Oleh Izzah Abbasy
Keputihan adalah suatu keadaan di mana lendir putih keluar daripada kemaluan wanita yang akan menyebabkan kegatalan. Gejala jangkitan mikroorganisma yang juga boleh di kenal pasti melalui rahsia warna cecair atau lelehan yang keluar. Ramai wanita yang tidak ambil peduli apatah lagi yang kurang arif soal ini. Lendir atau lelehan cecair yang keluar dari faraj ini merupakan gejala normal adakalanya ia adalah penyakit. Ketahui punca lendir keputihan ini keluar dari faraj 1) Pembiakan kulat menyerang Kekerapan berlaku kepada wanita hamil kerana masalah perubahan hormon secara drastik dan menjadikan flora bakteria di dalam tubuh tidak seimbang. 2) Pengunaan produk pembersih wanita atau feminine wash Produk yang mengandungi sabun, shampu dan gel mandian tanpa pH yang sesuai iaitu pH3 juga boleh mengakibatkan kulat membiak pada faraj. Perbezaan simpton jangkitan atau cecair normal Untuk memudahkan wanita, terutama sekali gadis remaja membezakan antara simptom jangkitan ataupun ia hanya sekadar cecair normal. Berikut adalah antara warna cecair atau lelehan dari faraj yang perlu anda tahu. Rahsia warna jernih dan putih
Berwarna jernih Adalah gejala normal dan tidak perlu dirisaukan. Lazimnya lelehan jernih tidak berbau ini keluar 2 minggu sebelum haid, ketika subur atau apabila hormon estrogen berlebihan. Keadaan seperti ini juga turut dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Berwarna putih Namun jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk, rasa gatal di bahagian kemaluan serta rasa sakit ketika membuang air kecil maka berkemungkinan besar ia adalah jangkitan disebabkan oleh sejenis kulat. Kulat ini juga dikenali sebagai candida albicans dan merupakan gejala paling kerap berlaku kepada wanita apabila pH faraj tidak lagi seimbang.
|
19
Bagus |
21
Marah |
22
Terkejut |
14
Sedih |
14
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT