Oleh Adib Za
"Apa? Pengasuh ambil cuti? Macam mana ni? Anak-anak siapa nak jaga?" Sebagai ibu bapa, anda pasti pernah menghadapi situasi seperti ini, bukan? Bila pengasuh bercuti, ramai ibu bapa terpaksa mengambil cuti sama. Yalah, siapa pula nak jaga anak-anak.
Namun, jika ia merupakan cuti kecemasan, hendak atau tidak, anda perlu membawa anak ke pejabat. Namun, apakah yang perlu dilakukan. Bagaimana jika anak menangis? Situasi ini turut merisaukan, bukan? Sebagai langkah terbaik, anda tenangkan diri dulu. Jangan emosi dan tertekan. Ikuti langkah yang disarankan oleh portal Pa&Ma ini: 1. Beritahu pihak atasan tentang masalah anda Sudah tentu kehadiran anak di pejabat boleh mengganggu suasana kerja dan produktiviti anda. Oleh itu maklumkan kepada ketua bahawa anda terpaksa membawa anak ke pejabat kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan. Beritahu alasan yang munasabah agar bos memahami situasi yang sedang anda hadapi.
2. Keadaan yang kondusif Pastikan suasana dan persekitaran kerja adalah kondusif untuk membawa anak kecil. Jika boleh suasana pejabat tidak berada dalam keadaan yang sibuk ketika anda membawa si kecil ke pejabat kerana ia boleh mengganggu tugas di samping sibuk menjaga si kecil. Sediakan tempat untuk anak berehat dan membuat aktivitinya sendiri supaya dalam masa yang sama anda boleh bekerja. 3. Siapkan aktiviti untuk anak Jangan lupa membawa segala kelengkapan yang diperlukan untuk melekakan anak sepanjang mereka berada di pejabat menunggu anda bekerja. Antara barangan mereka adalah permainan kegemaran, alat tulis, buk mewarna, buku stiker, tablet (jika ada) dan sebagainya. Biarkan anak sibuk supaya dia tidak bosan menungguu dan boleh mengganggu anda membereskan kerja. 4. Maklumkan kepada anak situasi di pejabat Berikan sedikit gambaran kepada anak tentang persekitaran di pejabat yang bakal dilawati. Sedikit sebanyak ia membantu si kecil menyesuaikan diri. Tegaskan yang mereka tidak boleh mengamuk, membuat perangai dan meminta balik sebelum habis waktu bekerja, tidak boleh mengganggu orang lain di pejabat membuat kerja dan membuat bising. 5. Bawa bekalan makanan yang cukup Anak kecil sering mengadu lapar dan suka mengunyah. Oleh itu pastikan anda siapkan bekalan susu dan snek sihat supaya dia tidak merengek secara tiba-tiba meminta makanan dan sebagainya. - CARI Infonet Baca selanjutnya: Pa&Ma |
19
![]() Bagus |
18
![]() Marah |
22
![]() Terkejut |
25
![]() Sedih |
24
![]() Lawak |
26
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT