CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Tersalah Suami, Malam Pertama Bersama Pengapit

30-11-2015 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14891| Komen: 37


Oleh : Dean BZ

Pelik tapi itulah peristiwa sedih yang terjadi pada seorang pengantin wanita yang dikenali sebagai Huang di Napo.  Huang yang ingin menyambut perkahwinannya dengan mengadakan hubungan intim pada awal pagi selepas majlis itu berlangsung terkejut apabila menyedari lelaki di atas katil bukan suaminya, tetapi pengapit pengantin lelaki. Adui! Kalau anda ditempat dia apa perasaan anda?



Bagaimanapun, tak ada gunanya dia menyesal kerana benda sudah terjadi, lapor akhbar Xinhua.

Huang dikatakan pergi ke bilik mandi pada awal pagi selepas malam majlis perkahwinan. Dia dengan seronok kembali ke bilik yang disangka biliknya dan mula meraba lelaki berkenaan yang disangka suaminya.


Namun sebenarnya lelaki itu ialah pengapit suaminya ketika majlis perkahwinan mereka dan dia tidak menyedari bahawa dia sudah mengadakan seks hinggalah sejurus selepas hari mula cerah.

“Tolong! Tolong, saya dirogol,” jerit wanita itu sebaik menyedari kesilapannya.

Semua penghuni rumah berkenaan mengelilinginya. Dan selepas perbahasan hangat, mereka memutuskan cadar kotor keluarga itu tidak boleh dibasuh secara terbuka dan pengapit terbabit perlu membayar pampasan kepada pengantin baru itu sebanyak 20,000 yuan.

Keputusan itu bagaimanapun dibantah pengapit terbabit yang mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada pasangan pengantin itu.

Pasangan berkenaan kemudian mengheretnya ke balai. Tetapi polis enggan menyiasat kes itu kerana berpendapat apa yang berlaku tidak mencapai tahap merogol.

Kerana kecewa, mereka kemudian memfailkan tuduhan rogol terhadap lelaki itu di Mahkamah Rakyat Bandar Napo. Bagaimanapun, mahkamah juga menolak kes itu dengan berkata, tidak ada keganasan atau paksaan digunakan oleh pengapit berkenaan. – Agensi

Buat pembaca yang bakal berkahwin, semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua. Kenalpasti suami anda sebaik mungkin sebelum melakukan hubungan intim. Benar, mungkin kes ini satu dalam sejuta tapi tidak mustahil bakal berulang. Hati-hati ya! - CARI Infonet.




15

Bagus
19

Marah
16

Terkejut
23

Sedih
13

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Athrun.Zalaa 30-11-2015 12:47 PM
Woww pengapit tu...

"“Tolong! Tolong, saya dirogol,” jerit wanita itu sebaik menyedari kesilapannya."
Apa kejadah la rogol lps dah 'sedap'...
Quote -electrifying- 30-11-2015 12:49 PM
Fuh dapat free tu
Quote plasterhati 30-11-2015 12:59 PM
Dah tu laki sebenar dia tdo mn mlm tu?
Quote whadda 30-11-2015 01:19 PM
ko dah sedap rogol pengapit pastu seret nak saman pulak... dalam gelap pengapit tadah je la...
Quote epis 30-11-2015 02:10 PM
Athrun.Zalaa replied at 30-11-2015 12:47 PM
Woww pengapit tu...

"“Tolong! Tolong, saya dirogol,” jerit wanita itu sebaik menyedari kesilapa ...

pengantin wanita tu yang menjerit selepas sedar yang lelaki die bersama malam tu bukan suaminya, tapi si pengapit...
Quote haryatie 30-11-2015 02:19 PM
nak gelak ke apa..x tau laaa..
untung le jntn tu..
tp pelik jugak..
yg suami dia tu x cari ke bini da pegi mana semalaman x jumpa..
mcm x masuk akal jerk..
Quote khailya 30-11-2015 02:24 PM
pengapit tu pn redha je la eh...hehehehe
Quote Artemesiaa 30-11-2015 02:27 PM
Ni mesti kes mabuk minum banyak sangat masa majlis reception.  Orang tengah mabuk mana sedar perbuatannya.
Quote zameyla 30-11-2015 03:25 PM
haha...padan muka ja...
Quote bunga_lestari 30-11-2015 03:36 PM
ada beberapa kemusykilan kat sini

1. pengantin tu tak perasan ke susuk tubuh suaminya, atau langsung tak tengok muka kah?
2. yang pengapit pulak, takkan diam jer bila perasan perempuan sedang meraba anunya? tak tengok muka jugak kah?
3. pengantin lelaki tak tertanya-tanya ke mana pergi isterinya di malam pertama?

semua ni tak masuk akal langsung..
Quote bianglala 30-11-2015 03:54 PM
mabuk la tu.. dedua mabuk kot.

misteri kehilangan pengantin lelaki... pi mana...
Quote PulutDereyan 30-11-2015 04:11 PM
misteri nusantara btoi la camni...
Quote mizz_fatyn 30-11-2015 04:18 PM
tak logik langsung!
Quote iznanaziz 30-11-2015 04:28 PM
plasterhati replied at 30-11-2015 12:59 PM
Dah tu laki sebenar dia tdo mn mlm tu?

laki sebenar tak nak tido ngan pengantin pompuan
dia sudah ada kekasih
maka dia melarikan diri


gatai na pompuan tu..dia lak yg gi meraba dulu
Quote zamzarai 30-11-2015 04:39 PM
pengantin perempuan yang start mukadimah dulu
Quote iznanaziz 30-11-2015 04:44 PM
bunga_lestari replied at 30-11-2015 03:36 PM
ada beberapa kemusykilan kat sini

1. pengantin tu tak perasan ke susuk tubuh suaminya, atau langs ...

private investigator sedang menjalankan siasatan 'private parts'

Quote kucen_miang 30-11-2015 04:46 PM
bunga_lestari replied at 30-11-2015 03:36 PM
ada beberapa kemusykilan kat sini

1. pengantin tu tak perasan ke susuk tubuh suaminya, atau langs ...

satu jer jawapan utk 3 soklan itu.

mabuk.

Quote bunga_lestari 30-11-2015 04:55 PM
kucen_miang replied at 30-11-2015 04:46 PM
satu jer jawapan utk 3 soklan itu.

mabuk.

yup, mabuk.. sebab tu tak mustahil yek salah bilik..
Quote bunga_lestari 30-11-2015 04:55 PM
iznanaziz replied at 30-11-2015 04:44 PM
private investigator sedang menjalankan siasatan 'private parts'

hahaha...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.166497 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top