CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

4 Fasa Perkahwinan Yang Harus Dilalui Setiap Suami Isteri

24-11-2015 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 17293| Komen: 67

Oleh Izzah Abbasy

Ramai yang berpendapat, jika kahwin pada usia muda banyak rintangan yang perlu dilalui. Betulkah begitu? Sebenarnya ia terpulang pada individu masing-masing. jika berkahwin lambat pun, tetap mempunyai dugaan yang sama. Bezanya, ketika berusia 25 tahun ke atas, sikap individu berada di tahap kematangan yang tinggi.

Dalam sedar atau tidak sedar, kehidupan alam berumah tangga pada awal lima tahun perkahwinan, sememangnya berhadapan dengan pelbagai konflik.

Itulah ujian yang Allah SWT berikan kepada hamba-Nya. Bukan menghukum hamba-Nya malah ia adalah ujian yang menguji keimanan.

Oleh itu, setiap pasangan suami isteri haruslah bersiap sedia dengan fasa perkahwinan. Jika kesabaran tinggi, hadiah yang menanti pasti manis dengan kebahagiaan pada akhirnya.



Fasa 1 – 5 tahun pertama perkahwinan

Tempoh mengenali pasangan bila sudah duduk sebumbung. Pada masa inilah paling banyak dugaan antaranya sukar faham sikap pasangan, masalah kewangan, mentua, anak kecil dan banyak lagi. Dalam fasa ini perlu banyak toleransi, berbincang dan paling penting sabar.


Fasa 2-  Usia perkahwinan 5- 10 tahun

Pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya.

Ramai juga yang sudah malas merajuk pada fasa ini.  Dengan anak-anak semakin membesar, rumah tangga pada masa ini juga semakin stabil.  

Fasa 3- Usia perkahwinan 10- 15 tahun

Walau sudah stabil dan rumah tangga bahagia tapi suami isteri yang dalam fasa ini perlu hati-hati. Memasuki 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia.
Ada yang mula rasa bosan dan menjeling pada orang lain. Mungkin juga berlaku kerana suami isteri lebih beri perhatian pada anak-anak yang meningkat remaja atau pun kerjaya.

Fasa 4 – Usia perkahwinan 15-20 tahun

Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. Kadar perceraian pun kurang pada usia perkahwinan ini tapi manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukan.

Ada juga konflik dan krisis berlaku pada usia perkahwinan ini tapi jarang. Apa yang pasti jika anda sudah sampai ke tahap ini maka bersyukurlah dan jagalah kerukunan rumah tangga.

Walau fasa perkahwinan anda sekarang satu yang pasti untuk melaluinya anda perlu bersabar dan bertoleransi dengan pasangan. Itulah resipi yang bukan lagi rahsia untuk sesebuah rumah tangga bertahan. - CARI Infonet


Sumber info : Sinar Harian




21

Bagus
27

Marah
24

Terkejut
9

Sedih
22

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (126 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellaa 24-11-2015 01:16 PM
entah la.. x pernah nikah pon
Quote InVendeTTa 24-11-2015 01:20 PM
Aku 2 yrs to go nak lepas umoq kahwen 5 tahun.mmg da byk kenal n selesai masalah sama2.plg penting ketepikan ego.berlumba2 mintak maap dlu kalo ade perbalahan.psl duit,jgn berkira sgt laki bini.yg penting kebajikan anak2.huhu.
Quote GhostWalking 24-11-2015 01:22 PM
bellaa replied at 24-11-2015 05:16 AM
entah la.. x pernah nikah pon

muda lagi dek bell
Quote bellaa 24-11-2015 01:23 PM

mana tau?
Quote GhostWalking 24-11-2015 01:27 PM

sekilas baju raya dah kutahu tua atau muda
Quote bellaa 24-11-2015 01:30 PM
GhostWalking replied at 24-11-2015 01:27 PM
sekilas baju raya dah kutahu tua atau muda

haipppp!!!!!!!!!!!!!!! jangan kantoikan bella  

Quote fire_place 24-11-2015 01:39 PM
Baru 12 tahun kenal,8 tahun kawin..

Erm..bg aku ada betol apa yg dikatakan sstengah kajian ni.tp kita amik lah benda ni positif sbgai resepi untuk kehidupan sendiri.cthnya mcm org ckp xjaga bdn suami cari lain..so walau kita rasa suami xmcmtu,tp kita amik langkah berjaga.

Perkhwinan umpama perjudian?? Yes..sbb kita xtahu sape kita bhadapan skrg,akan dtg.hari ni suami nampak baik sbb xbduit,esok lusa bila dia berduit, sapa tahu?? Hari ni kita senang bini nampak setia,bila kita susah sape tahu??jd sebelum hadap semua sedikan lah diri,xleh 100% bergantung pada psgn.
Quote GhostWalking 24-11-2015 01:45 PM
bellaa replied at 24-11-2015 05:30 AM
haipppp!!!!!!!!!!!!!!! jangan kantoikan bella

tahun depan kita buat baju vasssss lagi
Quote lavalink 24-11-2015 01:47 PM
perkahwinan itu satu ibadah...

yg nama nya ibadah..setan setan takkan pernah putus asa datang mengacau.

Quote shernazz 24-11-2015 01:47 PM
jumaat ni anniversary iols yang ke 5 uols.....huhu..masih panjang perjalanan ini...
Quote melinda_kerr 24-11-2015 01:47 PM
yeker 5 tahun pertama? lelaki dah masuk umur 40-an perangai semcm betul. dah stabil semua mulalah nk cari permepuan lain. life begin at 40 katakan...
Quote Mary_jane 24-11-2015 01:50 PM
Sebelum kawin kemain kontrol ayu. Dah kawin amekaw. Ketahuan segala baik & buruk. Tapi tu lah saling melengkapi. Awal-awal kawin memang penuh pancaroba.

Quote DayangKirana 24-11-2015 01:51 PM
dah cecah 4 tahun..
striving for a lifetime..
Quote HannahMontana 24-11-2015 01:58 PM
3 bulan pertama beromen mcm xde kerja lain nak dibuat

seterusnya merasalah ko ,betul ke palsu ke akan pasangan masing2....


time ni berak pun xde tutup pintu jamban ,kentut maha bergegar dlm rumah ,tahan sajalah
Quote rospinki 24-11-2015 02:00 PM
reliti is perkahwinan tu buat kita tk sempat tgk jam even pon..tau2 dh nnk mampus idup kawen
Quote lavalink 24-11-2015 02:01 PM
shernazz replied at 24-11-2015 01:47 PM
jumaat ni anniversary iols yang ke 5 uols.....huhu..masih panjang perjalanan ini...

maka 5 tahun sudah laki lu terseksa jiwa raga nya..









Quote bangcak 24-11-2015 02:14 PM
bellaa replied at 24-11-2015 01:16 PM
entah la.. x pernah nikah pon

kaka @GhostWalking tu citer pasal 'fasa perkahwenan' arr
bukan fasa pernikahan.

...harap maklom
Quote dino 24-11-2015 02:22 PM
shernazz replied at 24-11-2015 01:47 PM
jumaat ni anniversary iols yang ke 5 uols.....huhu..masih panjang perjalanan ini...

tahniah.... cuma kesian nengok spesis no life tarak laku tu.... ade je komen2 mcm bagus.....
dah perangai buruk.... sapa la nak kan....
Quote lavalink 24-11-2015 02:23 PM
dapur bersepah pun menduga rumahtangga taw..

sampai laki malas nak balik kampung walaupun dihari raya..



Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.032666 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top