Oleh : TS LOO
Adalah kurang sopan menolak jemputan, apa salahnya menghadiri perjumpaan tersebut dan yang penting ianya tidak memudaratkan diri seseorang itu. Berikut adalah beberapa tips yang harus diikuti agar perkara yang tidak diingini berlaku.
1) PERGI BERSENDIRIAN? STRICLY NO! Walaupun kamu mahukan sedikit privacy apabila berjumpa dengan si dia jangan sesekali biarkan diri termasuk dalam ‘zon bahaya’. Anda tidak tahu apakah tujuan si dia mahu berjumpa dengan kamu semula., adakah si dia ingin cuba menyakiti hati kamu lagi? Sebaiknya ajaklah sesiapa untuk menemani kamu. Kamu perlu ingat, setelah hubungan kamu berdua berakhir tiada lagi istilah privasi lagi. 2) BERSIAP SEDIA MENGHADAPI SEGALA KEMUNGKINAN Seperti yang di beritahu, kamu tidak tahu apakah motif sebenar si dia ingin berjumpa. Jadi, sebelum melangkah kaki ke lokasi perjumpaan, pastikan anda sudah bersiap sedia baik dari segi fizikal mahupun mental untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan terjadi. Sekurang-kurangnya anda tidak akan di kecewakan untuk kali kedua. sumber foto : http://api.ning.com/ 3) JANGAN BERPAKAIAN SEKELEH Elakkan daripada kelihatan selekeh dan tidak terurus. Keadaan ini akan membuatkan kamu kelihatan ‘tidak bermaya' di hadapannya. Mengapa harus menunjukkan perasan sedih anda? Sepatutnya anda harus tunjukan pada si dia yang kamu berjaya membahagiakan diri dan kelihatan hebati walaupun tanpa dirinya! Jika tidak, pasti si dia akan bangga dengan apa yang dilihatnya.
sumber foto : http://www.chickensmoothie.com/ 4) KEEP IT SECRET! Dia bukannya pasangan kamu lagi yang harus mengetahui segala perkembangan kamu dan apa yang sedang kamu kejari. Lupakan niat kamu untuk berkongsi segala cerita tentang kisah hidup kamu. Percayalah, sekali kamu ceritakan si dia pasti si dia akan cuba berpura-pura di hadapan kamu. Jual mahal sedikit, buat seperti si dia sudah tidak penting dalam hidup kamu. 5) PASTIKAN KAMU PULANG DAHULU! Akhir sekali, setelah berbual dan berbincang pastikan kamu atur langkah untuk pulang terlebih dahulu. Jangan tunggu si dia untuk ucapkan “selamat tinggal”. Keadaan seperti ini akan menyedarkan si dia sememangnya kamu sudah melupakan dirinya dan hidup kamu sudah 360 darjah. Mana tidaknya, ia membuktikan kamu ada pekara yang jauh lebih pentingberbanding dirinya. sumber info : remaja |
5
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT