CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rundingan TPPA Pertimbang Kebimbangan, Sensitiviti Malaysia - Mustapa

6-10-2015 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6441| Komen: 36




sumber foto : http://mediapermata.com.bn/



Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dirumuskan baru-baru ini bersetuju untuk mempertimbang hampir kesemua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia seperti isu pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan bumiputera.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata butiran fleksibel diberikan kepada Malaysia termasuk tempoh peralihan lebih panjang dan layanan berbeza bagi perkara yang sensitif kepada negara.


"Saya ingin mengulangi sama ada Malaysia menjadi pihak atau sebaliknya kepada TPPA akan menjadi keputusan secara kolektif.


"Sebaik sahaja teks rasmi perjanjian siap dan disediakan, ia akan dibawa kepada pengetahuan umum dan dibentangkan di Parlimen untuk dibahas.



Mustapa mewakili Malaysia pada rundingan TPPA dengan 11 pihak lain iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.



Berita selanjutnya : mstar.com.my
25

Bagus
19

Marah
24

Terkejut
12

Sedih
21

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tubikmasok 6-10-2015 11:01 AM
orang kata tak molek x payah lah nak gatal TTPA
Quote chupachups 6-10-2015 11:02 AM
Dah sign ke belum ni??
Quote woddy 6-10-2015 11:09 AM
kalo sign...mmg aku bgitau kat anak cucu aku...najib ni penkhianat negara...menjual negara demi perut dia sendiri...
Quote ekmal_sorrow 6-10-2015 11:14 AM
One of kebimbangan org ramai pasal TPPA ni, huge investors yg pgg multi nasional lepas ni ada hak saman gomen kalo their business interest experiencing revenue loss if berpunca dr kerajaan.


Cth: multi nasional kompeni, phillp morris dah pun saman uruguay and Australia bila sales rokok Marlboro depa jatuh bila government of these two countries buat kempen anti smoking.

So tppa ni mmg good news la bg yg berkepoi!!
Quote ElmoRed 6-10-2015 11:22 AM
sorry nak tanya apa TTPA sebenarnya and kesan to malaysia kalau di laksanakan?
Quote abbyhoney 6-10-2015 12:43 PM
http://www.khirkhalid.com/2015/0 ... kesan-terhadap.html

Terdapat banyak perkongsian baru-baru ini terutama di media sosial tentang isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Trans-Pasific Partnership Agreement - TPPA). Boleh dikatakan kebanyakkan kita menentang serta tidak menyarankan pihak kerajaan untuk terlibat dalam perundingan perjanjian tersebut. Isu yang sebenarnya telah mula diperdebatkan sejak 2013 kini semakin rancak diperkatakan lagi.

Apa itu TPPA

Apa itu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. Ia merupakan perjanjian berkenaan liberalisasi pasaran dimana setiap negara yang menyertai TPPA bebas berniaga di pasaran mana-mana negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Secara kasar ia dilihat sebagai satu peluang terutamanya kepada usahawan untuk meluaskan prospek pasaran ke negara-negara luar, namun berdasarkan pengamatan pembacaan serta perbualan, boleh diperkatakan ramai yang tidak bersetuju. Wujud kebimbangan ia boleh menjerat negara kita dalam kancah persaingan ekonomi global seterusnya memberi kesan negatif terhadap sosio-ekonomi jangka panjang Malaysia.

Sewaktu artikel ini ditulis, saya masih belum memperolehi sebarang maklumat terperinci memperjelaskan TPPA ini. Hanya kenyatan bahawa kesemua teks perbincangan TPPA ini dibuat secara rahsia. Ia sekaligus menimbulkan kesangsian masyarakat termasuk usahawan kecil seperti saya dalam konteks perlu berhadapan dengan persaingan global di pasaran tempatan.

Bantah TPPA

Kesan TPPA Terhadap Sosio-Ekonomi Malaysia

Saya sertakan pandangan berdasarkan sumber rujukan pemikir tempatan Prof Dr Agus Yusoff mengenai kesan TPPA yang membimbangkan masyarakat Malaysia.

1. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi luar negara. Ia seperti memberi kuasa kepada negara maju yang mempunyai nilai matawang tinggi serta kemantapan infrastruktur perniagaan yang lebih ‘advance’ untuk mendominasi pasaran dan ekonomi negara,

2. Dijangka hampir 80% harga ubat akan mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini disebabkan ubat generic yang lebih murah tidak boleh dijual kerana Malaysia terikat menggunakan ubat ‘patent’ yang dihasilkan syarikat farmakeutikal luar negara. Ia memberi kesan yang besar kepada golongan berpendapatan rendah untuk menyara kos perubatan yang tinggi.

3. Bidang pelaburan dan khidmat undang-undang serta pelbagai khidmat professional tempatan terpaksa bersaing dengan pasaran terbuka. Industri perkhidmatan kita juga pastinya terjejas dengan daya saing syarikat-syarikat gergasi mendominasi pasaran tempatan.

4. Petani tempatan terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. TPPA juga bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras bersubsidari tinggi dari Amerika Syarikat dipasarkan di Malaysia. Keluarga petani di negara ini akan terjejas jika TPPA dimaterai.

5. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar atau menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ia menjejaskan kuasa kerajaan untuk rakyat dan negara sendiri.

6. TPPA melanjutkan perlindungan hak cipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ia juga bermaksud segala bahan-bahan rujukan percuma yang telah didigitalkan akan menjadi terhad. Kebanyakan sumber rujukan wajib dibeli atau disewa dan menghadkan kemudahan ilmu kepada masyarakat.
Signage UIAM
Antara kontrak yang pernah diusahakan... adakah kontrak kecil seperti ini akan bersaing  dengan
kontraktor-kontraktor gergasi luar negara melalui TPPA ini?

Perhalusi TPPA Demi Kepentingan Rakyat Malaysia

Sememangnya diakui perundingan TPPA ini ada membuka peluang memperkasa ekonomi negara melalui kemasukan pelaburan, perniagaan, keusahawanan dan suntikan dana luar. Namun, dari segi persediaan dan kekuatan ekonomi dalaman masyarakat kita sendiri, ia boleh menjadi satu ancaman yang mampu menguburkan usahawan tempatan. Pastinya, kerjaya saya sebagai usahawan kecil juga turut merasai kebimbangannya.  

Negara seolah dijajah kembali dari satu sudut pemerhatian kerdil dan picisan ini. Sejarah mengajar kita bagaimana liciknya dunia barat memanipulasi dan mendominasi sumber-sumber berharga di Asia termasuk Malaysia. Berdasarkan ilmu dan persaingan dunia barat, sememangnya mereka hauskan sumber-sumber yang banyak terdapat di Asia sejak berzaman lagi.

Bantah TPPA, neocolonialism,

Adalah diharapkan agar TPPA ini diperhalusi sebaiknya demi martabat agama, bangsa dan negara. Sejarah penjajahan mungkin berulang… namun dengan strategi halus yang berbeza… wallahualam...

Semoga Malaysia istiqamah untuk tidak terlibat dalam perjanjian yang membinasakan kedaulatan sebagai sebuah negara yang merdeka... aamiin.
Quote epis 6-10-2015 12:45 PM
so dah temeterai ke belom ni??
Quote abbyhoney 6-10-2015 12:45 PM

kalau ikutkan ayat tu mcm dah di sain...
Quote cyb0rg#18 6-10-2015 12:50 PM


TPPA ni hanya menguntungkan US je,this way they can monopoly our economy, banyak impak negatif dari positif.agreement fishy, teks perjanjian yg dirunding pun dirahsiakan dari org awam
Quote Teru2Bozu 6-10-2015 12:52 PM
pagi tadi dlam radio mcm dah signed. x tau la kalau aku salah dengar
Quote capiloton 6-10-2015 01:17 PM
takde TPPA pun bisnes boleh jalan macam biasa..
masih boleh export import..

so apa releven nya TPPA nih?
Quote tsuza 6-10-2015 01:19 PM
bnde ni bnyk dtgkn keburukan dari kebaikan..kebaikan bnyk utk yg mencadangkan (US) sebab diorg yg cdgankan bnde ni..yg ikut (negara2 lain) mesti sakit nnt...TPPA ni nak challenge China punya ekonomi sbb klu TPPA ni terjadi, 40% ekonomi akan berada pada 1 sistem...mintak2 ahli parlimen nnt x setuju masa bentangkan...aminn
Quote Ascii 6-10-2015 03:11 PM
Betul, blh jadi pok jib gigih nk laksanakan 2020 yg samar2 & nk berkubur, lalu di sign nye TPPA ni, hrp2 parlimen x lulus bil ni, amiiiiin
Quote bungarose 6-10-2015 03:17 PM
adakah malaysia dah berdiri sama tinggi dgn semua negara  yg mengambil bahagian? sayangler negara..sayangler rakyat
baru 58tahun rakyat merasa merdeka. sedih betul dgn pemerintahan malaysia skrg
Quote nh83 6-10-2015 03:31 PM
us penuh propaganda..tapi apa boleh bwt kita punya pyem suka jd geng us..geng israyell...rakyat diutamakann konsepnyahh..
Quote 4everMore 7-10-2015 12:47 PM
abbyhoney replied at 6-10-2015 12:45 PM
kalau ikutkan ayat tu mcm dah di sain...

Seriously,ini mcm dah sign..ke BI aku dah rusty?let say klu ikut ayat ni,usul yg sama nk ke parliament utk ape?
Quote abbyhoney 7-10-2015 12:48 PM
4everMore replied at 7-10-2015 12:47 PM
Seriously,ini mcm dah sign..ke BI aku dah rusty?let say klu ikut ayat ni,usul yg sama nk ke parlia ...

saya pun baca mcm dah sign...ke ada org lain yg boleh terjemahkan maksud ayat tu...
Quote 4everMore 7-10-2015 12:55 PM
abbyhoney replied at 7-10-2015 12:48 PM
saya pun baca mcm dah sign...ke ada org lain yg boleh terjemahkan maksud ayat tu...

Husnuzon je la...
Quote :::: 7-10-2015 01:09 PM
TPPA merugikan negara ek

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.281180 second(s), 53 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top