CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ekonomi Merudum, Sudah Tiba Masanya Bekerja Di Luar Negara?

1-10-2015 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 19721| Komen: 164

Oleh Adib Za

Bekerja di luar negara mungkin tidak ramai yang memikirkannya, terutama di kalangan rakyat Malaysia. Ini berbeza dengan rakyat negara jiran yang rata-ratanya sanggup berhijrah demi meneruskan kelangsungan hidup.


Namun, dengan keadaan ekonomi yang dilihat semakin merudum, sehingga kini nilai mata wang juga semakin rendah (ketika ini $1 dolar bersamaan RM4.40), ada yang mula terfikir untuk mencari peluang pekerjaan di luar.

Persoalannya, adakah kita sekuat rakyat Indonesia, Filipina mahupun Bangladesh sehingga sanggup untuk bekerja ke luar negara?

(Sumber foto: moneycrashers)


Biasalah, rakyat Malaysia sering dimomokkan menjadi masyarakat yang pemalas, tidak mahu bekerja dalam suasana kotor, berat dan sebagainya.


Buka minda, jangan terlalu memencilkan pemikiran anda. Sebenarnya memang banyak peluang di luar sana. Pokoknya, sama ada sanggup atau tidak.

Penulis tertarik melihatkan pakej bekerja di Australia, dalam sebuah blog yang mengiklankan peluang bekerja sebagai pemetik buah epal di negara kanggaru itu.

Dalam blog petikapple.blogspot.my terpapar tawaran khusus untuk rakyat Malaysia yang masih belia, jika ingin mendapatkan pengalaman baharu bekerja di negeri orang.

Yang menariknya, meskipun ia bukan pekerjaan yang profesional, namun upah yang ditawarkan melebihi gaji seorang eksekutif di Malaysia.

Dengan bayaran upah serendah RM300 hingga RM400 sehari, bayangkan gaji yang bakal didapati untuk jangka masa sebulan. 

(Sumber foto: yes2study)


Itu merupakan salah satu peluang yang didapati melalui internet. Sebenarnya, terlalu banyak peluang lain yang terbuka dan pastinya menjadi pekerjaan dan gaji yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Buat semua, jangan disalahertikan tulisan ini. Yang pastinya Malaysia mempunyai seribu satu potensi untuk berkembang lebih maju pada masa hadapan. Buat mereka yang ingin mencuba pengalaman baharu, apa salahnya, bukan?

(Sumber foto: theprisma)


Tepuk dada, tanya selera. Bagaimana dengan anda? Jom kongsikan bersama kami. - CARI Infonet
26

Bagus
14

Marah
18

Terkejut
10

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ladybird_ 1-10-2015 03:46 PM
nak p luar negara pun xde duit. TT tolong support lerrrr....
Quote gaara_X 1-10-2015 03:48 PM
ermmmmm......deme kat govt dok sibuk suh deme yang bagus balik berkhidmat...hihkhihkhihhkkhk
Quote sabbath_shalom 1-10-2015 03:48 PM
Hahaha...sebulan lepas sabbath dah search a
pasal ni....
.sebag rakyat Malaysia yg faham perngai rakyat Malaysia.. Sabbth nasihatkan tak payah la..
Quote wwwvvvwww 1-10-2015 03:58 PM
Ekonomi merudum ? Kepala cacing lu
Quote mesmerize 1-10-2015 04:05 PM
malas la sis. nak mulakan hidup baru segala kat oversea.
Quote AbukRokok 1-10-2015 04:13 PM
emmmmm mana tahu sambil bekerja ketemu pula jodoh
Quote green~tea 1-10-2015 04:13 PM
Mak ayah dah tua... Lupakan laa mengejar dunia, berbakti la pada parents sementara masih ada... Kalo duk obersi, mak ayah sakit ka, meninggal ka, entah2 tak sempat pun nak menengok.
Quote BlueEagle 1-10-2015 04:14 PM
pernah terpikir dan masih terfikir tuk migrate ke luar negara mcm nz, aus...
Quote ellejo 1-10-2015 04:14 PM
tak nak la.
malas. nanti perangai jadi urban dan akan hencap melayu dan bangsa lain sbb penah g oversea
Quote bit 1-10-2015 04:15 PM
Wah dah terbit aura aura ummah malaysia jd buruh kontrak dan org gaji hasil pemerintahan bijan
Quote primemova 1-10-2015 04:19 PM
Edited by primemova at 1-10-2015 04:23 PM

