CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bahasa Alien" Kuburkan Bahasa Melayu Tanpa Sedar

11-8-2015 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24635| Komen: 126|Original author: CARI-HBZ


Oleh : Dean BZ

Sumber foto : annyss.blogspot.com

Bahasa Melayu  ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata.

Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.


Sumber : ms.wikipedia.org

Bahasa jiwa bangsa, begitulah bunyi peribahasa yang lazim kita dengar  namun sejak akhir-akhir ini, gejala perosak bahasa dapat dilihat sangat ketara di alam maya. Tanpa kita sedari, mungkin sesuatu yang dianggap trend ini telah merosakkan bahasa ibunda kita yang telah sekian lama terpelihara.

Jom kita lihat contoh sesetengah masyarakat kita yang mula belajar bertutur bahasa Melayu+bahasa makhluk asing, agak sukar juga untuk memahaminya :




Sumber foto : johanharith.blogspot.com



Mungkin gejala menulis dalam "bahasa alien" ini dilihat tidak mendatangkan kesan yang terlalu serius kepada masyarakat, bagaimanapun ia memberi impak yang sangat besar terutamanya pada anak-anak kita dan generasi akan datang. Jika sudah terbiasa menggunakan "bahasa alien" sebagai bahasa penulisan harian, contohnya ketika chat bersama rakan di Whatsapp dan Facebook, tidak mustahil bahasa ini akan terbawa-bawa dalam peperiksaan sekolah.


Sumber foto : mayandhanis.blogspot.com

Menulislah dalam bahasa Melayu yang betul dan pupuklah rasa bangga dengan bahasa sendiri. Sayangi Bahasa Melayu moga tidak luput dek zaman. Perlu diingati, musnah bahasa punahlah bangsa! - CARI Infonet.



*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

20

Bagus
4

Marah
10

Terkejut
6

Sedih

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 11-8-2015 06:26 PM
Itu dipangg evolusi bahasa ke apa,akak setuju dgn forumer @petola  dengan pandangan beliau dalam thread2 bahasa yg lepas.  
Quote revolusi_30 11-8-2015 06:27 PM
Btw, thread pasal bahasa ne intipatinya sama jah, tajuk je beza..berlambak thread pasal bahasa kt CI ne

@axl_bach
Quote pooh~key 11-8-2015 06:36 PM
Ejeeewwwww machauummmm piuhhhhkweeeeyyyy....
Quote babydoll 11-8-2015 06:38 PM
gigih gile taip 'arewark'..what the hell?? eja awak pon dah ckp kot. apa daaa
Quote trewqwert 11-8-2015 06:39 PM
Cayunk bahasa melayu
Quote AbukRokok 11-8-2015 06:48 PM
adam jutaria punya kaum...ak ak ak
Quote dubuk 11-8-2015 06:59 PM
budak budak nak bermanja





Quote ajinomotonosuga 11-8-2015 07:03 PM
dulu bahasa express perasaan tapi hari ini bahasa adalah perasaan

tadak dah protokol pembahasaan

konsep KOMPUTER what u see is what u get
Quote aduh2sayang 11-8-2015 07:08 PM





Quote miabebe 11-8-2015 07:10 PM
Sajew lettew...perli mia kew pew....

Wakakakakaka...
Quote miabebe 11-8-2015 07:13 PM
Mia tasuka taw..tapaham sudala..tatahan mia namarah pun adew hoccay...mencikkkkkk!.!.!.!.! Sentap la miaaaaaaa
Quote MsKathryn 11-8-2015 07:17 PM
Merosakkan bahasa je
Quote abangbikerz 11-8-2015 07:18 PM
Seriusly kalau aku dpt manusia yg tulis camtu mmg aku sembelih dia idup2
Quote protonpersona 11-8-2015 07:38 PM
generasi baru yg menghancurkan negara..
Quote monyet_2015 11-8-2015 07:46 PM
Nasib aku tak pernah terima msg guna ayat beruk macam tu..klu tak aku maki kaw kaw
Quote bellaa 11-8-2015 07:49 PM
bahasa baru tumbuh bulu pubis
Quote hanamunir 11-8-2015 08:07 PM
dengan titeww titew sekali pelatt..
urrrggghhhh..
cuba eja betul2..
bajet macam baby ke..
geli aku..
Quote kucingkecik 11-8-2015 08:13 PM
Elok2 ejaan tu pendek..ko panjangkan..hadoiii
Quote Ha_Neul 11-8-2015 08:16 PM


ingatkan computer programming tadi

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.059622 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top