleh dikatakan mempunyai pendekatan yang pelbagai dan pelik, menyebabkan mereka yang membaca laporan itu terkejut dan rasa nak tergelak. 

Jadi, apa kata jom kita saksikan beberapa peraturan jalanraya yang pelik yang terdapat di setiap pelusuk dunia ini. 

sumber foto : http://himg2.huanqiu.com/

1) Memandu dengan berpakaian bikini, sila sediakan senjata sekali. 

Walaupun negari Kentucky di Amerika Syarikat merupakan sebuah tempat terpencil sdan berada di kawasn pendalaman, tetapi masih memiliki pantai dan pelbagai kolam renang. Di sini, kaum hawa boleh berpakaian baju renang ketika memandu kereta, akan tetapi pada masa yang sama mereka perlu membawa bersama senjata untuk mempertahankan diri. Kalau tidak, mereka akan diiringi dua orang pegawai polis bagi melindungi mereka sampai ke rumah. 



sumber foto : http://newmalaysianpost.com/

2) Membogelkan diri semasa memandu, tidak menjadi masalah.

Bagi mereka yang minat merasai kesejukan tiupan angin di sepanjang perjalanan, negara Jerman adalah pilihan yang terbaik. Di Jerman, kereta adalah dianggap ruang peribadi, ini bermakna juga memandu kereta tanpa berpakaian atau membogelkan diri adalah dibenarkan di sisi undang-undang. Namun, jika individu terbabit mengalami kemalangan akibat memandu secara kaki ayam, mungkin dia akan kehilangan wang pampasan daripada syarikat insuran. 


sumber foto : http://i176.photobucket.com/

3) Tahan Ya, Kalau Rasa Nak Kencing Ketika Memandu

Di England, seseoarng pemandu itu rasa nak terkencing ketika dalam perjalanan dan tidak dapat menahannya sehingga ke setesen yang satu lagi, mereka boleh membuang air kencing di tepi jalan tetapi mereka hanya boleh berbuat demikian dengan berdiri di tepi bahagian tayar belakang kereta, sambil tangan kanan menyentuh kereta, kalau tidak akan dikenakan denda.



sumber foto : http://oi43.tinypic.com/

4) Gorilla kena duduk di sebelah pemandu

Satu lagi peraturan jalanraya yang pelik dari Amerika Syarikat iaitu di Massachusetts. Di sana, gorilla boleh dibawa naik kereta. Namun, gorilla tersebut harus duduk di tempat duduk di sebelah pemandu, kalau tidak, pemandu terbabit akan dikenakan denda.



sumber foto : http://www.petautosafety.com/

5) Pasang tali pinggang keledar sebaik mungkin buat anjing
Di Itali, ketika memandu kereta membawa bersama binatang kesayangan seperti anjing adalah tidak menjadi masalah, yang penting perlu memasang tali pinggang keledar buat anjing tersebut. Di Jerman pula tiada peraturan mensyaratkan perlu memasang tali pinggang keledar untuk anjing, tetapi pemandu terbabit masih harus menyediakan langkah-langkah pelindungan bagi mengelakkan berlaku kecederaan buat binatang kesayangan tersebut semasa di dalam kereta.


sumber foto : http://i370.photobucket.com/

6) Unta diberi keistimewaan
Di United Arab Emirates, Unta adalah binatang yang biasa dinampak, bukan itu saja, unta juga merupakan anatara binatang yang memiliki hak keistimewaan di jalanraya. Di lebuhraya, unta sering mempunyai hak keistimewaan untuk lalulintas. 



sumber foto : http://i4.walesonline.co.uk/i

7) Saman Melebihi Had Kelajuan di Austria
Di kawasan had kelajuan yang tidak melebihi 30km/j, polis trafik di Austria biasanya akan membuat pemantauan kelajuan dengan menggunakan mata sendiri. Oleh kerana anggarannya hanya bergantung pada polis trafik berkenaan, jadi sekiranya kelajuan kereta berada dalam had laju yang ditetapkan, pemandu terbabit masih berkemungkinan besar akan dikenakan saman melebihi had kelajuan. - CARI Infonet



5

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 13-7-2015 12:44 PM
Ialah lain negara lain peraturan lalulintasnya.
Quote ipes2 13-7-2015 06:25 PM
Rasanya drivers in France kena bawak high visual emergency jacket yang kuning tu dalam kete.. must be in the body of the car, tak boleh dalam boot. dah ada kawan kena saman
Quote mattzzx 14-7-2015 11:00 AM
polis lah best dapat iringi orang bogel ke rumah nya....... pelik pelik..
Quote aTiKah_aYuNi 16-7-2015 08:33 AM
pelik pelik..
Quote kanaganpilley 6-8-2015 11:48 AM
Ultramen awak duduk jerman kaa? ada banyak masa mau vogel ka

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.089028 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top