Oleh Izzah Abbasy
Apa yang dimaksudkan dengan Hijab? Ia bermaksud sekatan yang memisahkan seseorang (sesuatu). NABI S.A.W bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya - pagi dan petang - tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya. Dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kemudian dikatakan kepada masing-masing: "Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat." (Ibn Umar r.a) Ikuti satu kisah berdasarkan pengalaman benar sesorang ini. Sebulan sebelum dia meninggal, arwah memang berkelakuan pelik. Aku pun tak tau kenapa hanya aku seorang je yang perasan dengan kelakuan arwah dalam masa sebulan sebelum meninggal tu. Hati aku kuat mengatakan abang akan pergi. Atas sebab apa hati aku yakin sebegitu, aku pun tak tau kenapa. Tapi, orang kata, berkelakuan pelik, sememangnya perkara biasa untuk orang yang bakal pergi. Kata orang, buang tabiat. Tapi bukan itu yang menjadi persoalannya. Yang menjadi persoalannya, dalam masa kurang sebulan sebelum pergi, arwah banyak bercakap seorang diri. Termenung memerhatikan sesuatu. Ketika arwah masih mampu berjalan (sebab arwah 6 hari koma di hospital. 10 hari sebelum meninggal arwah memang dah tak larat bangun), dia selalu cakap ada seorang lelaki berjubah putih berkopiah duduk di meja makan kami. katanya, lelaki tu hanya memerhatikan dia. Tapi hakikatnya kami tak nampak pun. Mulanya kami abaikan sahaja, anggap dia mungkin mengigau atau berkhayal. Tapi kejadian berikutnya pula adalah disaat arwah dah tak larat nak bangun dari pembaringan. Ketika itu, arwah baring ditengah-tengah ruang tamu. Mak pula solat. selepas usai bersolat, tiba-tiba abang bersuara dan berkata. "Kenapa mak dan semua orang tidak bacakan yasin untuk aku?" Selepas ditanya sebegitu, mak pun terus ambik yasin dan bacakan untuk dia. Bila dah abis bacaan, abang cakap lagi. "Siapa ramai-ramai yang bacakan yasin untuk aku tadi? Tak kenal pun." Bila kami tanya bagaimana rupa mereka? Abang cakap mereka ramai, semua berbaju putih. Ada lelaki. Ada perempuan. Putih je rumah, katanya. Tapi kami tak nampak pun. Oleh itu, kami hanya cakap yang tiada sesiapa pun. Walaupun aku tahu, apa yang arwah nampak adalah sesuatu yang kami tidak nampak. Selepas beberapa hari, arwah tiba-tiba pesan kat kami. "Nanti jangan tebang pokok besar tu. Kat situ ada perkampungan bunian. Nanti kalau dimusnahkan tempat tinggal mereka, mereka nak tinggal di mana. Kesian mereka. Mereka baik. Tak kacau orang pun" - sambil tunjuk kat sebelah kanan rumah. Tepi rumah kami memang tiada rumah dan kawasan tersebut luas. Yang ada cuma semak dan sebatang pokok. Sehingga sampai sekarang pun, bila aku tengok pokok dan kawasan tu, rasa lapang semacam kawasannya walaupun hakikatnya terlampau tinggi semak dan lalangnya. Daripada kisah hamba Allah ini ia mungkin pernah terjadi kepada ramai orang. Memang sukar untuk kita mengenalpasti seseorang yang akan kembali kepadaNya. Setiap kematian pasti akan lalui 100 hari tanda-tanda sebelum terhentinya denyutan jantung. Bagai manapun, ajal seseorang adalah hak mutlak ALLAH SWT. Perbanyakkan ibadah dan berbuat kebajikan agar kita dijemput dengan tenang dan damai. Wallaualam - CARI Infonet
|
9
Bagus |
14
Marah |
17
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sham-xv1986 posted on 16-11-2012 11:43 PM
hmmm... bunyinye macam abg tt ni orang baik2 je... mesti dapat kelebihan cmni sebab kebaikan die...
burungantu posted on 17-11-2012 12:48 AM
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdullillah.....kalau pengalaman mcm Tuan aerolz c ...
skeezotone posted on 17-11-2012 10:17 AM
tiba2 tringat kat arwah kenalan aku ni..bnda happened dlm bln pose. kisah org nak mati yg sgt berper ...
shanshero posted on 17-11-2012 02:41 AM
sebelum arwah nenek meninggal dia sering ternampak sorang kanak2. budak ni sering meneman nenek saya ...
aerolz posted on 17-11-2012 10:23 AM
wah kire untung la die. malaikat siap bagi tarikh ag nak mati. leh ready. tanpa sakit lagi tu. sak ...
ADVERTISEMENT