CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

[Mudah] 3 Resepi Sarapan Pagi Dalam Satu Cawan

4-11-2015 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7359| Komen: 1

Oleh Izzah Abbasy





Tiga resepi ini semudah ABC. Memang tak sangka kan? Hanya masukkan bahan-bahan dalam mug atau cawan dan panaskan menggunakan microwave sahaja. Kemudian,  dah boleh makan.



Tak payahlah sibuk-sibuk nak guna minyak semua. Jika ibu bekerjaya atau suri rumah yang memang tak menang tangan dengan anak-anak wajib cuba resepi ini.

3 resepi tersebut adalah Blueberry Muffin, Omelette atau telur dadar dan  Banana Cinnamon Cake (Kek Pisang Kayu Manis).

RESEPI 1
BLUEBERRY MUFFIN


Bahan A

4 sudu besar tepung
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar susu segar atau susu cair
1 sudu besar minyak sayuran
secubit baking soda (serbuk penaik)

Bahan B

Beberapa biji blueberry
2 sudu besar gula perang

Cara penyediaan

Kacau bahan-bahan ini dengan sebati.
Tambahkan blueberry atau strawberi (mengikut citarasa).
Kacau sedikit dan masukkan gula perang.
Masukkan ke dalam microwave selama satu minit.
Resepi untuk sarapan pertama dah pun siap.

RESEPI 2
OMELETTE



Bahan A

2 biji telur
2 sudu besar susu segar atau susu cair
1 biji bawang besar yang siap dicincang
Hirisan daun bawang
Hirisan Keju
Secubit garam dan lada hitam

Bahan B

Sedikit hirisan keju
1 biji tomato dipotong dadu

Cara penyediaan

Kacau kesemua bahan dengan sebati.
Masukkan ke dalam microwave selama satu minit.
Resepi untuk sarapan kedua dah pun siap.
Hiaskan dengan hirisan keju dan tomato di atas bahan yang siap dibakar.


RESEPI 3
BANANA CINNAMON CAKE (Kek Pisang Kayu Manis)


Bahan-bahan

1 atau 1/2 biji pisang dilenyekkan
2 sudu besar susu segar atau susu cair
1/2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
Secubit garam
1 1/2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil perisa Vanila
5 sudu besar tepung
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu besar minyak sayuran

Cara penyediaan

Kacau kesemua bahan dengan sebati.
Biarkan seketika dalam microwave selama satu minit.
Resepi untuk sarapan ketiga dah pun siap.
Taburkan sedikit gula putih yang telah dikisar ke atas kek.


Senang sahaja kan? Selamat mencuba dengan 3 Resepi Sarapan Pagi Dalam Satu Cawan. - CARI Infonet




7

Bagus
16

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote @inardni 7-11-2015 12:58 PM
macam senang je...harus try

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.207712 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top