CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Seluar Dalam Dah Berkarat Lagi Ada Nak Saman Saya? Perli Chef Wan

22-8-2015 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33698| Komen: 162


Oleh : Dean BZ

Nampaknya kontroversi antara Chef Wan dan saudaranya masih belum berakhir. Pada hari raya lepas, Chef Wan pernah meluahkan rasa geram di Instagramnya terhadap saudara mara yang menyemakkan rumah dan masih tidur di pagi raya sedangkan sudah pukul 9 pagi.



Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan Chef Wan, maka berlaku pertengkaran antara mereka dan Chef Wan. Mereka menganggap Chef Wan telah memalukan mereka dan sebaliknya boleh saja menegur secara terus tanpa menaikkan status dan foto mereka di laman Instagram.

Melalui status terbaru Chef Wan di Instagram miliknya, beliau memberitahu suadaranya mahu mengambil tindakan saman terhadap dirinya. Namun Chef Wan sempat lagi memerli "pedas" dengan status ini :


 "masing-masing nak ganti seluar dalam tu Atok tengok dah berkarat di ampaian dan esok lusa boleh buat roti jala lagi ada nak sue me?" 


Diharapkan persengketaan antara Chef Wan dan saudaranya berakhir dengan cara baik dan tidak perlulah dipanjangkan lagi. - CARI Infonet.


21

Bagus
18

Marah
9

Terkejut
16

Sedih
13

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 21-8-2015 01:11 PM
Edited by GhostWalking at 21-8-2015 05:14 AM

RECAP:

Chef Wan Hentam Saudara Pemalas Di Pagi Raya                                Jul 20, 2015                3040




Chef Wan bersama-sama cucunya di hari raya.

KEBIASAANNYA dalam saudara-mara pasti ada satu dua orang yang berat tulang nak membantu dalam melancarkan proses persiapan menyambut hari lebaran.
Nak kena disuruh, barulah bergerak kerjanya.
Rupa-rupanya bukan orang biasa je mengalami perkara sebegini, chef selebriti terkenal, Chef Wan turut terpalit sama dengan masalah sebegitu rupa.
Baru-baru ini, Chef Wan menghamburkan kekesalannya dengan sikap sesetengah saudara maranya yang berat tulang nak membantu selain tidur membuta di pagi hari raya.
Kekesalan itu diluahkan menerusi satu entri di laman Instagram beliau yang mana Chef Wan memuat naik foto anak buahnya yang masih tidur di pagi raya sedangkan sudah pukul 9 pagi.
“By 9AM dah tak tahan lagi mula la mulut saya mengharuk satu rumah which like a yearly affair. Bangun bangun rasa nak sepak sepak sahaja manusia yang malas ini dari membuta sehingga matahari tu suluh ke jubur.”
“Ada yang tak mandi lagi dah mengadap TV pagi buta tergolek macam ikan buntal dah tak laku.
“I told my mother loud and clear and menyindir (tetapi) faham ke muka muka tebal yang tak tahu malu ni. Rumah ni bukan hotel ada barua to run around to feed some of them 3 meals a day!
“I am sure I am not the only one in Malaysia facing this issue with all this lazy and useless people. They are like parasite in our life. As far as I am concern mampus kau org la tak suka aku pun yang salah tetap salah. Ubah la sikap pemalas tu!”, luah chef nombor satu negara itu.
Ada betulnya teguran Chef Wan tu, kalau dah bermalam di rumah orang walaupun saudara sendiri, kita kenalah pandai-pandai bawa diri. Janganlah pula tidur macam kat rumah sendiri.
Kan dah kena sound dengan Chef Wan.
Tapi ada juga yang berpendapat Chef Wan tidak sepatutnya memuat naik entri sebegini kerana beliau boleh sahaja bercakap direct kepada saudara maranya daripada memalukan mereka sedemikan rupa.
Buat anda yang ada habit berat tulang dan lambat bangun pagi tu, baik ubah segera sikap, kang tak pasal-pasal saudara anda pula muat naik entri yang sama dalam media sosial mereka. Opsss.. – MYNEWSHUB.CC

Anak Saudara Chef Wan: Minta Maaf Atau Kami Akan Saman!                                Jul 21, 2015                2442

Chef Wan bersama-sama cucunya di hari raya.




AHLI keluarga chef selebriti Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail mengambil keputusan ingin menyaman beliau di atas tindakannya memuat naik gambar mereka di laman Instagram baru-baru ini.


