Pencapaian keseluruhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 meningkat dan murid yang mendapat keputusan cemerlang semua Gred A juga meningkat kepada 38,344 orang berbanding pencapaian pada tahun 2014. Demikian pengumuman Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof dalam majlis analisis keputusan UPSR 2015 di Kementerian Pendidikan pagi tadi. "Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) UPSR meningkat sebanyak 0.02 mata, iaitu daripada GPN 2.29 pada 2014 kepada 2.27 tahun ini. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik."
Tambah beliau sejumlah 443,407 murid menduduki UPSR pada tahun ini dan murid yang mendapat semua Gred A meningkat 0.76 peratus, iaitu daripada 7.89 peratus pada tahun 2014 kepada 8.65 peratus pada tahun ini. Tahun lepas, 36,304 pelajar daripada 460,407 calon mendapat semua Gred A. Sumber berita: www.bernama.com.my
|
15
Bagus |
12
Marah |
15
Terkejut |
18
Sedih |
20
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sukacactus replied at 17-11-2015 09:59 AM
Tahun lps tu kurang skir kot dpt 5A pasal buat exam byk kali (kes soklan bocor) agaknya...budak2 str ...
kodokbawang replied at 17-11-2015 09:45 AM
dalam 2-3 hari penuh Makbapak tunjuk result dalam FB...apalah sngt UPSR ni...
hatikudus replied at 17-11-2015 10:04 AM
Akupun rasa camtu. Sedikit sebanyak terganggu jugak budak2 tu
rosmahisham replied at 17-11-2015 09:56 AM
tahniah pd adik2 yg dpt keputusan yg cemerlang..dgn upsr ni la penentu nk msuk sek2elit/mrsm/sbp
alieyrina replied at 17-11-2015 10:08 AM
Ada jenis mak yg kepoci tanya result anak org..pastu cerita kat suma org ...duk banding anak si dia ...
ADVERTISEMENT