CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tarikan Terbaharu Di Genting, 'Behind-The-Scene Tour'

1-10-2015 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9220| Komen: 11

Oleh Adib Za
Foto Adib Za, Suk Wah

Buat anda yang telah lama tidak berkunjung ke Genting Highlands, kini terdapat satu lagi tarikan yang pastinya sangat rugi jika dilepaskan.


Menariknya ia sangat sesuai dijadikan aktiviti sekeluarga terutamanya sebagai pendedahan buat anak-anak. Tarikan terbaharu yang dinamakan sebagai 'Behind-The-Scenes Tour (Jelajah Di sebalik tabir) telah diperkenal sejak 1 May 2014.

Program ini boleh diikuti hanya pada hujung minggu dan juga cuti umum, berdurasi sehingga 3 jam! Wow, pastinya  banyak aktiviti yang membawakan pengalaman unik dan baharu kepada kanak-kanak khususnya. 



Secara amnya, ia memaparkan bagaimanakah dan apakah yang terjadi di sebalik operasi di Resort World Genting. 

Penulis berkesempatan melalui 'penjelajahan' ini di mana, pertamanya semua peserta di bawa ke rumah salji, Snow World. 




Peserta diajarkan membuat 'salji' dengan peralatan ala eksperimen makmal.


Di sini, anda bukan sahaja boleh menikmati dan merasai pengalaman berada di musim sejuk, malah diajarkan bagaimanakah 'salji' dihasilkan. Eksperimen yang ditunjukkan sangat mengujakan dan membolehkan penulis membawa 'salji' pulang ke rumah? Tidak percaya, jom cubanya sendiri!



Snow World yang sentiasa menjadi daya penarik di Genting. Tidak harus melepaskan bergambar di sini!


Seterusnya, para peserta di bawa ke bengkel 'See, Do & Eat' (Lihat, lakukan, makan). Di sini, para chef telah bersedia untuk menunjukkan demonstrasi menyediakan sushi dan juga donut. Paling menarik adalah, semua peserta boleh mencuba sendiri 'air tangan' mereka. Lihatlah sama ada sushi dan donut anda menjadi atau tidak! Menarik, bukan? 




Bengkel 'makanan' membolehkan peserta belajar dan mencuba sekali menyediakan sushi dan donut.


Usai memenuhkan perut dengan makanan tersebut, peserta di bawa ke Genting International Showroom. Di sini, lazimnya banyak persembahan yang bertaraf antarabangsa dipersembahkan. Anda bakal ditunjukkan dengan kecanggihan peralatan yang digunakan untuk mengawal pentas. Ini termasuklah sistem bunyi, pencahayaan dan sebagainya.

Tidak ketinggalan, penulis merasai sendiri 5 minit persembahan 'pencahayaan' di pentas utama yang membuatkan  anda berasa sedang berada di sebuah pertunjukan konsert sebenar! Memang sangat berbaloi!




Penerangan mengenai sistem bunyi dan pencahayaan di Genting International Showroom.


Akhir sekali, penulis dan para peserta lain di bawa ke Horizon 50. Di sini, anda bakal dipaparkan dengan sejarah bagaimana Genting dibina, fakta-fakta menarik yang tidak pernah diberitahu dan pertunjukan Taman Tema 'Twentieth Century Fox' World' seperti planet of the Apes, Ice Age dan sebagainya. 

Wow dan tanpa disedari, tahun ini merupakan tahun ke-50 Genting Highland dibuka kepada umum. Ternyata, ia bukan sahaja menjadi lokasi pelancongan ternama di Malaysia, malah ia menarik jutaan pengunjung dari seluruh dunia. 




Horizon 50 memaparkan sejarah dan perancangan masa depan Genting Highlands!


Jom, apa lagi untuk sertai jelajahan ini. Cukup 3 jam penulis mengikuti, memang memenatkan namun pengalaman yang sangat berharga. Ia membuka mata bagaimana Genting itu sendiri meletakkan Malaysia di mata dunia. Tiket untuk ke program ini adalah berharga RM28 seorang dan percuma untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun. - CARI Infonet


** Bagi anda yang ingin 'book',  boleh emelkan kepada [email protected] atau hubungi 03-6101 1118 sambungan 55678. Layari www.rwgenting.com untuk maklumat lanjut. 



17

Bagus
16

Marah
29

Terkejut
16

Sedih
19

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 1-10-2015 05:33 PM
Aku bosan aktvt2 camni...tak bolehhh
Quote MsKathryn 1-10-2015 05:36 PM
Dah lama x g genting..
Quote CrowneGlory 1-10-2015 05:36 PM
Baper sen genting byr tolong pomot ni... Bg free pun x teringin aku nk pergi
Quote hanakikan 1-10-2015 07:12 PM
Edited by hanakikan at 1-10-2015 10:58 PM

Snow world genting tu mcm taik je. Tp ok la utk ummah tak pernah gi oberC
Quote InVendeTTa 1-10-2015 07:17 PM
Dah takde tarikan genting sekarang ni.wajarlah pikir buat duit cara lain
Quote af_1993 3-10-2015 01:03 PM
boring je..
Quote Peya 3-10-2015 01:05 PM
Dapat masuk pun sekejap je. Tak berbaloi
Quote kemaruk 3-10-2015 01:11 PM
@akubest penah pegi genting tak??

kompang sikit
Quote krustykrab 3-10-2015 01:14 PM
Genting ni byk masyuk pun sbb kasino die je lah...dulu selain genting tak de theme park yg best...skg ni dh belambak lambak dah...
Tp yg best kalo main kt theme park die ni x betpeluh....sojuk yoooo..
Quote kelapaparut 3-10-2015 01:21 PM
Bile nak siap tmn tema fox ni ye..bagusnye ade tmn tema ni complimentary dgn legoland,sunway pyramid mcm byk themepark msia ni
Quote babypureen 5-10-2015 09:10 AM
dah lama tak pergi genting

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.222866 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top