CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keajaiban Imej Terbaru Planet Pluto Yang Menakjubkan - Para Saintis

5-10-2015 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7885| Komen: 33

Oleh Izzah Abbasy

Dah lama rasanya kita tidak menyelami info Sains. Di Washington baru-baru ini, kajian para saintis betul-betul telah mengejutkan dan menakjubkan mengenai planet terkecil dalam sistem Suria iaitu Planet Pluto.

Imej-imej terbaru permukaan planet paling jauh dalam Sistem Solar iaitu Pluto dan bulannya, Charon yang dikirim oleh kapal angkasa New Horizons bukan sahaja menakjubkan para saintis dan ahli kaji bintang malah menunjukkan Charon mempunyai sejarah silam yang ganas.

Inilah buat pertama kalinya dalam sejarah, manusia dapat melihat permukaan planet Pluto dan Charon secara jelas dan terang.

Charon misalnya mempunyai permukaan yang terbelah dan di garisan Khatulistiwanya menunjukkan ngarai yang dalam dan panjang iaitu lebih panjang daripada ngarai paling popular di Bumi iaitu Grand Canyon yang terletak di Amerika Syarikat.

Imej-imej dengan resolusi tinggi itu diproses dan dihantar oleh kapal angkasa tanpa manusia, New Horizons yang terbang melintasi Planet Pluto dan bulannya Charon Julai lalu.

New Horizons merakamkan beribu-ribu foto sehinggakan ia memerlukan masa selama beberapa bulan untuk memproses dan menghantarnya pulang menerusi isyarat ke Bumi semula.

Saiz Charon, adalah separuh daripada saiz Pluto. Ia juga adalah bulan paling besar dalam Sistem Suria. Yang paling mengejutkan saintis ialah permukaan Charon yang mempunyai gunung-ganang dan juga ngarai yang dalam.

Ngarai yang terdapat di bulan ini adalah sepanjang lebih 1,600km - empat kali lebih panjang dari ngarai Grand Canyon.

Gambar-gambar yang dirakamkan New Horizons ketika kapal angkasa itu melintasi Charon dan Pluto pada 14 Julai lalu menunjukkan wajah dan permukaan kedua-duanya yang menunjukkan bahawa masa silam gerakan geologikal yang besar pernah berlaku di sini.

"Amat jelas sekali ia menunjukkan pada masa lalu, kerak pada permukaan Charon pernah merobek dan terbuka luas kerana pergerakan yang kuat," kata pakar astrologi, John Spencer, dari Southwest Research Institute di Boulder, Colorado, Amerika Syarikat.

Para saintis juga mendapati, tiadanya kesan kawah yang terbentuk akibat hentaman komet atau astreod pada kawasan-kawasan tertentu di permukaan Charon dan juga Pluto mengesahkan yang terdapatnya permukaan baru ekoran aktiviti geologi.

Kapal angkasa New Horizons ketika ini sedang berada 5 bilion kilometer dari Bumi dengan maklumat terbaru menunjukkan segala sistem pada pesawat tersebut berjalan lancar.

Pluto adalah planet paling kecil dan terjauh dalam Sistem Solar kita. Selepas Pluto, tidak ditemui sebarang objek yang boleh diklasifikasikan sebagai planet.

*ngarai bermaksud lembah atau jurang yg dalam.




Imej terbaru Planet Pluto, planet terkecil dalam Sistem Suria kita telah menakjubkan para saintis




Imej Charon dengan kualiti warna yang dipertingkatkan diambil dengan resolusi tinggi.



Imej yang berwarna merah menunjukkan permukaan Charon yang mempunyai ngarai yang dalam sepanjang lebih 1,600 km, empat kali lebih panjang dari ngarai Grand Canyon.



Imej Pluto (kanan, bawah) dan Charon (atas, kiri) yang dirakamkan oleh New Horizons.

CARI Infonet
32

Bagus
17

Marah
22

Terkejut
34

Sedih
34

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (173 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 2-10-2015 10:31 PM
Menakjubkan
Quote mbhcsf 2-10-2015 10:39 PM
1. is Pluto a planet now?
dulu depa dok gaduh itu ini ...


Quote hanakikan 2-10-2015 10:40 PM
Nampak beku giler. Snow memanjang je.
Quote msxx 2-10-2015 10:49 PM
Hr tu claim pluto bkn planet. Ai is pening!


Quote budakshinchan 2-10-2015 10:50 PM
nampak mcm model sains di buat dari tanah liat
Quote epis 2-10-2015 10:52 PM
mbhcsf replied at 2-10-2015 10:39 PM
1. is Pluto a planet now?
dulu depa dok gaduh itu ini ...

still planet rasanya, tapi tergolong dalam planet kerdil... sayangnya, sebab kecil2 dulu belajar pluto ni planet, pastu skg ada terma planet kerdil pulak, huhu...
Quote hyie 2-10-2015 10:53 PM
kan...apakah planet yg ke-9?
Quote Mary_jane 3-10-2015 12:14 AM
Cantiknya bulan.
Quote dani-rox 3-10-2015 01:27 AM
canteknya...



*sobs*
Quote theotherfriend 3-10-2015 08:58 AM
Pelik pulak guna term ngarai.

Dah mcm indon.
Quote FOTHER-MUCKER 3-10-2015 09:06 AM
ini jarum jarum halus yahudi untuk menyesatkan orang isle.!
Quote taikor 3-10-2015 09:13 AM
theotherfriend replied at 3-10-2015 08:58 AM
Pelik pulak guna term ngarai.

Dah mcm indon.

kita telah dikuasai indon secara halus...  
Quote Ha_Neul 3-10-2015 09:14 AM
pluto bukan terkecik...

kat kuiper belt tu dah jumpa banyak orbiting dwarf planets macam pluto, eris, ceres dll... dan pluto adalah antara paling besar dlm kalangan dwarf planets...

anyway.. gambar2 tu memang sangat menakjubkan ok...
Quote Artemesiaa 3-10-2015 09:35 AM
Wah menarik infonya
Quote MissNigga 3-10-2015 09:40 AM
pengetahuan ttg planet2 dalam galaxy sendiri pun kurang .. apatah lagi planet2 dalam galaxy yang layen ....
Quote famri7 3-10-2015 09:47 AM
Buat apa kaji benda2 nih sissss.Bynk lagi misteri di melesyiah maseh belum dikaji..mcm kain sesuai untuk berkerudung dan jua khasiat air mukjizat 22 jusuzk..

Sains nih ilmu kaper sis..mahu memesongkan tumpuan ummah kepada pencipta..xda smuanya nih..diorang propaan jah.
Quote dondangdendang 3-10-2015 10:01 AM
bukan dulu kata pluto diiktiraf sbg bulan ke....kenapa jd planet lg???
Quote theotherfriend 3-10-2015 08:17 PM
taikor replied at 3-10-2015 09:13 AM
kita telah dikuasai indon secara halus...

I is suka ur comment hahhahahha
Quote ohnoLia 3-10-2015 08:19 PM
dondangdendang replied at 3-10-2015 10:01 AM
bukan dulu kata pluto diiktiraf sbg bulan ke....kenapa jd planet lg???

Takpe sis. Lepas 100 tahun nnti mungkin di ubah lg.
.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.587632 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top