CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hujan lebat dan ribut di putrajaya

26-6-2013 12:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12660| Komen: 68

Putrajaya: “Mulanya saya nampak awan gelap diikuti bunyi angin. Selepas itu, saya nampak sampah berterbangan dan zink jatuh diiringi bunyi dentuman kuat,” kata Mohd Ridzuan Mat Sharif, 33, penduduk Blok B Kuarters Kerajaan Presint 15, di sini ketika menceritakan ribut di kawasan kediamannya, semalam.

Dalam kejadian itu jam 6.45 petang itu, sebahagian bumbung zink di tingkat 15, blok berkenaan jatuh secara tiba-tiba berikutan angin kencang dan hujan lebat sebelum menimpa pondok rehat di bawah bangunan itu, selain merosakkan lampu jalan di situ.

Mohd Ridzuan yang juga pensyarah di sebuah institut kemahiran berkata, ketika kejadian, dia sedang melayari Internet di rumahnya yang terletak di tingkat satu blok berkenaan.


“Saya ingatkan ada pembenihan awan kerana hujan begitu lebat disertai angin kencang. Pada awalnya angin terbabit hanya menumbangkan pokok di kawasan sekitar dan kepingan zink serta sampah berterbangan.

“Namun, tiupan angin bertambah kuat sebelum bumbung zink di tingkat atas bangunan jatuh disusuli bunyi dentuman kuat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Mohd Ridzuan berkata, sejak tinggal di situ kira-kira dua tahun lalu, kejadian bumbung runtuh itu kali pertama dilaporkan berlaku ketika hujan lebat dan angin kuat. “Sebelum ini, jika hujan lebat dan angin kuat, tidaklah sampai begini (bumbung runtuh), tetapi kali ini ia meruntuhkan sebahagian bumbung selain merosakkan infrastruktur di kawasan ini. “Sepuluh minit sebelum hujan lebat dan angin kuat, polis ada meronda di kawasan ini dan mereka kembali semula ke sini sebaik menerima maklumat ada bumbung runtuh,” katanya. Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui di tempat kejadian berkata, beliau menerima laporan mengenai bumbung berkenaan runtuh daripada penduduk di situ kira-kira jam 7 malam semalam.

9

Bagus
18

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
16

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nora_balqis 26-6-2013 08:24 AM
memang menakutkan petang semalam, dah macam puting beliung.
Quote Peterpan17 26-6-2013 08:40 AM
Hamik ko!!! Nak ujan dgn ribut angina Dia kasih.
Quote gogo2 26-6-2013 08:46 AM
Putrajaya Darul Runtuh
Quote kakikuDibibirmu 26-6-2013 08:49 AM
ga mahu burterima kasih dungan Yindonesia?
Quote MissNigga 26-6-2013 08:49 AM
hujan rahmat .. angin berkat...
hari ni dah kureng sket jerebu....

harap2 .. hari ni hujan lagi... nak kasi cuci abes abes jerebu nie
Quote leylapple 26-6-2013 08:52 AM
Peterpan17 posted on 26-6-2013 08:40 AM
Hamik ko!!! Nak ujan dgn ribut angina Dia kasih.

betul tu...

terima ajer lah....lagipun hanya Dia yang menentukan...

nasib dia tak bagi Judgement Day lagi~
Quote MelahJanda 26-6-2013 08:55 AM
sepanjang jalan selepas inspen kat area abu bakar baginda semalam, banyak betul pokok patah dan tumbang, terkena wayar elektrik....
Quote harimau76 26-6-2013 09:08 AM
GIVE AND TAKE LA.... nak sgt hujan kan.. syukur la.. our air is getting better because of the rain..
Quote akughi 26-6-2013 09:10 AM
nasib baik la Tuhan bagi ujan......kalo panas je merungut pulak penduduk putrajaya
Quote stillen 26-6-2013 09:27 AM
Kereta aku pun mcm nak melayang..mmg xnmpk apa time driving
Quote itik_kuning 26-6-2013 09:30 AM
iols dengar2 kawan yang duk putrajaya bagitahu ada turun hujan batu jugak eh? ketul2 kecik...
Quote mieraAdriana 26-6-2013 09:42 AM
itik_kuning posted on 26-6-2013 09:30 AM
iols dengar2 kawan yang duk putrajaya bagitahu ada turun hujan batu jugak eh? ketul2 kecik...

haah...ade gak dengo smalam ...sape yg ade gambo mntak tlong paste ...tq.

Quote ikz 26-6-2013 09:52 AM
yup betul. hujan ptg tu mmg hujan air batu tp sekejap aje.... tak sempat nak ambik gambar sbb hujan terus lebat masa tu jugak. hilang terus bukti.
Quote solstice 26-6-2013 09:52 AM
Bole lah aku pi pesta floria
Quote nora_balqis 26-6-2013 09:55 AM
solstice posted on 26-6-2013 09:52 AM
Bole lah aku pi pesta floria

jemput datang, cantik2 gak bunga tahun nie
Quote itik_kuning 26-6-2013 09:58 AM
ikz posted on 26-6-2013 09:52 AM
yup betul. hujan ptg tu mmg hujan air batu tp sekejap aje....  tak sempat nak ambik gambar sbb hu ...

tempias dari singapore je tuh, tak banyak pun yang sampai ke putrajaya. ngeh, ngeh,ngeh...
Quote ikz 26-6-2013 10:01 AM
itik_kuning posted on 26-6-2013 09:58 AM
tempias dari singapore je tuh, tak banyak pun yang sampai ke putrajaya. ngeh, ngeh,ngeh...

saki baki yang dibawa angin la tu....

Quote wizza 26-6-2013 10:03 AM
Ujian dr yg maha ESA.... syukur kpd ALLAH coz turun kan hujan & ribut yg menolak jerebu.
pg nee segar jew udara, jerebu pom kurang...
Quote ell768 26-6-2013 10:07 AM
mmg ptg semalam ribut..angin punya laa kuat siap berbunyi2 lg kat luar tu..pokok2 seme dah senget..tp rumah aku area puchong..bukan putrajaya..hihihih..btw pg td pun dalam pukul 2.30 pg ribut jugak..siap petir lg hah..terkejut aku tgh2 tido sebab kuat sgt bunyinya...apa2 pun syukur Alhamdulillah..kalau x jerebu teruk sgt..pg ni rs nyaman sikit..

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.104109 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top