CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Semua Naik, Apa Yang Tak Naik?

13-10-2015 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11823| Komen: 20|Original author: CARI-IIN

Oleh Izzah Abbasy

Dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Malaysia dikatakan semakin maju dan akan menjadi negara berpendapatan tinggi tahun 2020. Sempatkah nak kejar tahun 2020? Masalahnya, sekarang pun rakyat dah sesak nafas. Inikan pula 5 tahun akan datang. 

Bahagia sungguh rakyat jika semuanya berpendapatan tinggi. Tak bimbang jika minyak naik, tol naik, cukai naik dan sebagainya yang naik. Namun, rata-ratanya masih ada yang 'Kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang'. Mungkin sesetengah pihak memandang berpendapatan tinggi hanya di ibu kota barangkali. 


Ekonomi Malaysia semakin lumpuh, bahkan ramai lagi graduan yang menganggur di luar sana. Manalah nak berjimat jika semua perlukan duit? Jika dahulu, RM10 pun dah boleh beli macam-macam. Satu keluarga boleh merasai dengan nilai RM10 tersebut.


Nak kerja di kampung? Masalahnya, keinginan diri untuk mengumpul pengalaman di ibu kota. Tak nak susahkan ibu bapa dan keluarga. Malahan, tiada pekerjaan yang bersesuaian. Bukanlah memilih sangat. Jika memilih, tidaklah pula sanggup bekerja sambilan di restoran segera seperti KFC, McDonald dan lain-lain. 

Sebenarnya, kita berada di ambang inflasi. Sebab itulah barang dan kesemuanya naik harga. Inflasi adalah susut nilai wang kita. Kalau dilihat pada zaman 90-an sehingga tahun 2005, RM100 boleh dapat beli satu troli barang makanan, barang dapur dan lain-lain yang mampu bertahan sebulan ke dua bulan. Namun, hari ini RM100 hanya mampu bertahan dua hingga tiga hari sahaja bagi golongan sederhana. Bagaimana pula bagi golongan yang lain?


Sebagai rakyat, kita mampu menadah hati yang redha. Berada di bawah sudahlah miskin, semakin jatuh miskin apabila kerajaan menaikkan harga barang, minyak dan tol. Kejam kan? 

Eh, tak payahlah naik kereta kalau dah miskin? Gunalah pengangkutan awam. Tak ada tol dan tak perlu 'topup' minyak. Bukankah murah sahaja tiket bas atau komuter? Ini cakap-cakap orang yang takbur. Jika kita hanya ada kereta buruk dan rumah pula jauh daripada perhentian atau pengangkutan awam, bagaimana nak menggunakannya? Motosikal pun tiada. Basikal lagilah tak terbeli. 


Apabila selalu berada 'di atas' sukar nak memahami yang 'di bawah'. Masing-masing mempunyai pelbagai cerita. Tol naik seposen pun kecoh. Ya, kecoh sebab itulah wang yang akan dikeluarkan oleh diri sendiri. Itu belum cerita mengenai bayar cukai jalan tapi masih sesak dan hari-hari tersekat di jalan raya yang tiada kesudahan.

Jika gaji naik, mata wang tinggi pasti tiada yang berbunyi.
Fikirkan. - CARI Infonet 
8

Bagus
18

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 13-10-2015 02:01 PM
lambat la reporter ni
jawapannya

ringgit mesia
Quote drivethru 13-10-2015 02:03 PM
tote si laba notelo
Quote skyreds 13-10-2015 02:22 PM
bluehedgehog replied at 13-10-2015 02:01 PM
lambat la reporter ni
jawapannya

baru nak sebut ... hang dah bagitau
Quote aTiKah_aYuNi 13-10-2015 02:51 PM
sedih nilai mata wang semakin mngecil.....
Quote seri_mawr 13-10-2015 03:17 PM
najib kata: Ada aku kesah....


sape suh sokong aku....rasakan la...
Quote fazlee77 13-10-2015 04:32 PM
Terlalu banyak barangan import dari export.. bukan barang jeee orang pun import gak
Quote G-Pitts 13-10-2015 04:46 PM
Petrol tu bulan lepas turun.
Quote cutieslilies 13-10-2015 04:47 PM
hujan jer turun... kalau hujan naik nak kiamat lah tu...
Quote agusta 13-10-2015 05:34 PM
Aku yg semggu sekali g market pon dh abis rm50..itu utk 2 org je..aku x tahu la mcmana dgn family yg ada anak ramai.mana dgn duit poket sekolah g..pe nak jd la dgn menteri2 malaysia ni..kecik2 taknak mamposs..bila besar jd mcmni la myusahkan hidup org lain.
Quote ninjago 13-10-2015 06:36 PM
dlm naik2 harga, masihhhh lagi penuh IKEA, Midvalley, Sogo, 1U and berjalan overseas.. i is pelik! tu menunjukkan rakyat still spending on luxuries.. mana taknya govt berani2 nak naikkan harga itu ini..
Quote yasinfi 13-10-2015 07:20 PM
skrg paling risau i tengok mana2pun bangla banyak...i bawa anak p funfair...semua side bangla yg jaga..p cafe supermarket..semua bangla jaga...p manapun depa yg ramai..mcm ni rakyat malaysia in future susahla dpt keje..lama2 ramai yg akn kawin bangla..pastu bangla pun sngla dpt status warga negara...last2 bukan china india atau melayu yg pegang ekonomi..tp bangla yg ambik semua..orang politik sbb tamak skrg mcm dah nak serah malysia kat warga asing dah
Quote alinone78 14-10-2015 10:00 AM
Nak jimat macamana lagi entah
Quote -electrifying- 24-10-2015 08:55 PM
Bagai macai ini semua demi menjana negara berpendapatan tinggi. Biar rakyat makin miskin.
Quote HannahMontana 24-10-2015 09:04 PM
cissssssssssss  itu pun ada hati nak bela rohingya , nak bela syria ,nak belai bangla...


rakyat bagai melukut ditepi ganatng...

sekarang gantang pun dah naik harga


mmg celaka sgt.
Quote AHMADVW 24-10-2015 09:07 PM
RM jatuh jilake najib
Quote MissNigga 24-10-2015 09:13 PM

[fbv]1008039629263055[/fbv]
Quote Otaku85 25-10-2015 12:07 AM
Aku punya adik je payah nak naik sekarang ni
Quote vandergooh 25-10-2015 01:28 AM
Badan rakyat malaysia semakin kurus, badan rosmah semakin naik...kesusahan rakyat,kesenangan rosmah suami isteri...
Quote boyagombak 25-10-2015 11:00 AM
Ada jgk barang yang naik sekejap,lps tu turunnya lama.  Malam2 naik, pg2 turun balik. Barang ni naik para suri rumah sgtlah sukati. X naik lebih baik mati

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.091110 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top