Oleh Fyruz Hanna
Hobi mengumpul barang telah menjadikan pangsapuri Lim Chin Ting dan isteri, Soh Siew Zhen, 66 dalam keadaan kelam kabut dan dipenuhi sampah. Mungkin sampah pada mata kita, namun bagi mereka yang berpenyakit "hoarder" mereka melihatnya seni. Bagi jiran Nur Ashikin Zainol, dia terpaksa menutup rapat pintu dan tingkap agar lipas tidak masuk ke rumahnya.
"Setiap hari kami menjumpai hingga 10 lipas di dalam rumah kami. Lipas juga pernah hampir masuk ke telinga anak saya. Bahkan juga pernah masuk ke dalam seluar. Sungguh menyeramkan," kata Nur. Menurut Lim, dia akan dimarahi isteri jika dia cuba mengemas atau menyentuh barang-barangnya. Pihak berkuasa yang bertangungjawab di Singapura mengaku terkejut dengan pangsapuri yang dihuni Lim dan Soh. Mereka akan memeriksa pangsapuri itu kerana berpotensi menggangu kesihatan pemilik dan orang lain. -CARI Infonet. |
ADVERTISEMENT