CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

[Edisi Spekurina] Wartawan Mingguan Wanita Dikencing Pasangan Selebriti Hot

8-9-2015 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16179| Komen: 69

Oleh Adib Za

Jika anda rajin menyelak majalah Mingguan Wanita, ada sebuah kolum dinamakan Diari Wartawan.

Salah satu entry oleh wartawan majalah ini menarik perhatian ramai kerana dikatakan terdapat sepasang suami isteri selebriti yang bukan sekali tapi dua kali memberikan alasan tidak dapat menghadiri sesi shooting sebagai penghias kulit.


Pendeknya, selebriti ini 'kencing' wartawanlah kan. Jadi, dari situ sudah ramai yang mula membuat spekulasi siapakah pasangan selebriti yang dimaksudkan?

Apa pun, cukup-cukuplah menipu dan memberi alasan. Kerja itu harus profesional, kan? - CARI Infonet


--------------------------------------
Luahan Wartawan Mingguan Wanita dalam Diari Wartawan.

Bunyinya agak kasar. Tapi itulah realitinya. Setelah lama team MW approach pasangan selebriti ini, akhirnya giliran aku pula mencuba nasih. Alhamdullillah, dapat juga tarikh untuk sesi photoshoot.  

Hari terakhir minggu sebelumnya, aku bersama si rakan kamceng, kak Naimah pergilah mencari pakaian sesuai untuk pasangan selebriti itu. Memang perbincangan awal, mereka mahu mengenakan pakaian sendiri, maklum sahaja duta butik. Tetapi pakaian standby itu kena tetap ada. Mana tau pakaian mereka tak sesuai pula dengan konsep, muncung sedepa nanti editor kami. Hihi.

Hampir seharian mencari baju sesuai, pulanglah aku ke pejabat semula. Lega sudah. Namun sebenarnya rasa tidak sedap hati itu tetap ada. Tidak tahu mengapa. Mainan perasaan kot. Tarikh dijanjikan hari Isnin jam 11 pagi. Hari Ahad sebelah malamnya, aku terima pesanan WhatsApp daripada artis berkenaan. Terdiam seketika. Esok kot nak photoshoot tapi kena cancel sebab pasangannya demam panas, sampai tak boleh bangun. Yelah, dah nak sakit bukan boleh dijangka kan.

Masih boleh positif dan berharap esoknya akan sembuh. Keesokan paginya, aku masih mengharapkan keajaiban. Moga beransur sihat dan sesi kami berjalan seperti yang dirancang. Namun sehingga jam 9 pagi, tiada balasan danaku andaikan memang tiada rezeki aku mahu bekerjasama dengan pasangan hot tersebut. Photographer cancel, make up artist cancel dan aku pun termenung sendiri.

Tiga hari selepas itu, aku tanyakan perkembangan si artis itu. Aku cadangkan tarikh baru dan dia setuju. Mungkin pasangannya akan beransur pulih. Aku set semula dengan mereka terlibat dan minta penangguhan loan baju daripada butik yang aku minta minggu sebelumnya.

Dalam hati berdoa semuanya akan baik-baik sahaja. Sehari sebelum tarikh photoshoot baru, aku tanyakan perkembangan terbaru lagi. Kata si artis, pasangannya sepertinya sudah sembuh cuma batuk masih belum hilang. Lega namun masih bimbang.

Keesokannya paginya, aku dapat pesanan WhatsApp daripada artis tersebut. Katanya akan lewat hadir ke studio kami. Aku jawab OK namun diselangseli dengan gurauan ‘Jangan cancel lagi tau’. Segera aku WhatsApp make up artist memberitahu perkembangan terkini tersebut. Hampir dua jam menunggu, aku terima panggilan telefon dari si artis.

Sebelum dia sempat berkata-kata, aku memotong perbualan dan berkata ‘Hai adik, ada kat mana sekarang? Jangan cakap cancel pula tau.’ Huhu. Tapi suara di hujung talian bergetar pula. Ah sudah, memang cancel lah tu. Sempat hatiku berteka sendiri. Sambil sesekali terdengar esakan kecil, ya comfirm photoshoot cancel untuk kali kedua. Sebabnya? Pasangannya masih belum sihat sepenuhnya. Ermmm... nak terkata apa aku.

Pada hari kejadian selepas menanti dari jam 11 pagi, jam 1.30 tengahhari, khabar tidak seronok itu aku dengar.

