CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Neelofa Tuntut Hutang RM5,000 Daripada Shahz Jaszle?

24-6-2013 03:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 62226| Komen: 411



KL, 24 JUN 2013: Nampaknya satu demi satu musibah melanda aktor Shahz Jaszle,25. Bermula dengan isu ditangkap khalwat dengan Farah Nurrizati Salleh, 21, kemudian putus tunang dengan Redzwani Puteri Ismail, 25, kini Neelofa pula menuntut duit hutangnya sebanyak RM5,000 daripada aktor kacak itu.

Murai Batu pun tak pasti, bila Shahz Jaszle meminjam duit dengan Neelofa. Barangkali kes ini terjadi sewaktu mereka berdua dulu pernah akrab dan pernah menjalinkan hubungan cinta.

Yang menariknya, Neelofa telah menuntut duit hutangnya itu daripada Shahz Jaszle sewaktu aktor itu bersemuka dengan Farah di Bangsar pada minggu lalu untuk mempertahankan pendiriannya bahawa dia telah ditangkap berkhalwat kerana diperangkap serta dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Farah.

Dia mempertahankan pendiriannya itu di hadapan ibunya dan juga wakil pihak media yang turut hadir sama dan pada ketika itulah Neelofa dikatakan telah menghantar mesej buatnya.

Lalu, Shahz Jaszle telah menggunakan peluang untuk memberitahu semua yang ada di situ bahawa lihatlah, bukan dia yang mencari mereka (perempuan) tapi selalunya perempuan yang mencari dia sambil menunjukkan nombor Neelofa.

Namun, apa yang dilakukan oleh Shahz Jaszle itu nampaknya telah memakan dirinya sendiri kerana salah seorang saksi yang berada di situ telah menerima sms yang sama dari Neelofa memberitahu bahawa dia menghantar sms itu kepada Shahz Jaszle untuk meminta wang RM5,000 yang dipinjam oleh Shahz Jaszle daripadanya.

Ouch! Akhirnya, perkara itu pun turut diketahui oleh Farah. Apa agaknya yang akan terjadi kalau semua wanita yang pernah dikaitkan dengan Shahz Jaszle tiba-tiba bergabung?


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote im_cyclist 24-6-2013 03:23 PM
ayoyoyo...malay casanova kah???
Quote myakayina 24-6-2013 03:29 PM
lepas ni apa plak lagi isu yg kluar..
Quote zamzam 24-6-2013 03:29 PM
casanova haprak... duit takder tapi batang ada
Quote nurfariezza 24-6-2013 03:30 PM
da kne mcm2 ujian pon still nk blagak kn...mmg prsaan hot btol la jezel ni...
Quote lululin 24-6-2013 03:30 PM
kaki kikis duit pompuan la sj ni..bangang tahap dewa
Quote butet1112 24-6-2013 03:32 PM
hanya mampu
Quote sunquick 24-6-2013 03:33 PM
sudah jatuh di timpa tangga..
macam2 hal jadi kat dia....
bila masa lak dia becinta dgn neelofa ni...?
Quote botolmineral 24-6-2013 03:33 PM
mcm2 si jezebel ni...
Quote idadzira 24-6-2013 03:35 PM
Ni mesti masa berlakon azura. Romeo haprak
Quote achik2009 24-6-2013 03:39 PM
gambar sekadar hiasan.....


Quote chekshu 24-6-2013 03:45 PM
lululin posted on 24-6-2013 03:30 PM
kaki kikis duit pompuan la sj ni..bangang tahap dewa

kalo heols kaki kikis... heols makin kaya nok...
pandai kikis kumpul reta sendiri...
ni menten kayap adalah....



Quote ogata 24-6-2013 03:45 PM
sebab itu aku sokong bangat farah telanjangkan SJ ni habis habisan..biar dia yang menjadi mangsa terakhir....sampai bila SJ nak belagak suci????sampai bila???

bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi....

ni tak korang asyik nak kata farah ni barai tak malu..

habis JS yang mencelup juga tu tak malu ???????????

bukankan dosa berzina lelaki dgn perempuan akan tanggung sama...??tak ada nya bahagi perempuan dosa 70% lelaki 30% hasil dari zina...

Quote amira_safia 24-6-2013 03:48 PM
Dah berapa banyak petunjuk yang Shahz ni lelaki yang teruk tapi puteri ni masih lagi nak kat dia ....
Quote juliez 24-6-2013 03:48 PM

harap lopa print screen sms tu & bg dkt reputs harian metro
Quote chekshu 24-6-2013 03:51 PM
amira_safia posted on 24-6-2013 03:48 PM
Dah berapa banyak petunjuk yang Shahz ni lelaki yang teruk tapi puteri ni masih lagi nak kat dia ... ...

chenta itu buta nokkk....
tu yg RP buta mata - buta hati..... hanya nampak si SJ keparat ni aje...
Quote resah 24-6-2013 03:53 PM
dah nampak sgt mcm SJ ni kaki pompuan & pembohong.. Tapi ntah le.. hanya mereka yang tahu sapa betul & sapa salah
Quote alaa 24-6-2013 03:54 PM
kahkahkahkah hanya mampu gelakkan mamat poyo ni. poyo teramat, bajet semua perempuan carik dia ajak mencelup ke ape.

jijik sangat.
Quote jerukkedondong 24-6-2013 03:55 PM
laaa .... harap macho jer rupanya sengkek...
Quote miawpink 24-6-2013 03:55 PM
hahaha ngat lopa tu bodoh mcm puteri ke?

Lihat semua komen(411)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.188369 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top