Oleh : Dean BZ
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam menggesa 3 juta ahli UMNO melancarkan serangan balas terhadap tentera siber pembangkang yang menyerangnya melalui media sosial. Berucap di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur semalam Presiden Umno itu berkata, daripada "membebel tidak tentu arah" lebih baik untuk ahli parti itu belajar memanfaatkan media sosial dan Internet, seperti dilaporkan Malaysiakini.
“Buka akaun Facebook dan Twitter. Jika anda tidak boleh menjadi blogger, menggunakan Facebook dan Twitter pun memadai. “Bila anda melihat pandangan salah, betulkannya. Bila anda melihat presiden parti diserang, anda boleh serang mereka kembali,” katanya. Tambahnya lagi, Perdana Menteri berpendapat dunia maya merupakan medan perang politik baru dan bukan lagi berperang secara fizikal atau pun perang mulut. - CARI Infornet. |
ADVERTISEMENT