Oleh Izzah Abbasy
Rezeki ada pada sebuah perkahwinan. Jika ingin menyempurnakan agama dan memperoleh rezeki yang melimpah ruah maka bernikahlah. Suami wajib membahagiakan isteri yang dikahwininya dan jangan sesekali mneyakiti hati isteri. Jika terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini seoerti pertengkaran, jangan jadikan penceraian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab. Saling berbincang dan mengenali antara satu sama lain. Kriteria Atau Ciri-Ciri Isteri Pembawa Rezeki Kepada Suami 1. Wanita yang taat pada Allah dan Rasul-Nya Ada empat faktor yang menjadi pertimbangan sebelum menikahi seorang wanita, iaitu kerana (1) kecantikannya, (2) keturunannya, (3) hartanya dan (4) agamanya. Kita diperintahkan untuk memilih wanita atas faktor agamanya, beruntung sekali jika boleh mendapatkan keempat-empat ciri tersebut. Wanita yang taat pada Allah dan Rasul-Nya akan akan membawa rumah tangga menuju ke syurga sekaligus rumah tangga akan aman damai. 2. Wanita yang taat pada suaminya “Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya” (H.R. Tirmidzi dan Ibnu Majah). Ketaatan seorang isteri pada suaminya akan membuatkan hati suami tenang dan damai dan boleh menjalankan tanggungjawabnya untuk mencari rezeki yang halal buat keluarganya. wanita yang berkerjaya pula boleh terus bekerja sepanjang suaminya mengizinkan dan kewajibannya untuk menjaga diri dengan baik di tempat kerja. "Lelaki adalah pemimpin atas wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari mereka (lelaki) atas sebagian yang lain (wanita) dan dengan sebab sesuatu yang telah mereka (lelaki) nafkahkan dari harta-hartanya. Maka wanita-wanita yang soleh adalah yang taat lagi memelihara diri di belakang suaminya sebagaimana Allah telah memelihara dirinya". (Q.S. An Nisa : 34). 3. Wanita yang melayani suaminya dengan baik Tugas utama isteri adalah menjalankan tugas rumahtangga dengan sebaik-baiknya, melayani suami dengan baik serta mendidik anak-anaknya. Isteri yang baik berusaha melayani suaminya dengan baik seperti menyiapkan makanannya, menyiapkan keperluannya, memenuhi kehendaknya, menjaga perasaan suami jangan sampai suami terluka dengan sikapnya. Sekaligus menarik hal-hal positif ke dalam rumahtangganya termasuklah rezeki buat suaminya. 4. Wanita yang berhias hanya untuk suaminya “Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wnita solehah” (H.R. Muslim). Adalah sifat wanita yang suka bersolek dan berhias, tapi wanita yang soleh hanya berhias dan menampakkan perhiasan untuk suaminya. Wanita yang jika dipandang suaminya selalu menyenangkan dan tahu bagaimana menyenangkan suaminya. Wanita yang bahkan malaikat pun mendoakannya akan memudahkan rezeki datang padanya. 5. Jika ditinggal menjaga kehormatan dan harta suami Saat suami keluar mencari nafkah, isteri yang ditinggalkan di rumah harus menjaga kehormatannya, menjaga dirinya dari tetamu yang ajnabi dan tidak dikenali, tidak keluar rumah jika tidak terlalu penting. Wanita seperti ini memudahkan rezeki masuk ke dalam rumahnya sebagai upah dari ketaatannya kepada Allah dan kesetiaan pada suaminya. 6. Wanita yang sentiasa meminta redha suami atasnya Wanita ini tahu bagaimana menyenangkan hati suaminya. Menjaga sikap dan perilaku agar tidak menyinggung dan melukai perasaan suaminya. Dia selalu berusaha agar suaminya tidak marah padanya. Dia tidak akan pergi tidur dalam keadaan marah atau meninggalkan suaminya dalam keadaan marah sehingga suami memaafkannya. Mengajak suaminya bergurau senda untuk menceriakan hari-harinya. Berusaha mendidik anak-anaknya dengan baik. Menjaga rahsia perkawinan dari orang lain. ” 7. Wanita yang menerima pemberian suami dengan ikhlas Wanita yang tidak pernah mengeluh berapapun rezeki yang dibawa pulang suaminya. Selalu ikhlas menerima dan menghargai apapun yang diberikan suami kepadanya. Banyak disyukuri sedikit pun diterima dengan ikhlas. Wanita seperti ini adalah wanita yang bersyukur akan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya. Allah sudah menjanjikan bahwa jika kita bersyukur Dia akan menambah rezeki kita. Wanita yang bersyukur dan ikhlas rezekinya sentiasa bertambah baik dari segi kuantiti mahupun keberkatannya yang akan diberi Allah langsung kepadanya ataupun melalui suaminya. 8. Wanita yang boleh menjadi ‘partner’ bagi meraih redha Allah Wanita yang menjadikan rumahtangganya sebagai ibadah, pengabdiannya kepada Allah. Menjadi pendengar yang setia bagi suami. Mendengarkan nasihat dan kata-kata suaminya dengan penuh perhatian. Menjadi pendorong dan ‘motivator’ suami untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat. Itulah mengapa ada kalimat “Disebalik lelaki yang berjaya ada wanita hebat di belakangnya” kerana wanita seperti ini adalah rezeki utama suaminya. 9. Wanita yang tak pernah putus doa untuk suaminya Wanita yang bersyukur adalah wanita yang menerima semua kehendak dan takdir Allah padanya tapi tetap berusaha melakukan yang terbaik termasuk dengan mendoakan suami dan anak-anaknya agar berjaya dunia akhirat. Wanita ini tahu bahawa rezeki suaminya akan ditambah dan diberkati jika dirinya sentiasa melibatkan Allah pada langkah suaminya melalui doa-doa yang dipanjatkannya setiap hari. Adakah kita tergolong daripada 9 kriteria isteri yang pembawa rezeki kepada suami? Jika tidak, ayuh usahakan. - CARI Infonet
|
18
Bagus |
12
Marah |
21
Terkejut |
21
Sedih |
13
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT