CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bangga Produktiviti Pekerja Malaysia Meningkat Walaupun Gaji Tak Berapa Bangga

5-10-2015 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 5897| Komen: 33

Oleh : Fyruz Hanna

Gaji rakyat Malaysia rendah tapi produktiviti meningkat setiap tahun?




Satu kertas kerja yang dijalankan oleh CIMB pada 2012 memetik produktiviti Malaysia meningkat ke tahap 6.7% semenjak 10 tahun lepas.

Sesuatu yang harus dibanggakan kerana ia membuktikan rakyatnya berusaha memperbaiki taraf hidup.

Namun yang tak sedap dibaca adalah, CIMB juga melaporkan gaji hanya meningkat 2.6% setahun yang sememangnya tidak selari dengan peningkatan produktiviti .


Keadaan ini diburukkan lagi dengan 'lemah'nya kesatuan sekerja yang seharusnya menjadi orang tengah dalam rundingan kenaikan gaji dan faedah daripada majikan.


Keadaan ini sebenarnya membarah terutamanya dalam sektor pembuatan yang menyumbang 25% dalam keluaran negara kasar (KDNK). Ini kerana 35% daripada pekerja adalah warga asing.


Menurut Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Gopal:

“Apabila kesatuan berunding untuk gaji lebih baik dan syarikat menolak permintaan tersebut, kita boleh memulakan tindakan industri (untuk menghentikan operasi).

“Apabila kita lakukan begitu, syarikat boleh bergantung kepada pekerja asing untuk meneruskan kerja,” kata Gopal yang juga mengetuai kesatuan pekerja industri pembuatan kenderaan angkut.

Dengan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin memburuk, dan sikap majikan yang hanya memikirkan keuntungan, nasib rakyat Malaysia sebenarnya bagaikan lebih perit berada di negara sendiri.


Langkah lebih bertanggungjawab harus diambil demi membela nasib rakyat seperti menukar polisi gaji minima sedia ada kepada sistem yang dijalankan setiap jam.

“Masalah dengan gaji bulanan ialah syarikat boleh berkata, ‘Saya akan bayar anda RM900 tetapi anda perlu bekerja 14 jam sehari’. Dengan kadar setiap jam, ia lebih adil kepada pekerja," tambah Gopal.

Persoalannya: Adakah anda sebagai merasa anda ditindas?? Tahukah anda hak sebagai anda pekerja? Apa yang anda lakukan sekiranya anda seorang pekerja yang di tindas? Kongsikan cerita dan pengalaman anda. -CARI Infoent.


sumber: Malaysianinsider.



5

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 5-10-2015 04:09 PM
mmg malang bila dpt company yg hanya fikir untung...yess mmg itu tujuan utama ditubuhkan...tp staff kene lah jaga...buat apa nk kedekut hmm...
Quote comel91 5-10-2015 04:13 PM
tak sangka prodaktiviti meningkat.. maksudnye takdela malas... huhu ta[i tang gaji tu memang sedih.. 2.6% je.. tak sampai separuh pun.. mcm mna tu
Quote bluehedgehog 5-10-2015 04:30 PM
hbis?
bawak masuk jutaan melayu baru...apa yg nk digembar-gembur lagi?
Quote cef_gango 5-10-2015 04:39 PM
dasyat....
Quote jay_07 5-10-2015 06:35 PM
bangga memang bangga.. tapi bangga bukan boleh bawak makan.. gaji jugak yang aku nak.. huhu
Quote mizkajura 6-10-2015 08:55 AM
ermmmm hakikatnya......
Quote bluehedgehog 6-10-2015 08:59 AM
kerajaan mesia x mcm singapura...

kerajaan mesia gemar industri yg hanya perlu tenaga kje murah...import pekerja asing yg murah
org lokal gaji rendah mn mau kje...

kerajaan mesia x tumpu industri yg perlu golongan skil
org lokal nk kje gaji tinggi tp x layak sbb tiada skil dan ilmu...
Quote brownstone 6-10-2015 09:22 AM
MEF mesti senyap..seboleh nya tgh cari fakta lain yg menyokong diorang yg bergantung pd cheap labor...
Quote cmf_premierleag 6-10-2015 09:26 AM
jay_07 replied at 5-10-2015 06:35 PM
bangga memang bangga.. tapi bangga bukan boleh bawak makan.. gaji jugak yang aku nak.. huhu

