Oleh : Dean BZ Beijing : Beberapa letupan kuat menggegarkan bandar pelabuhan Tianjin, di utara China, dan sekurang-kurangnya 17 orang terkorban manakala 400 yang lain cedera.
Ramai lagi dikhuatiri terperangkap di tempat kejadian. Menurut agensi berita Xinhua, letupan itu berlaku di sebuah gudang menyimpan bahan-bahan merbahaya. Laporan menyebut saksi melihat bebola api menjulang ke udara akibat letupan berkenaan pada waktu malam. Kejadian dipercayai membabitkan bahan letupan merbahaya yang dimasukkan dalam satu gudang di zon industri pelabuhan itu. Menurut seorang saksi, Huang Shiting berkata beliau melihat bebola api "setinggi 100 meter" kerana kediamannya tidak jauh dari tempat kejadian. "Saya dengar letupan yang pertama, semua orang bergegas keluar. Lagi banyak letupan berlaku, tingkap berpecah derai dan ramai orang yang berada di dalamnya cedera dan lari keluar dengan berlumuran darah," Presiden China, Xi Jinping mengarahkan semua bantuan dihantar untuk menyelamat mangsa dan memadamkan kebakaran. - AFP
|
kak_sue replied at 13-8-2015 09:08 AM
Macam fireworks....
reeny replied at 13-8-2015 09:22 AM
kilang apa yg meletup tu....
teringat kes kilang mercun Bright Sparkles yg meletup kt Sg Buloh dul ...
ADVERTISEMENT