|
Menerusi sebuah perkongsian video di TikTok, pemilik akaun @almuazzamalmuzhafar memuat naik rakaman sekumpulan lelaki berpakaian wanita sedang bertengkar tanpa mengira keadaan sekeliling. Menerusi rakaman tersebut, apa yang menjadi perhatian netizen adalah transgender tersebut menjerit marah sehingga mengeluarkan suara sebenarnya.
Berdasarkan kapsyen pada video, dipercayai kejadian tersebut berlaku di Sabah namun tidak diketahui punca sebenarnya pergaduhan tersebut. "Bantut (pondan) Tawau vs bantut Semporna. Viral bosku. Risau aku peranakannya gugur," tulis pemilik akan tersebut. Meninjau di ruangan komen, ada juga yang berpendapat 'perang' tersebut tercetus kerana perebutan kawasan bagaimanapun pemilik akaun tersebut menjelaskan ia hanya berpunca daripada jelingan. Berdasarkan video tersebut, ada beberapa lelaki yang secara kebetulan lalu di kawasan itu cuba menasihati mereka agar menghentikan pergaduhan itu namun tidak berjaya apabila transgender tersebut bertindak lebih agresif. Rata-rata, ramai yang menyarankan agar pemilik akaun itu terus melaporkan kepada polis sekiranya kejadian seumpama itu berulang kembali. -CARI |





ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 11:52 PM GMT+8 , Processed in 1.407526 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.