CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Senang Aje Hapuskan Kedut Degil Di Wajah!

22-10-2015 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4504| Komen: 0



Oleh : TS LOO

sumber foto : http://3.bp.blogspot.com/


             

Pada zaman sekarang, tak kira perempuan atau pun lelaki metropolitan, pasti inginkan wajah sentiasa kelihatan awet muda, betul tak? 

Setiap pagi, bila berdepan cermin, sekiranya terlihat garis halus mula kelihatan jelas pada wajah di bahagian mata, dahi dan sekitar mulut, pasti rasa gelisah.

Namun keadaan sedemikian memang tidak dapat dielakan kerana ianya selari dengan peningkatan umur seseorang.

Bagaimana pun, ianya boleh diatasi dengan cara sama ada perawatan moden atau cuba petua alami yang dapat membantu 'ketepikan' penuaan. 


Untuk dapatkan hasil yang terbaik, mesti disiplin lakukannya.
       
        

        1. Buih putih telur
        Pecahkan telur, asingkan bahagian kuning dan putih. Ambil buih-buih yang terdapat pada putih telur. Sapukan pada wajah yang bermasalah sebelum tidur. Biarkan semalaman, keesokan harinya cuci wajah dengan air sejuk. Lakukan setiap hari, kedutan akan berkurangan. Begitu juga dengan garis halus.

       
       
        2. Tidur & rehat yang cukup
        Walaupun mengamalkan pelbagai petua dan mengambil suplemen, anda kena dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Ketika tidur, tubuh dan minda berehat. Ini waktu terbaik menggantikan sel kulit baru. Cukup tidur dan rehat juga membuatkan wajah serta tubuh segar dan bertenaga. Secara semula jadi, anda akan kelihatan sihat dan ceria.
       
        

        3. Uncang teh hijau
        Amalkan minum teh hijau setiap hari. Uncangnya jangan dibuang, tekapkan pada bahagian mata. Biarkan selama 15 sehingga 20 minit. Bilas bersih, mata akan kelihatan bercahaya, segar dan kedutan akan berkurangan. Uncang teh hijau juga antara cara terbaik untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata.
       

       
        4. Vitamin E kena utamakan
        Amalkan mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin E adalah rahsia awet muda, melambatkan penuaan dan membuatkan kulit tampak cantik secara semula jadi.
       
       
        5. Air putih 2 liter sehari
        Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari terutama ketika cuaca panas. Air putih yang cukup menjadikan kulit lembap dan sihat. Ini juga cara untuk buang toksin dalam badan sekali gus menentang penuaan.

       
        

        6. Masker buah-buahan
        Khasiat buah sangat baik untuk kecantikan dan kesihatan. Buah-buahan juga boleh digunakan sebagai masker. Lenyek buah betik, sapukan pada wajah. Biarkan sehingga 20 minit, bilas bersih. Buah strawberi juga boleh digunakan sebagai masker, kaedahnya sama seperti buah betik.
       
         

        7. Jangan tinggalkan pelembap
        Nak kekalkan kelembapan dan keremajaan kulit, sapukan pelembap sekerap mungkin. Bukan susah, janji sebelum tidur anda boleh sapu sedikit pelembap atau serum.

       
        


sumber info : mingguanwanita
               



22

Bagus
25

Marah
14

Terkejut
30

Sedih
23

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.029116 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top