Oleh Adib Za Dalam masa beberapa hari ini sahaja, kisah kezaliman terhadap haiwan menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna media sosial.
Kisah bagaimana seekor kucing yang dicungkil mata hidup-hidup sangat menyayat hati dan mencetuskan kemarahan di kalangan peminat haiwan berkenaan. "Allahuakbar... Doakan meow ni ... Dia dah buta orang cungkil mata dia... Layak ke manusia itu menjadi manusia.. Semoga mendapat hidayah segera..." begitulah antara luahan yang dimuat naik menerusi laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia.
Bukan itu sahaja, haiwan comel itu juga dipercayai diseksa apabila giginya turut dicabut. Bayangkan kesakitan yang dirasai oleh makhluk kecil ini. Sebelumnya, kisah bagaimana seekor beruk tercedera parah bahagian tangan apabila di dilontar mercun ke arahnya. Menyangka ia merupakan makanan, beruk yang dikenali sebagai Michai itu mengambil lalu mercun tersebut meletup di tangannya. Kedua cerita ini sahaja sudah cukup menggambarkan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan terhadap haiwan. Ini belum termasuk kisah-kisah bagaimana kepala kucing dijumpai bergelimpangan di tepi longkang tanpa badannya. Di kala tertubuhnya persatuan ini dan itu yang mengangkat martabat dan menyayangi haiwan, masih banyak lagi kes yang dilihat cuba untuk menzalimi haiwan-haiwan ini. Bahkan menurut sejarah dalam Islam sendiri, Nabi Muhammad merupakan seorang pencinta kucing dan sangat menyayangi kucing. Oleh itu, di mana silapnya? Penulis tidak dapat menerima pandangan "Saya membenci binatang" kerana ia sama sahaja dengan kenyataan anda membenci kanak-kanak kecil atau membenci warga emas! Mengapa? Ini kerana mereka ini juga makhluk yang sama-sama mendiami bumi dan saling memerlukan antara satu sama lain. Pernahkah anda mendengar kisah seorang pelacur yang masuk syurga dek kerana memberi seekor anjing minum? Kisah menyeksa binatang ini sebenarnya sama sahaja dengan "menempah tiket ke neraka." Mungkin mereka ini sudah terlalu banyak amalan, mungkin. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
15
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT