Oleh Izzah Abbasy Bulan ini sahaja, tidak jemu-jemu cerita mengenai artis antarabangsa, Adele. Bukan cerita yang buruk-buruk mengenai beliau, namun ia merupakan kebanggaan buat dirinya kerana album terbaharu Adele berjudul 25 dijangka terjual sebanyak 2.5 juta salinan pada minggu pertama pelancarannya di Amerika Syarikat.
Billboard melaporkan 25 yang baharu sahaja berada di pasaran Jumaat lalu bakal mencipta sejarah sebagai album tertinggi jualannya pada minggu pertama ia dilancarkan. Sebelum ini rekod berkenaan dipegang oleh kumpulan Nsync menerusi album No String Attached yang dilancarkan pada tahun 2000 dan ia satu-satunya album melepasi jualan lebih dua juta salinan pada minggu pertama dilancarkan di Amerika. Terjual sebanyak 2.4 juta album berkenaan dilancarkan setahun sebelum iTunes diperkenalkan yang memperlihatkan perubahan corak pembelian kepada digital secara drastik. Dalam pada itu, Adele turut mencipta rekod apabila album 25 terjual sebanyak 900,000 unit menerusi iTunes pada hari pertama ia dilancarkan dan angka itu hanya penjualan di Amerika. Sumber info : Kaki Gosip
|
9
Bagus |
19
Marah |
18
Terkejut |
10
Sedih |
17
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT