CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Roundabout' Magik Paling Mengelirukan

26-8-2015 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7756| Komen: 8

Oleh Izzah Abbasy

Bulatan atau lebih dikenali sebagai roundabout sangat tepat untuk dipraktikkan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Persimpangan searas yang menggunakan konsep pergerakan lalu lintas searah mengelilingi berbentuk bulat atau seakan-akan bulat. Pergerakan lalu lintas memberi keutamaan kepada kenderaan yang bergerak dari arah kanan.

Jika di Malaysia, bulatan yang dibina mempunyai 3 atau 4 persimpangan sahaja. Tetapi terdapat roundabout yang boleh memeningkan anda tetapi ia sangat praktikal di negara tersebut. Lokasi roundabout ini di Swindon, England. Ia dibina pada 1972 dan dikenali sebagai The Magic Roundabout. Direka oleh Frank Blackmore, bulatan ini mempunyai lima bulatan kecil yang disusun mengelilingi satu bulatan besar bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan tersebut.



Bulatan ini diundi sebagai 'worst roundabout' dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh sebuah syarikat insurans UK pada tahun 2005, dan sekali lagi dipilih menerima gelaran tersebut setelah satu tinjauan sama dilakukan oleh sebuah majalah permotoran UK pada tahun 2007. Pada Disember 2007, BBC News pula melaporkan bulatan ini tersenarai sebagai salah satu '10 Scariest Junctions in the United Kingdom'.




Walaupun digelar sebagai bulatan paling mengelirukan pernah dibina, ia sebenarnya antara persimpangan trafik paling selamat untuk digunakan. Dalam tempoh 25 tahun pertama berkhidmat, hanya 14 kemalangan serius dan seratus lebih kemalangan kecil berlaku di sini. Suatu kadar kemalangan yang dikatakan jauh lebih sedikit daripada jangkaan awal. Ini kerana trafik bergerak terlalu perlahan untuk menyebabkan kerosakan serius sekiranya berlaku perlanggaran.


Papan tanda The Magic Roundabout





Orang luar yang tidak pernah menggunakan bulatan ini semestinya akan tertanya-tanya bagaimana ia berfungsi. Mudahnya, arah aliran trafik lima bulatan kecil mengikut pusingan jam, manakala arah aliran trafik bulatan besar di tengah-tengah melawan pusingan jam. Aliran sebegini memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih laluan keluar daripada bulatan, bergantung kepada kesesuaian dan keselesaan pemanduan ketika itu. Bulatan besar di tengah-tengah itu umpama jalan pintas kepada pengguna untuk masuk ke jalan lain.




Menurut sumber, bulatan ini amat efisien bagi kebanyakan penduduk tempatan Swindon walaupun ketika waktu puncak. Sudah lebih 40 tahun dibina, idea pada bulatan ini masih dianggap relevan meskipun dengan pertambahan kenderaan kini.




The Magic Roundabout atau bulatan pelik ini bukan satu-satunya di dunia. Beberapa bulatan lain juga menggunakan konsep yang sama seperti bulatan di Swindon ini, contohnya seperti The Plough Roundabout, Hemel Hempstead juga di England.


The Plough Roundabout


Sumber info : Amusing Planet, Wikipedia

5

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aTiKah_aYuNi 16-7-2015 08:19 AM
tengok pon pelik......
Quote friedfishsoup 26-8-2015 12:27 AM
Teringat Mr Bean
Quote RatuDunia94 26-8-2015 01:45 AM
matila kalu test jpj kat sini...
Quote Ipo 26-8-2015 08:45 AM
kalau aku bawa lalu round about ni..rasanya duk pusing2 situ jelah sampai ke sudah
Quote reeny 26-8-2015 11:34 AM
agak keliru jugak pada mulanya... tapi bila diamati betul2 arah anak panah baru faham...
Quote monyet_2015 26-8-2015 12:23 PM
bila aku tengok baru faham..kaedahnya untuk memendek jarak untuk buat u-turn pada masing-masing persimpangan..dengan ini baru tak jem..pandai juga konsep
Quote samperit 26-8-2015 02:23 PM
mcm best jer
Quote mattzzx 26-8-2015 04:28 PM
tapi orang kat sana tak kisah pun.....

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.120511 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top