Same to me
Stp kali aku apply keje baru, x kisah pangkat apa pun...yg ptg salary increment
Sbb nk hidup bukan dgn pangkat
Blk kampung pun bukannya makcik pakcik aku tahu apa tu senior vice president la, general manager la...yg diorg tahu ko drive keter apa, ko duk rumah jenis apa, ko travel vacation obersi or lokal, ko bagi duit raya berapa byk kt cucu diorg
Position? Pegi mampus lerr
Quote pilkambing 6-10-2015 11:02 AM
baru aku tau msia ni rajin.. yang rajin ni la yang selalu tertindas.. geram tol baca.
Quote LuLu^Lost 6-10-2015 11:58 AM
sebelum2 ni kata "rakyat malaysia ni especially graduan2/bekas2 pelajar/penganggur kalau minta keje, nak gaji hebat2 je. keje teruk2 takmau. keje2 kuli takmau."

sekarang, masing2 dikalangan mereka dah berubah untuk tidak demand gaji, keje je apa yang ada janji jangan menganggur. hari ini keluar plak statment "tak rasa kena tindas ke?". eh... mana satu ni?

kang mereka2 ni demand gaji, dihentam kiri kanan. dah tak demand-belasah aje, suruh kita report kalau gaji tak setimpal. mana satu malaysia nak ni?

Quote jay_07 6-10-2015 12:35 PM
LuLu^Lost replied at 6-10-2015 11:58 AM
sebelum2 ni kata "rakyat malaysia ni especially graduan2/bekas2 pelajar/penganggur kalau minta keje, ...

lululost.. ko lost ni.. statement kau pun ada 21- Fresh graduate (rakyat malaysia ni especially graduan2/bekas2 pelajar/penganggur) demand gaji
2.- Tak rasa kena tindas ke?


Meh ni aku bgtau, nak ukur tahap prduktiviti tu bukan senang.. so kalau awk baca balik TT ni tulih, dalam jangkamasa 10 tahun produktiviti meningkat...
So celah bedah mana fresh graduates are allowed to demand gaji??? memang tak patut la.. patut maki je


2. Yang kena tindas adalah mereka digolongan second level means golongan yang bekerja lebih 2 hingga 10 tahun, DITINDAS? of the kos la.. by time, productivity level has increased tapi gaji takat tu je...


paham x? takpaham... takpela..
Quote jay_07 6-10-2015 12:37 PM
cmf_premierleag replied at 6-10-2015 09:26 AM
Same to me
Stp kali aku apply keje baru, x kisah pangkat apa pun...yg ptg salary increment
Sbb n ...

betul... orang gile pun kenal duit.. sb aku makan dkt mamak, orang gila minta aku singgit.. tokojut aku org gila kenal duit.
Quote LuLu^Lost 6-10-2015 01:13 PM
jay_07 replied at 6-10-2015 12:35 PM
lululost.. ko lost ni.. statement kau pun ada 21- Fresh graduate (rakyat malaysia ni especially gr ...

paham.. tapi ade je, yang dah keje 2 ke 3 tahun malah lebih dari itu mcm jay_07 cakap...demand gaji pun tetap orang cerca, "nak demand2 plak - katanya. nak keje tak nak? tak nak keje pi dok company lama". baru letak expected gaji, tapi depa takmau dah. terima kasih lah sbb boldkan text bersaiz 20 tu . apa pun lain orang lain pengalamannya. awak begitu, saya begini.   
Quote bravo87 6-10-2015 01:35 PM
Duit lebih utama dari pangkat.....apa guna pangakat....jika beban kerja x setara dengan apa yang dibayar......200000 masih menanti pekerjaan....
Quote :::: 6-10-2015 11:12 PM
Kipidap. Dongibab
Quote -electrifying- 7-10-2015 10:17 AM
dengan ekonomi skrg, nk mnx naik gaji pon takut kena sindir je hahaha
Quote starbee 7-10-2015 11:24 AM
kompeni bee staff gaji underpaid... tp keje mcm nak mati... dah la kene cover name baik kompeni baik punye dgn org2 kementerian tp kompeni bkn menghargai staff pon...
Quote jay_07 20-10-2015 01:10 PM
LuLu^Lost replied at 6-10-2015 01:13 PM
paham.. tapi ade je, yang dah keje 2 ke 3 tahun malah lebih dari itu mcm jay_07 cakap...demand gaj ...

betul la tu.. tapi statement tu general sangat.. ape pun aku sokong lain orang lain pengalaman..
aku pun bukan backup sangat majikan.. ade je yang bangang...
peace..

lululost maapkan abang terbesarkan font ye

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.044418 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top