Pinoy rakyatnya 100 juta lebih, indon 230juta lebih... Overpopulation! Bersaing sengit utk mendapat job di negara mereka... Bila dpt peluang keja oversea, peluang utk mereka hidup selesa sbb negara mereka kualiti of living teruk... Kat malaysia rakyat cuma 28 juta je.... Keje berlambak lambak kalau tak memilih.... Living oK.... Situasi belum mendesak utk migrate spt pinoy dan indon.... Tidak timbul isu org malaysia kuat ke tidak spt org pinoy dan indon... Soalan tak relevan spt tanya org australia kuat ke tak nak migrate oversea cari kerja? Walaupun malaysia belum lg setaraf australia atau nz... Tp malaysia almost there... Life is OK in malaysia...
Quote fire_place 1-10-2015 04:29 PM
Perkara yg paling aku sesali dlm hidup xcukup berani nak bertindak dgn suami aku masa awal kawin nk berhijrah kat oversea.patutny kumpul duit ikat perut mcm kawan dia,nekad dgn sijil yg ada g oversea lpstu skrg dh keje sana,siap ada restoran.padahal aku 3 tahun lps kawin xda anak lg.

Skrg dlm adik beradik aku lah yg dok kat sini..dan penyesalan aku ni bukan sbb nak banyak duit,duduk sejuk2 nak enjoy..tp lebih pada pendidikan anak aku.aku nak dok luar sbb nak pendidikan terbaik untuk anak tu je,kalau nak setakat anak score A je manjang baik aku sek sini je,sbb bagi aku budak pandai kalau setakat masuk U melambak skrg,dan tu bukan yg aku nak.dan skrg kena lah pulak bkerja keras nak pastikan dapat pendidikan terbaik.
Quote kentel 1-10-2015 04:29 PM
gaara_X replied at 1-10-2015 03:48 PM
ermmmmm......deme kat govt dok sibuk suh deme yang bagus balik berkhidmat...hihkhihkhihhkkhk

nanti dibangsatkan sebab takde perasaan nasionalisme sbb taknak berkhidmat utk negara
Quote pittjie 1-10-2015 04:30 PM
nak membangla dan mengindonkan diri di negara org pulak ya?
Quote TravellingBear 1-10-2015 04:32 PM
green~tea replied at 1-10-2015 04:13 PM
Mak ayah dah tua... Lupakan laa mengejar dunia, berbakti la pada parents sementara masih ada... Kalo ...

Maybe sesuai utk orang yang mak & ayah dah meninggal
Quote batman_2007 1-10-2015 04:35 PM
Below 30 di alu alukan..

Betulkan..?@solstice
Quote comel91 1-10-2015 04:56 PM
baru baca Sweden lulus keje 6 jam je..

bole jugak kje part time dkt sweden.. hukhuk.. dorang nk kje kejap.. belen tu jom kite pulun keje
Quote kanaganpilley 1-10-2015 04:59 PM
comel91: baru baca Sweden lulus keje 6 jam je.. bole jugak kje part time dkt sweden.. hukhuk.. dorang nk kje kejap.. belen tu jom kite pulun keje


saia maliysa mari kija 16 jam tara berhenti juga
Quote slavehunter 1-10-2015 05:05 PM
Sabar2.....bila aku tanya kokesen kenapa kerja kat Asia dan nak duduk sini permanent? Mereka kata kat sini cost of living murah tax murah....    dorang pun tak larat duk Uk and Aus pasal mahal katanye......

Lihat semua komen(164)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.042032 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top