Salah seorang anak saudara Chef Wan, Muhd Nazmi Khalid berkata dia akan meminta peguam untuk mengeluarkan surat tuntutan maaf kepada bapa saudaranya itu selain memadamkan gambar yang dimuat naik tersebut.



Memetik laporan Malaysia Gazette, Muhd Nazmi berkata, “Saya dan ahli keluarga lain sudah sepakat untuk menyaman Chef Wan dan berharap kes ini dapat diselesaikan segera. Kami akan memberi tempoh dalam seminggu untuk dia meminta maaf secara terbuka dan padam semua gambar tersebut.


“Kami sebenarnya sudah lama tidak tahan dengan perangai Chef Wan. Sebelum ini, dia selalu tulis status kutuk kami pemalas tetapi letak gambar lain tapi kali ini dia sudah melampau.


“Apatah lagi di dalam gambar itu ada wanita yang terdedah aurat. Kalau hendak maki atau tegur pun tidak perlulah letak gambar tersebut,” katanya.

Muhd Nazmi sebelum ini menerusi akaun media sosialnya menyatakan gambar yang dimuat naik itu adalah pada pagi hari raya kedua dan bukannya pada Satu Syawal seperti mana dikemukakan Chef Wan menerusi entrinya itu.


Menurut Muhd Nazmi kesemua ahli keluarga tidur dalam keadaan kepenatan selepas sehari suntuk letih melayan tetamu dan peminat Chef Wan yang datang berkunjung ke kediaman keluarga di Sungai Koyan, Raub, Pahang.



Nak tahu apa respons Chef Wan mengenai tindakan anak saudaranya yang ingin menyaman dirinya, nah baca sendiri kenyataan yang dikeluarkan Chef Wan menerusi Instagramnya:

Nampaknya makin panas isu ni..  Bila dah masuk mahkamah memang akan ‘terlondehlah’ kisah-kisah luar dalam yang selama ini mungkin menjadi rahsia di antara kalangan keluarga mereka sendiri sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Quote GhostWalking 21-8-2015 01:12 PM
RECAP:

“Kami Bangun Lambat Sebab Letih Layan Peminat Chef Wan!”                                Jul 20, 2015                2236






SUSULAN luahan rasa Chef Wan menerusi laman Instagramnya yang mengutuk saudaranya yang pemalas, salah seorang daripada saudara chef selebriti itu tampil membalas ‘kutukan’ yang diterima bagi pihak ahli keluarganya yang lain.
Menurut Jimms GM, mereka saudara-mara tertidur kesiangan kerana letih selepas sibuk melayan tetamu dan peminat Chef Wan yang hadir pada hari raya pertama dan gambar yang dikongsikan chef itu adalah pada pagi hari raya kedua.
Jimms mengatakan Chef Wan banyak menambah ‘gula dan garam’ dalam keterangan gambarnya sehingga boleh menyebabkan orang luar memandang serong kepada ahli keluarga dan saudara maranya sendiri.
Nah baca sendiri penjelasan Jimms GM:
Oh rupa-rupanya mereka tertidur kepenatan selepas sehari suntuk melayan peminat dan tetamu Chef Wan yang datang dari seluruh pelusuk negara pada 1 Syawal lalu…
Selain Jimms GM, seorang lagi saudara Chef Wan tampil ke hadapan mempersoalkan tujuan chef itu ‘memalukan’ ahli keluarganya di laman sosial.
Hmm, harap-harapnya mereka sekeluarga bawa-bawalah berbincang kerana tak manislah berbalah dan berbalas keterangan di laman sosial.
Lebih baik berjumpa depan-depan dan berterus-terang daripada masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati di Internet bukan? Kang tak pasal-pasal makin berpanjangan pula isu ini. – MYNEWSHUB.CC