Aku khabarkan pada editor, cancel lagi. Agak kecewa juga dia. Paling terkesan di hati aku, nak gantikan dengan artis mana pula sebagai muka depan selepas giliran aku artisnya cancel pada hari kejadian? Gila, tak sentap. Maklumlah deadline mingguan ini, sekali cancel kena fikir back up plan cepat. Ke nanti nak letak muka aku sebagai cover majalah? Haha.

Sudahnya aku terdiam. Teringat geng MW, kak Julie yang sudah shoot cover tetapi gilirannya lambat lagi. Jadi dia tolong masukkan dulu. Terima kasih Kak Julie, sayang. Syukur ada back up. Reda dari rasa sentap, aku kembali positif. Jadi wartawan ini, sentap itu biasa. Tapijangan lama-lama. Kalau lama-lama sentap, baik berhentijaga anak jadi suri. Hihi.

Jadi, kesimpulannya, 10 tahun jadi wartawan 1st time aku kena ‘kencing’. Bukan sekali tetapi dua kali. Kenapa aku kata kena ‘kencing’? Sebab kalau sekali, mungkin betul. Tapi dah masuk dua kali, siapa boleh terima beb.

Sumber: mingguan.wanita.karangkraf

9

Bagus
2

Marah
10

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 7-9-2015 02:32 PM
membohong je lah alasan2 tu sumer

sape?? fathia aiman ke?
Quote cik_tonggek 7-9-2015 02:38 PM
dah kawin ke belom pasangan selebriti tu
Quote hotmak 7-9-2015 02:40 PM
Norman hakim memey ke, dorang baru bukak butik kan
Quote myasara_m 7-9-2015 02:41 PM
kalau che ta aci tak? hehehe.... esakan kecik tu maybe anak dara dia nangis. tp wartawan tu panggil adik. xkan ler che ta dipanggil adik. bukanlah tu
Quote rayna_raynes 7-9-2015 02:41 PM
awal dgn scha? dua2 ada butik
Quote myasara_m 7-9-2015 02:43 PM
rayna_raynes replied at 7-9-2015 02:41 PM
awal dgn scha? dua2 ada butik

diaorg ada butik baju ye

Quote rayna_raynes 7-9-2015 02:45 PM

eh aku salah baca. duta butik rupanya igtkan ada butik
kensel haha

Quote prettyuglybabe 7-9-2015 02:45 PM
mungkin betul retis tu demam kot..
klu sampai takleh bangun, consider demam teruk la tu..
takes time nak sembuh..
lain la klu demam biasa biasa 2 3 hari boleh la baik terus..
Quote joey_mcintrye 7-9-2015 02:46 PM
Panggil adik? Aida Jabat - Zul Ripin
Quote harkktuih 7-9-2015 02:46 PM
Memang perbincangan awal, mereka mahu mengenakan pakaian sendiri, maklum sahaja duta butik.
Jom berspekurina chuols semua. Klu diberikan:

1. Pasangan selebriti hot

2. Ada dua butik



Duta butik ke atau ada dua butik?
ke iols salah baca?
Quote khailya 7-9-2015 02:47 PM
che ta?
Quote GhostWalking 7-9-2015 02:48 PM
aku tak boleh tengok gamba mata pompuan nih
Quote kakasotong 7-9-2015 02:51 PM
harkktuih replied at 7-9-2015 02:46 PM
Duta butik ke atau ada dua butik?
ke iols salah baca?

Meols salah baca. Duta butik rupanya. Skrg jugak meols edit

tq uols betulkan
Quote shernazz 7-9-2015 02:55 PM
scha awal tu aku tau duta yakult terkujat kujat depan anak tu
Quote ainie_1008 7-9-2015 02:56 PM
dr mula aku baca terbayang schawal..
Quote ainie_1008 7-9-2015 02:57 PM
cik_tonggek replied at 7-9-2015 02:38 PM
dah kawin ke belom pasangan selebriti tu

mingguan wanita nie kebykknya dah kawen.
Quote myasara_m 7-9-2015 03:04 PM
hotmak replied at 7-9-2015 02:40 PM
Norman hakim memey ke, dorang baru bukak butik kan

memey duta jubah rafelina. boleh masuk list. kira adik gak lah kan

Quote munchkin 7-9-2015 03:18 PM
At least seleb tu call kan. Lain lah tak jawab phone apa semua. Dia ni tak considerate orang tak sihat. Pikir deadline kerja ko je. Bukan org pinta tak sihat
Quote alieyrina 7-9-2015 03:19 PM
Hanis dgn laki dia? Hhehee..aku memg clueless..xfolo dunia retis sgt...

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.215961 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top