CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cara Pujuk Teman Lelaki Untuk "Get Back"

18-8-2015 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19410| Komen: 35



Oleh : Dean BZ

Sumber foto : admya.blogspot.com


Dalam perhubungan pastinya ada pasang surut, sedangkan lidah lagi kan tergigit begitu lah jua dengan percintaan. Apabila berlakunya pergaduhan, perpisahan adalah jalan terakhir oleh sepasang kekasih. Sedihkan?

Namun jika masih sayangkan perhubungan yang telah sekian lama dibina, salah seorang haruslah mengalah dan mengkaji dimanakah silapnya. Janganlah salah seorang yang menjadi punca pergaduhan itu tetap berkeras dan tidak mengaku salah sendiri.

Sebagai contoh, anda telah menyakiti hati teman lelaki anda sehingga menyebabkan si dia mengambil keputusan untuk memutuskan sahaja hubungan. Usahlah cepat putus asa, asalkan anda masih punyai keinginan tinggi untuk selamatkan kembali hubungan itu, nah sini kami kongsikan "6 cara memujuk teman lelaki anda untuk "get back" : 



1 - Kenalpasti punca
Pastinya setiap yang berlaku ada punca nya, jadi kenalpasti dulu apakah punca yang menyebabkan si dia angin satu badan hingga terus ajak "break".


2 - Tulis penjelasan anda dalam kad
Sesetengah perkara agak susah untuk "slowtalk" kerana mungkin kesalahan yang kita lakukan sudah berulang-ulang atau kesilapan itu mungkin besar. Jadi agak sukar untuk memberi penjelasan kerana si dia masih dalam mood "panas". Kata orang, api jangan lawan api. Jadi cara terbaik, tuliskan penjelasan anda dimana-mana kad dan hantarkan pada si dia melalui kawan baiknya. Tak payah tipu lah, panas hati macam mana pun pasti dia baca punya.


3 - Mengakui kesilapan
Memanglah perkara paling penting sekali jika mahu selesaikan masalah, bila buat salah mestilah kena mengaku. Janganlah berdiam diri je dan harap si dia akan pujuk anda, walhal anda yang buat salah kan.


4 - Jangan terlalu mendesak
Dalam keadaan "tegang", eloklah bersabar dan jangan terlalu mendesak untuk mengetahui jawapan samada benarkah si dia serius ingin memutuskan hubungan, elok-elok si dia masih ada hati, terus tawar hati akibat desakan anda bertubi-tubi.


5 - Belikan hadiah
Jika keadaan sudah sedikit reda dan anda berpeluang berjumpa si dia untuk "slowtalk", eloklah bawa sekali hadiah sebagai alat penyejuk hati si dia.


6 - Ajak lakukan perkara yang disukai
Ini paling penting sekali, bila dia sudah kembali OK, ajaklah dia lakukan perkara yang dia suka agar apa yang berlaku sebelum ini dapat dilupakan. Tapi AWAS, lakukan perkara yang elok saja jangan buat benda yang dilarang pula.

Harap perkongsian ini membantu anda yang mungkin sedang menghadapi masalah besar dengan teman lelaki, usah putus asa. Selamat mencuba. - CARI Infonet.

39

Bagus
13

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Innrukia 2-5-2015 09:56 AM
Mungkin sebab ejaan hang ni dia nak clash. Baca pun tak paham...
Quote NadFazly 2-5-2015 10:02 AM
Innrukia replied at 2-5-2015 09:56 AM
Mungkin sebab ejaan hang ni dia nak clash. Baca pun tak paham...

yalah aku edit balik, haishh
Quote bellaa 2-5-2015 11:14 AM
peranggan mana dik..

nanti panggil akak bella mengomen bila dah edit.
Quote elmen 2-5-2015 11:50 AM
mak aih dikkk... umur brapa dikk.... perenggan mana dikkk.. baca mcm ni, usah kate bf, weols kat sini pun malas nak reply.. hahahaha
Quote capiloton 2-5-2015 01:55 PM
dia bukan nak clash.. tapi dia nak clash of clans..
Quote Esmiria 2-5-2015 02:52 PM
Caranya? ko kna jumpa dia. Baru dia tersentuh n trime ko(kna pujuk sekali bila smpi) tulah cara paling sweet gila babi.
Quote imthegirl 2-5-2015 04:48 PM
Tapayah pujuk
Baik pergi cari boifren lain lagi pekdah
Quote missus_meow 2-5-2015 05:44 PM
Innrukia replied at 2-5-2015 09:56 AM
Mungkin sebab ejaan hang ni dia nak clash. Baca pun tak paham...

Kite terlebih umo ..... sbb tu x paham
Quote munchkin 3-5-2015 12:12 AM
dah dia tak nak, apa lagi nak pujuk. kalau dia nak dah lama dia tak terasa merasa apa semua.
Quote nemo0309 3-5-2015 01:27 AM
sudah2 la dik.. buat apa nak serabut otak. dah dia minta putus, putuskan jela. kalau ada jodoh, sambung la balik.
Quote kumakoaisya 3-5-2015 11:15 AM
ko buat diam xyh crik dia.. tgk dia crik ko ke x
Quote okiejer 3-5-2015 08:07 PM
Haishhh lantak die ahhh...cari bf lain......jangan pening2
Quote retnoel 3-5-2015 09:07 PM
Aiyyoh sbb remeh cemggitu nk clash..hati tisu btoi bopren u ni..
Quote senahitam 5-5-2015 05:51 PM
aku pegang prinsip ni je dulu time bercinta....mmg kitorang kuat gaduh...aku pk kalo jodoh x kemana. clash lama mana pun kalo btol dia jodoh aku...dia akan dtg balik cari aku. x kuasa nk merayu2...blum kawen pun kan...so mmg dia jodoh aku..dia dtg cari aku balik. kawen la kitorang. pas kawen je kalo gaduh aku akan pujuk balik...huhuhu.
Quote gekkou 5-5-2015 06:23 PM
pinggan tak retak nasi tak dingin
orang tak hendak tak payah mengada2 nk kepingin
buka mata buka hati
pujuk beria, couple beria blom tentu ko kawen dgn dia
sudah dipujuk tak jalan
ko jalan aje ler... pandang depan
cari lain

yes aku tau senang cakap dari buat
nk seribu daya
happiness can pass by and so does sadness
Quote nuryakmal 6-5-2015 09:44 AM
boleh x jangan jatuh standard.. aiyee....

and if you do have a new bf, please dont be clingy
Quote yayaachan 6-5-2015 10:18 AM
tak boleh buat apa lah. kau terima je. wat diam dua tiga minggu. tengok camner. kalau dia cari, ok lah. kalau tak, kau bagitau balik. kita fikirkan sesuatu.

aku paham. aku pun dulu kena macam kau. so, kita usaha lah taknak putus ye. insya Allah. takda pape tu.
Quote mokcikKSKB 6-5-2015 11:39 AM
Boypren ko tu mmg xmo dah kat ko.takat gaduh sikit pon nak clash..x sunat gamaknya
Quote winsonyu 6-5-2015 12:56 PM
@NadFazly...all i can say is bf u ni is not the person u need.
sbb bila mencinta seseorg dgn mendalam, he will not minds if the gf is clingy orlikes to stay in contact

entah lah...i pun PJJ jugak...so gf dan I akan tiap2 hari whatsapp atau skype...and both of us wont feel if we are too clingy to each other...or maybe coz we like it this way

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.038008 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top