CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ikan Rebus Sambal Budu Yang Sedap Sengoti

3-12-2015 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5863| Komen: 0


Oleh : Dean BZ


Sebut saja pasal ikan rebus sambal budu, makanan ini sangat popular di pantai timur Malaysia. Tengok gambar pun sudah kecur liur dibuatnya, belum lagi makan. Jika ingin mencuba, anda boleh memilih ikan yang anda suka tetapi kebiasaannya ikan tongkol menjadi pilihan ramai.

Resepi Oleh : Adnan Ibrahim
1 ekor ikan japanese mackerel, dikerat 4, ikut saiz ikan
1/2 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air secukupnya

Bahan Sambal
20 biji cili padi merah siam
2 biji bawang merah
1 inci belacan
Gula secukup rasa
1/3 cawan jus asam jawa
4 - 5 biji limau kasturi, ambik jusnya
1/2 cawan "BUDU"
Hirisan bawang besar, untuk hiasan


UNTUK IKAN REBUS
Masukkan semua bahan kecuali bawang untuk hiasan, ke dalam periuk bersama ikan, tuang air secukupnya dan letak sedikit garam. Didihkan dan biar hingga ikan masak. Matikan api. Biar kan sekejap.

UNTUK SAMBAL AIR ASAM BUDU
Tumbuk cili padi, bawang merah, belacan hingga hancur dan lumat. Tuang budu, jus asam jawa dan jus limau kasturi. Tambah gula sebagai pengimbang rasa. Jika ok boleh hidangkan bersama ikan.

PENYEDIAAN
Toskan ikan, letak dalam bekas sesuai, curah sedikit sambal air asam budu atasnya, tabur hirisan bawag besar dan hidangkan bersama nasi panas


kredit:azlita masam manis


Selamat mencuba! Semoga selera anda naik mencanak-canak hari ini - CARI Infonet.







30

Bagus
17

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
23

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.163027 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top