CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Makanan Ini Mampu Buat Lelaki Jadi Penyayang Dan Setia

2-11-2015 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 12386| Komen: 95

Oleh Izzah Abbasy

Lelaki buncit dikatakan sinonim dengan sifat penyayang dan setianya. Betul ke?

Ha, nak tahu betul atau tak, mengikut Majalah Forbes, Malaysia berada di tempat ketiga sebagai negara yang mempunyai masakan paling sedap di dunia. Malaysia berada di belakang dua negara Asia Tenggara iaitu Singapura dan Thailand.

Jadi, tidak hairanlah semakin ramai rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti atau perut buncit ini.

10. Satay = 185kalori (5 cucuk Satay)



Angka kalori diatas nampak kecil. Jadi apa yang perlu dibimbangkan? Untuk 10 cucuk Satay, anda telah mengambil 1/3 dari jumlah lemak yang dibenarkan setiap hari. Kebiasaannya anda juga akan memakan Satay bersama makanan lain seperti nasi impit, rendang ayam, lontong dan sebagainya. Jadi bayangkan berapa banyak kalori yang anda ambil apabila anda memakan Satay.

9. Cendol = 386kalori



Cendol adalah salah satu masakan asli Malaysia. Antara cendol kegemaran kami adalah cendol pulut Wahab Wangsa Maju. Tetapi tahukah anda, semangkuk cendol bersamaan 9 sudu gula. Cendol mengandungi kandungan Glycaemic Index (GI) yang tinggi yang memberi anda tenaga segara dan menyebabkan anda cepat lapar.

8. Bihun Goreng = 427kalori



Jika anda pergi ke rumah terbuka, masakan yang selalu anda jumpa adalah Bihun. Masakan ini paling senang disediakan oleh golongan pekerja seperti kami yang tidak punya banyak masa dan bajet. Satu hidangan yang diambil melebihi jumlah kolesterol untuk setiap individu iaitu 300mg dan mempunyai jumlah MSG yang tinggi yang menyebabkan dahaga. Jadi semasa anda memakan masakan ini, pastikan anda meminum air kosong.

7. Kek Karrot Goreng = 493kalori



Jika difikirkan, hidangan ini adalah menyihatkan kerana terdapat sayuran di dalamnya. Sebaliknya, terdapat banyak lemak (35g) kerana kebiasaannya masakan ini digoreng dengan minyak haiwan. Kandungan gulanya juga tinggi dari campuran kicap manis.

6. Mee Goreng = 500kalori



Ini antara makanan yang merbahaya kerana mempunyai jumlah garam melebihi kandungan yang ditetapkan untuk orang dewasa. Mungkin boleh menyebabkan anda mengalami hipertensi.

5. Laksa = 591kalori



Kandungan santan yang tinggi memberi rasa yang sangat enak dan berlemak. Tetapi santan ini mengandungi lemak tepu didalam yang boleh menyebabkan sakit jantung. Antara restoran laksa yang popular adalah terletak di Kedah. Jika kami ke Alor Setar, mesti kami akan singgah ke Zakaria Laksa di Teluk Kechai.

4. Nasi Ayam = 607kalori



Kandungan lemak di dalam hidangan ini adalah 23g iaitu separuh dari kandungan lemak untuk keperluan individu, bergantung kepada jantina. Lemak didalam makanan mengambil masa sehingga 4 jam untuk dicernakan. Jadi selepas anda memakan nasi ayam, pastikan anda tidur selepas 4 jam anda memakannya untuk mengelakkan masalah perut buncit. Nasi ayam yang paling kami gemari adalah Nasi Ayam Mesh Datuk Keramat.

3. Nasi Lemak = 657kalori



Antara restoren kegemaran kami menjamu nasi lemak adalah di Mali’s Corner Danau Kota. Selalunya kami akan pergi ke restoren ini pada lewat malam setelah penat berjalan-jalan di Downtown berdekatan. Hidangan ini pernah menjadi kontroversi dan diharamkan untuk dijual di kantin-kantin sekolah seluruh Malaysia. Selain menyebabkan kanak-kanak mengantuk di dalam bilik darjah, sebab utama adalah kerana kandungan santan di dalamnya yang menyumbang 25g lemak melebihi keperluan individu dewasa. Bayangkan jika kanak-kanak yang memakannya.

2. Mee Siam = 694kalori



Mee siam mengandungi jumlah karbohidrat dan sodium yang tinggi. Sodium untuk satu hidangan adalah 2659mg iaitu bersamaan 1 setengah hari kandungan yang ditetapkan. Lain kali jika anda memasak mee siam, pastikan anda kurangkan jumlah Aji-nomoto yang campurkan.

1. Char Kway Teow = 744kalori



Mengandungi 38g lemak – iaitu 70% lemak tepu dan kolesterol. Kebanyakkan kandungan kalori ini terdapat dari campuran kicap, daging dan udang. Ia juga mempunyai kandungan sodium yang banyak iaitu 1459mg. Antara restoran Char Khay Teow yang kami gemari adalah di Mali’s Corner Danau Kota. Untuk menu Char Kway Teow special, anda akan dapat 5 ekor udang. Cubalah datang sekali (jangan risau artikel ini tidak ditaja oleh Mali’s Corner)


Makanan di atas ini jika diambil oleh lelaki Malaysia, pasti dia seorang setia dan penyayang. Ha, sah-sahlah lelaki Malaysia seperti itu kan? Manalah nak tolak makanan-makanan tersebut kalau ada depan mata.

Tapi, ingat! Buncit yang tak sihat sangat bahaya. Kolesterol tinggi dan lemak berlebihan menyebabkan obesiti. - CARI Infonet

10

Bagus
5

Marah
18

Terkejut
12

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 2-11-2015 10:03 AM
No 5 tu, laksa kedah mana ada santan
Masak kuah pun rebus camtu je mana ada pakai minyak
Sepatutnya kalori lebih rendah dr mee goreng tu
Quote WawaRaRa 2-11-2015 10:04 AM
bihun goreng??? tp gambo mee goreng..
Quote bluehedgehog 2-11-2015 10:05 AM
sukacactus replied at 2-11-2015 10:03 AM
No 5 tu, laksa kedah mana ada santan
Masak kuah pun rebus camtu je mana ada pakai minyak
Sepatutny ...

ada.
laksa siam ada taruh santan
Quote rospinki 2-11-2015 10:06 AM
nasik ayam tu buat aku bernafsu nk mentedarah
Quote bluehedgehog 2-11-2015 10:06 AM
WawaRaRa replied at 2-11-2015 10:04 AM
bihun goreng??? tp gambo mee goreng..

malas la nk cari gmbr baru tukar
Quote chazey 2-11-2015 10:07 AM
Rindu sangat nak makan fried karot kek oi. Mana la aku nak cari versi halal nih (yang sedap dan tidak bastardized - the only non halal thing in this is the minyak babi aka lard). Nak buat sendiri bukan main leceh. Aih...
Quote WawaRaRa 2-11-2015 10:09 AM
chazey replied at 2-11-2015 10:07 AM
Rindu sangat nak makan fried karot kek oi. Mana la aku nak cari versi halal nih (yang sedap dan tida ...

sogo... kat food court...
Quote alesandra 2-11-2015 10:11 AM
gamba mcm laksa asam utara.tapi sembang buh santan.laksa asam mana ada santan?ntah hape2
Quote protonpersona 2-11-2015 10:13 AM
aku melantak macam2..perut tetap maintain petak2 je...
Quote Acong 2-11-2015 10:15 AM
makanan singapore sedap? eat shit laa  
Quote amansihat 2-11-2015 10:16 AM
semua sedap/betul ke masakan malaysia no 3 tersedap di dunia?tengok laporan forbes tu bangga sambil kecewa..semua masakan kegemaran akak..
Quote Acong 2-11-2015 10:17 AM
WawaRaRa replied at 2-11-2015 10:04 AM
bihun goreng??? tp gambo mee goreng..

lu bihun dgn mee pun tak tau beza?


Quote bluehedgehog 2-11-2015 10:17 AM
alesandra replied at 2-11-2015 10:11 AM
gamba mcm laksa asam utara.tapi sembang buh santan.laksa asam mana ada santan?ntah hape2

klau laksa siam, ada...
Quote bluehedgehog 2-11-2015 10:18 AM
Acong replied at 2-11-2015 10:17 AM
lu bihun dgn mee pun tak tau beza?

tadi bubuh gmbr salah
ni salah i
Quote WawaRaRa 2-11-2015 10:18 AM
Acong replied at 2-11-2015 10:17 AM
lu bihun dgn mee pun tak tau beza?

pakcik ahchong cer baca kat atas tt da tukar gambo pas sy tegur dia psl bihun tu... x pulak dia meroyan cam pakcik????


Quote alesandra 2-11-2015 10:20 AM

baik delete jela 1st pic laksa tu.tak baik fitnah laksa penang ada 591kalori
Quote 4everMore 2-11-2015 10:20 AM
Nasi goreng pon kalori 400-500 gak..roti canai sekeping pon beratus kalori..rojak ss15 aku akan mkn juga wlupun beribu kalori..heee
Quote ultra78 2-11-2015 10:20 AM
Tajuk mcm misleading

Quote bluehedgehog 2-11-2015 10:21 AM
WawaRaRa replied at 2-11-2015 10:18 AM
pakcik ahchong cer baca kat atas tt da tukar gambo pas sy tegur dia psl bihun tu... x pulak dia me ...

jgn marah..ni style acong
jom blanja ko makan itik panggang femes halal in JB

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.131477 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top