CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cipta Penampar Tangan Sebagai Jam Penggera Bangun Tidur

17-11-2015 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6694| Komen: 25

Oleh Izzah Abbasy

Simone Giertz, 25 dari Sweden telah mencipta sebuah jam penggera yang boleh mengejutkan seseorang yang sedang tidur dengan menampar mukanya baru-baru ini.



Dia yang merupakan peminat robot mencipta mesin yang dipanggil Mesin Bangun Tidur itu di rumah terapungnya menggunakan jam penggera tradisional dengan lengan getah bermotor yang dilekatkan pada dinding.

Jam yang diletakkan berhampiran katil akan menampar muka individu yang sedang tidur berulang kali menggunakan lengan bermotor itu apabila penggera dimatikan.


Melalui satu rakaman video yang dimuat naik di laman kongsi video, YouTube, Giertz menjelaskan bagaimana untuk menggunakan mesin yang agresif terbabit dan berkata dia mendapat idea itu daripada tangan palsu berdarah yang digunakan untuk festival Halloween.

Dia telah menghilangkan darah pada lengan getah itu kerana berpendapat terjaga dari tidur akibat ditampar sudah cukup menakutkan. - CARI Infonet

Info : Agensi

3

Bagus
4

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
12

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote delsmomm 16-11-2015 10:25 AM
bideo manee.....
Quote chinta89 16-11-2015 10:46 AM
nk tgk cmna boleh tampar2 org tu.video please.
Quote duri_durians 16-11-2015 10:52 AM
[youtube]mXLzfAHl4-k[/youtube]
Quote duri_durians 16-11-2015 10:53 AM
Video telah ditampar.

EH ditampal.

(Saja menyibuk)

Anyway, sesuai untuk yg tidur sopan saja kot. yang pagi2 kepala ke bawah kaki ke atas tuh, mungkin tak berjaya.
Quote clarizsa 16-11-2015 10:58 AM
hahaha... ganas...
Quote mrseller 16-11-2015 11:04 AM
I loike
Quote dubuk 16-11-2015 11:32 AM
muka ialah bahagian yang baik

tampar lah kaki
Quote Artemesiaa 16-11-2015 11:34 AM
Elok le untuk jenis yang liat nak bangun
Quote izabellemylia 16-11-2015 11:34 AM
senaman pagi..
Quote Star_el 16-11-2015 11:35 AM
Tak bahaya ke? Aku pernah baca alarm clock tu pun senanya tak bagus.
Haha kes extreme mungkinla kena ada ni.
Quote mdhelmi 16-11-2015 11:45 AM
dah mcm2 inovasi org buat utk kejutkan org tidur
tp kalo aku mampu bg idea aku akan buat benda yg bole sarung ibu kaki kita bila sampai masa alarm dia akan vibrate
itu cara betul kejutkan org tidur supaya roh yg keluar masa kita tidur akan dapat kembali ke jasad dgn sempurna
Quote Simunggu 16-11-2015 11:47 AM
I don't need...
Quote nononcrux 16-11-2015 11:47 AM
hahha mcm mne bole mcm tu rambut tersangkut plak. . nak cepat jd lambat
Quote Mary_jane 16-11-2015 12:49 PM
Ganas kan jam penampar ni. Boleh2 bangun pagi terus koma.
Quote boyagombak 16-11-2015 06:39 PM
Baik shj reka jam bila pagi2  dh bunyi lalu tutup penggera maka sebaldi air akan menjirus muka. maka x pyh mandi trus pakai baju
Quote mak_wa95 16-11-2015 06:52 PM
hahahaha inovasi,
bagus utk yg liat bangun tido
Quote ChildrenOfBodom 16-11-2015 09:12 PM
aku cuma impress dgn kefasihan beliau berbahasa inggeris slang america..mmg native swedish ka org US yg dok sweden si simone ni?...

bagi sesetengah org, tak perlu pon jam penggera, pakai body clock saja, set dalam kepala nak jaga pukui berapa sampai time tu mesti terjaga.....

anyhow jam penampaq ni kalau smpai kat ummah jepun yg fetish mesti depa modify jadi jam yg boleh bagi handjob....
Quote fire_place 16-11-2015 09:21 PM
mdhelmi replied at 16-11-2015 11:45 AM
dah mcm2 inovasi org buat utk kejutkan org tidur
tp kalo aku mampu bg idea aku akan buat benda yg b ...

Kalau kembali ke jasad xsempurna tu mcmne pulak maksudnya??
Mcm mamai2 tu ke??sori eh..aku mmg xpaham.
Quote ChildrenOfBodom 16-11-2015 09:24 PM
mdhelmi replied at 16-11-2015 11:45 AM
dah mcm2 inovasi org buat utk kejutkan org tidur
tp kalo aku mampu bg idea aku akan buat benda yg b ...

apa akan jadi kalau roh masuk balik dalam badan dengan tak sempurna?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.100291 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top