SABAK BERNAM– Seorang lelaki warga emas yang tinggal keseorangan sejak 40 tahun lalu ditemui mati dalam keadaan meniarap dan berbogel di rumahnya di Parit 2 ½ Timur, Sungai Besar, di sini, pagi kelmarin. Mayat mangsa, Suliman Mustapa, 76, yang sudah reput dan dihurung lalat itu dijumpai rakannya dan seorang kontraktor di tepi tilam dalam sebuah rumah berkenaan. Rakannya, Sharif Hussin, 56, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada seorang kontraktor yang menjalankan kerja membaik pulih rumah mangsa namun berasa hairan mangsa yang tidak keluar rumah apabila dipanggil. “Kontraktor itu memberitahu, dia sudah puas memanggil mangsa berkali-kali tetapi tidak disahut, jadi dia mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada saya kerana bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku”, katanya. Sharif berkata, dia yang tiba di rumah mangsa selepas dimaklumkan kejadian itu bersama kontraktor itu bertindak menolak pintu rumah mangsa tetapi gagal kerana berkunci dan kemudiannya cuba mengintai lubang rumah berkenaan. “Kamiterus ke bahagian tepi rumah untuk jenguk dari tingkap dan terkejut melihat mangsa dalam keadaan tertiarap di tempat tidurnya dengan dihurung lalat dan mayatnya hampir reput,” katanya. Katanya, kali terakhir dia bertemu mangsa pada minggu lalu, bagaima-napun rakannya yang mempunyai isteri dan anak di Pasir Gudang, Johor itu tidak menunjukkan petanda mengalami masalah kesihatan. “Saya pernah berjiran dengan mangsa dan kerap datang melawatnya ke rumah untuk lihat keadaannya, cuma sejak kebelakangan ini saya sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak sempat menjenguknya di rumah,” katanya. “Kebiasaannya, jika arwah tidak sihat, saya akan bawa mangsa ke klinik dan dia juga tidak ada penyakit kronik,” katanya. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam untuk bedah siasat. “Tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan berhubung kematian mangsa dan kes diklasifikasikan mati mengejut..
|
shida81 posted on 3-7-2013 11:27 AM
kenapa amik gambo org mati dlm keadaan mcm tu.. aib mayat tu......
yayangmama posted on 3-7-2013 04:05 PM
kesiannya...cam ni la yg ku xnk kalu mati sok...
alih2 org jumpa da berulat je...huhu...alfatihah
ADVERTISEMENT