Quote hiswife 21-8-2015 01:21 PM
Hmm.. tapi nasihat chef wan ade betulnye jgk
Cume not so appropriate la post gambar tu..
Quote Modngengade 21-8-2015 01:29 PM
Rogayah kertu ni memang mulut x der insuran....cash la
Quote rospinki 21-8-2015 01:29 PM
aku suka mulut ckp lpas CW no drama2..senang citer. most likely to get more haters.
Quote theotherfriend 21-8-2015 01:30 PM
1. Yearly affair kot.. bagus juga atok berbunyi.
2. Bole petik pulak ko bgn lewat sbb lyn tetamu, nmpk sgt ke'hanjengan' di situ. Chep Wan dah pemes sejak ko belum lahir kot, xkan
la ko x boleh adapt bersedara marakan selebriti .
3. Konsepnya ko bgn lambat, lps subuh, ko nk sambung tidur pun, g la kat mesjid, apahal kat ruang tamu plak, dah sah2 org nak beraya.
4. Adap sikit dik, org tua tegur, ko jumpa dia n ckp yg betul, dgn sopan. Masa kau pau duit dia, elok plak ko ckp lembut gigi dari lidah.
5. Nak sue org boleh Dik, tapi guna duit sendirik. Kot itu ohn ko x mmpu, means banyak lagi yg ko kena bljar tntg hidup dik.
Quote mesmerize 21-8-2015 01:33 PM
chefwan, u go gurl!

at least dia berani tegur kelakuan tak semenggah ahli keluarga dia. tak semua orang berani atau rajin menegur pun kelakuan hazab ahli keluarga, takut ibu bapa sedih, takut putus silaturrahim adik beradik n malas nak gaduh pun ada. sudahnya telanlah segala kesentapan seorang diri
Quote roy3 21-8-2015 01:34 PM
Duit buat kuih sume ada contribute x?
Quote cheezzy 21-8-2015 01:37 PM
marah dia mmg berasas tapi penggunaan ayat2 dia tu.
perghhh.
kalau aku kena marah cmtu confirm nangis
Quote krustykrab 21-8-2015 01:38 PM
Podah la cepwan....yg ko pi masuk gambo dlm tenet buat pe...saja ke nk malukn family ko sendirik...ko pun mcm anjing jugak

Kesian anjing x pasal2 terbabit sama lol
Quote Syd 21-8-2015 01:38 PM
mohon anak sedara chef wan tu bukak satu tabung derma kat fb

sure ramai yang derma hatta RM1.00 sorang

boleh laa saman chef wan pastu
Quote Syd 21-8-2015 01:42 PM
chef wan masa kekecik kena belasah teruk ngan arwah bapak dia
sbb gigih buat keje part time, cuci baju laa, buat anyam bunga la, berkemas laa
dapat duit boleh laa bantu mak dia
beli barang2 sekolah adik bradik dia yang lain
rubber pensil etc

termasuk laa, mak si so-called anjing nih... teruk chef wan kena belasah ngan bapak dia.

dah di kasi makan, kasi belajar - pastu kena buang, duit ratus ribu, tak penah kena sesah.
lemak naik.

mak budak nih pung sama naik ngan anak dia, siap komen-komen plak kat media sosial.

harap dua beranak ni dapat kumpul dana / derma secukupnya nak saman chef wan
Quote tiputipujah 21-8-2015 01:50 PM
mujur tader pak sedara yg glamour gini...
sampai gambar sedara mara tgh tido pun g publickan..
nk buktikan kat org ramai yg dia tu betul ka..?
serius mmg kalu kena gini takkan ku beraya or bertemu dah dgn sedara gini..
Quote awanearisu 21-8-2015 01:50 PM
dah ada la kat bod gossip.. sambung sana la
Quote melinda_kerr 21-8-2015 01:57 PM
Ini hal keluarga dia kot bukan dia bermusuh dgn org luar. Dlm hal ni i sokong chef wan. Dasar tk sedar diuntung punya anak saudara. Sekurangnya tkde chef wan saman mintak tuntut gabti rugi duit yg dia pernah spend untuk that asshole.
Quote DayangKirana 21-8-2015 01:57 PM
lantak nak kate mulut dia hazab ke ape..
i team cep wan..

biar sape2 yang perangai hazab mcm sedara mara dia tuh sedar diri and mohon terasa...
hidup menyusahkan orang tak sah kan..?


Quote cheezzy 21-8-2015 01:59 PM
Syd posted on 21-8-2015 01:42 PM
chef wan masa kekecik kena belasah teruk ngan arwah bapak dia
sbb gigih buat keje part time, cuci b ...

apa talian chef wan dgn 'anjing' tu?
Quote vandergooh 21-8-2015 02:00 PM
Akak suka mulut pedas chef wan yg ternyata betul dari mulut hazab azwan yg hanya keluar sampah ajer.....
Quote Syd 21-8-2015 02:05 PM
cheezzy replied at 21-8-2015 01:59 PM
apa talian chef wan dgn 'anjing' tu?

budak tu anak buah dia

chef wan punye kakak punye anak

Lihat semua komen(162)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.064455 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top