Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa kerajaan menghentikan tindakan menaikkan kadar tol di lebuhraya terlibat sekaligus menghapuskan sistem tol. Menurutnya, keadaan rakyat yang sememangnya sudah terbeban kerana perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penurunan matawang negara serta ketidakstabilan harga petrol yang hanya akan menyusahkan rakyat. “Rakyat akan menjadi semakin tertekan dengan bebanan lain yang semakin meningkat. Jangan bebankan rakyat lagi, tiada sebab untuk naikkan kadar tol. Jangan sampai rakyat memberontak pasal tol. “Kerajaan sepatutnya campur tangan dalam hal ini, harga tol tidak boleh dinaikan sesuka hati. Malaysia sepatutnya tidak perlu mengenakan sistem tol ini lagi, hapuskan terus sahaja,” kata beliau kepada sebuah portal hari ini.
baca selanjutnya - suaraTV
|
21
Bagus |
24
Marah |
28
Terkejut |
7
Sedih |
28
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
“Hari-hari lebuhraya penuh dengan kenderaan, jadi kenapa perlu naikkan harga tol lagi, kerajaan sepatutnya menangani masalah pengurusan tol yang semakin tidak terurus sehingga sesak lalu lintas.
“Tol di Malaysia ini tumbuh bagaikan cendawan, kiri kanan ada tol, dan bila harga tol dinaikkan lagi rakyat akan marah walaupun naik 10 sen sahaja.
Pada masa yang sama Abdul Rani turut mempersoalkan pendapatan yang diterima oleh kerajaan hasil kutipan cukai GST yang sepatutnya mampu mengatasi masalah kenaikan kadar tol.
ADVERTISEMENT