Oleh Adib Za Usia bukan penghalang seseorang itu untuk berjaya dan melakukan sesuatu yang luar biasa. Seperti mana filem 'The Walk' yang mengisahkan Philippe Petit melakukan sesuatu yang di luar kotak dan menarik perhatian dunia.
Kisah jejaka dari Perancis itu pernah menggegarkan dunia dengan percubaannya berjalan di atas wayar pada paras ketinggian 110 tingkat! Namun, itu berlaku pada 41 tahun yang lalu dan semestinya kegilaan dan 'interest' pada setiap zaman berbeza-beza. Pada zaman teknologi ini, apa sahaja boleh berlaku, menjadi terkenal pada usia muda, mencipta gajet dan memukau dunia. Semuanya tidak mustahil.
Itu yang terjadi pada kanak-kanak ini, Mira Modi yang hanya berusia 11 tahun. Siapa sangka pada usia kanak-kanak sebegini dia mampu melakukan sesuatu di luar kotak dan fikiran. Mira telah terlibat dengan penciptaan sistem sekuriti yang memudahkan orang ramai mengingati kata laluan mereka melalui bisnesnya, DiceWARE. Kata laluan menjadi satu masalah kepada kebanyakan orang, terutamanya mereka yang kurang mahir dengan teknologi. Namun, dengan hanya membayar serendah $2 dolar, semua masalah ini boleh diatasi. (Sumber foto: thechive) Itulah yang dilakukan oleh Mira melalui program dan sistem sekuritinya. Semuanya bermula apabila ibu kepada Mira, Julia Angwin 'mengupahnya' untuk mencipta kata laluan untuknya. Mira mampu menjana $12 dolar sejam yang bersamaan dengan RM51 sejam! Bayangkan dalam sehari berapa dolar yang mampu dijananya! Mengagumkan, bukan? - CARI Infonet Baca selanjutnya: The Chive
|
25
![]() Bagus |
24
![]() Marah |
32
![]() Terkejut |
18
![]() Sedih |
14
![]() Lawak |
11
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
alieyrina replied at 2-11-2015 12:08 PM
Comel budaknya..mcm mana sistem ni befungsi..mls nak klik link tu la
avatar_aang replied at 2-11-2015 12:47 PM
dak ni wat password ade 6 words yang unik dan susah
hacker nak godam...
clarizsa replied at 2-11-2015 06:11 PM
x faham... susah sgt ke nk wat pword sndri smpai nk upah org...
pword unik yg i cipta sndri pun k ...
avatar_aang replied at 4-11-2015 10:18 PM
x susah..
asal2 me pun fikir cm u gak.
asal nak kene smpai wat bisnes buat pasword.
ADVERTISEMENT