CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Keliru! Semak Dengan Warga Asing Di Kawasan Perumahan

7-9-2015 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 9202| Komen: 45|Original author: CARI-IIN

Oleh Izzah Abbasy

Menjadi tanda tanya kenapa pihak majikan mahupun syarikat yang suka menyewa pekerja mereka di sekitar perumahan, pangsapuri mahupun kondominium? Ya, mereka mampu untuk menempatkan pekerja di mana sahaja. Yang menjadi persoalannya, rata-rata warga asing yang terdiri dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal, Filipina, Myanmar dan Afrika ini tidak menghormati sensitiviti masyarakat tempatan yang mendiami di sekitar perumahan tersebut.

mentari-court.jpg

Kadang kala terfikir, adakah kawasan perumahan tersebut sesuai dijadikan asrama bagi pekerja mereka? Keluar rumah, masuk rumah pasti terjumpa dengan warga asing ini. Sekaligus sikap mesra sesama jiran tetangga terkubur begitu sahaja. Disebabkan sebelah rumah, depan rumah merupakan asrama warga asing, ia seperti bukan berada di negara sendiri. Timbul rasa takut, bahkan rasa ketidakselesaan untuk terus tinggal di situ.

HOUSES_110414_TMIAFIF_003.jpg

Benar, kebanjiran pendatang asing tidak seharusnya dipandang ringan kerana mereka mampu menguasai ekonomi negara sekiranya terus diberi peluang. Namun, apabila semua sekitar perumahan atau rumah ini dijadikan 'sarang' warga asing, ia secara tidak langsung membuka peluang mereka menjadikannya sebagai negara sendiri.

Masalah yang ketara menjadi kebimbangan

1) Ada sesetengah kawasan perumahan yang hampir dikuasai oleh orang asing

2) Menakutkan penduduk tempatan terutamanya kaum wanita untuk keluar dari rumah

3) Ada kawasan yang tahap gejala sosialnya begitu menjijikkan masyarakat tempatan tanpa ada teguran dari mana-mana pihak

4) Ada kawasan yang penduduknya berada dalam ketakutan dari segi keselamatan dan tahap jenayah yang semakin mengancam

5) Warga Afrika pula sering berkelakuan tidak sopan dan suka bercakap kuat yang mengganggu ketenteraman orang lain.


Sebenarnya, kita sedar atau tidak? Atau sekadar menutup mata sahaja apabila perkara sebegini tidak dipandang serius? Salah siapa dan silapnya di mana? Atau, jalan penyelesaiannya adalah pihak berkuasa perlu meneliti dan mengambil tindakan supaya membenarkan beberapa rumah sahaja boleh menempatkan warga asing ini? Segalanya terletak kepada pihak penguasa perumahan untuk mengambil serius perkara ini.

Kesianlah rakyat tempatan yang merasa tidak selamat di negara sendiri sedangkan warga asing bebas membuat sesuka hati dan semakin berani. - CARI infonet
19

Bagus
12

Marah
21

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote magnus 7-9-2015 01:05 PM
Yg kurang hajau tu ko tangkap jelah..kasi terajang..tu pun nak ajor ke..jgn bg muka sampai kurang hajor mcm yg bawak hanjeng naik troli  shopping tu..
Quote lavabesi1/1 7-9-2015 01:08 PM
magnus replied at 7-9-2015 01:05 PM
Yg kurang hajau tu ko tangkap jelah..kasi terajang..tu pun nak ajor ke..jgn bg muka sampai kurang ha ...

apa salah kah mak si spiderman bawak anak dia yang disumpah jadi anjing pi supermarket...??


Quote magnus 7-9-2015 01:12 PM
..lain kali suruh bwk babi sekali dlm troli tu
Quote freebird 7-9-2015 01:18 PM
bangang punya reporter....

habis tu diaorang nak duduk mana? duduk kondo mewah?? paham2 lah kalau duduk pprt tu, toksah lah memilih sangat siapa jiran ko...

gomen barisan najis yang bawak diaorang masuk, siapa ko yang nak bantah???
Quote Skuau 7-9-2015 01:31 PM
Kata majikan"salah kalo talak wat wa untung,ini asng olang kasi susah lu bukan wa punya hal".Akhirnya kita yg tidak kena mengena yg susah,majikn plak buat duit atas kesusahan org lain,dn 'diluluskn' plak olh k'jaan.
Quote CrowneGlory 7-9-2015 01:37 PM
Kdg2 sykt x byrkan pun dorg bayar sendiri...sewakan dgn dorg dpt sewa double triple dr sewakan ke rakyat tempatan... Tp rumah mmg hancur selain sumbat sampai penuh... Selain rakyat tempatan liat bayar sewa
Quote airfilterkotor 7-9-2015 01:39 PM
zahid: ade aku kesah?
Quote kentel 7-9-2015 01:59 PM
awal lagi ni...1.5J masih belum zahid komedi bwk....bangla smua tu tak masuk lagi...
Quote mattzzx 7-9-2015 02:15 PM
tunggu dan lihat selepas 1.5juta tu masuk...
Quote Knowlee 7-9-2015 03:30 PM
Kat apartment ai, ada satu rumah selang setingkat, tinggallah org Afrika lelaki perempuan. Yg perempuannya dah la pakai baju punya la teruk, ai jd malu nak tgk, pastu suka cakap kuat2, menyanyi kuat2. Sakit hati betul.
Quote watachiwa 7-9-2015 03:48 PM
dah jadi macam kite lak menumpang negara org
Quote Simunggu 7-9-2015 04:08 PM
macai DAP: ini semua salah PM dan 1MDB..
Quote Bedah.Cun 7-9-2015 04:09 PM
Neh sume persepsi jer, yang
Quote afie_m 7-9-2015 04:13 PM
umah ai dulu ada org kulit htm nak sewa...dia bg harga tinggi...x sanggup ai...takut dia gi proses brg terlarang kat umah tu....lagipun sayang ooooooooooo takut umah rosak...
Quote Skuau 7-9-2015 04:15 PM
freebird replied at 7-9-2015 01:18 PM
bangang punya reporter....

habis tu diaorang nak duduk mana? duduk kondo mewah?? paham2 lah kalau ...

Duduk ler rmh kongsi cm zmn rock kapak dlu2.Dulu mner ada kecoh cm ni sb meka x duduk samer ngn warga tmptan.
Quote Skuau 7-9-2015 04:18 PM
Knowlee replied at 7-9-2015 03:30 PM
Kat apartment ai, ada satu rumah selang setingkat, tinggallah org Afrika lelaki perempuan. Yg peremp ...

Apa mcm itu amoi Aplika nyanyi itu lagu 'sakitnya tuh disini...' ?
Quote freebird 7-9-2015 04:42 PM
makcik pakcik pprt ni kalau yang duduk jadi jiran mereka ni expat2 mat salleh, musti bangga semacam, betul tak???

toksah harap lah, diaorang pun geli nak jadi jiran dengan korang....
Quote JohnPuteh 7-9-2015 04:45 PM
Tuan punya TT jer rasa mcm ni..jiran saya ok ok jer..lagi satu rumah duduk dkt 10 org..kalau ada bnda yg kita nk mintak tolong diaorg ringan tulang nk tolong..nak harapkan jiran local yg lain..jaga tepi kain org boleh lah..
Quote gaara_X 7-9-2015 04:54 PM
pak munteri tak de nak pikir benda nie....dah berlaku baru nak wat macam².....deme tahu bawak masuk je....bab lain....korang handle laa..kan kita serumpun.....hihkhihkhhikk

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.069003 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top