CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pukul isteri dengan tali pinggang

5-7-2013 09:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6540| Komen: 33

111.jpg

KOTA BHARU - Seorang wanita membuktikan kasih terhadap suaminya apabila mengaku masih sayang akan lelaki itu walaupun dipukul kerana tidak memberi wang kepada lelaki berkenaan untuk membeli arak.

Lebih mengharukan apabila wanita itu sanggup memaafkan perbuatan suaminya yang bertindak memukul mangsa dengan tali pinggang hingga putus.
Tindakan ganas Farid Kamal Bala, 29, bagaimanapun mendapat balasan apabila dia dihukum penjara lima bulan dan denda RM5,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman terhadap mualaf yang masuk dua tahun memeluk agama Islam itu diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad.

Dia mengaku mengasari warga Thailand, Sitikhadeeja, 32, dengan tali pinggang hingga mangsa cedera di dahi, lengan tangan kanan dan jari kecil kanan dalam kejadian jam 8 malam, 8 Jun, di sebuah rumah di Pondok Terusan Pasir Tumboh, di sini.

Mangsa dipukul selepas berlaku pertengkaran berpunca daripada Farid yang meminta wang, bagaimanapun, isterinya itu hanya ada RM10 sebelum wang itu dirampas suami.

Dia kemudiannya memukul mangsa dan menyebabkan wanita yang sudah enam tahun memeluk agama Islam itu tercedera.
Pada prosiding semalam, tertuduh merayu hukumannya diringankan dan sudah bertaubat dengan kesalahan itu. Nik Habri bagaimanapun menasihatkan tertuduh supaya lebih mendalami ilmu agama Islam dan tidak mengulangi perbuatan itu.

Pendakwaan kes itu dibuat Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterbersih 5-7-2013 08:02 AM
Org serambi mekah beli arak??
minum arak??

apa lagi lobai serambi mekah mahu???
Quote izamahmed 5-7-2013 08:06 AM
kasi free airfilter kat makcik tu
Quote bbalik 5-7-2013 08:08 AM
Tindakan ganas Farid Kamal Bala, 29,



mmg bala....
Quote izamahmed 5-7-2013 08:09 AM
bbalik posted on 5-7-2013 08:08 AM
mmg bala....

nasib baik bukan Farid Kamil
Quote kasibiman 5-7-2013 09:19 AM
takbirrrrrr




















vudus punya betine
Quote hani2103 5-7-2013 09:23 AM
dua2 nya mualaf.....biar dia masuk lokap.... mungkin di sana peluang dia untuk lebih mendalami agama islam lebih fokus.....
Quote haryatie 5-7-2013 09:30 AM
pelik aku ngan prempuan yg sanggup lagik bertahan utk suami yg mcm tu..
ntah ler..kdg2 unik btul perasaan prempuan ni..
tp kdg2 mcam x bertempat ler pulak..
x tahu nk kata apa...diri ko, badan ko..tanggung la sdiri klau da sayang..
Quote tongkatwaran75 5-7-2013 09:32 AM
Farid Kamal Bala...

Klu tgk nama mcm bkn asal mecca corner jer...
Quote rokiah_sisip 5-7-2013 09:34 AM
tolong la kalo dapat laki camni..mmg dah lama ak bg mkn racun... takde tanggung jawab langsung..kawin bt ape kalo nk bt sepak terajang bagai... emo ak kalo ada kes camni..sb ape... sb pompuan pun sama..berserah je pada nasib.. setakat nk sayang laki camtu.. eh bersepah laki baik2 kt luar sana..yg menjamin masa dpn...
Quote ciklipoo 5-7-2013 09:47 AM
mmg bawak bala....xpaham laki cm ni...xde sifat syg lagi ke...xpun dah buta ati..
Quote Pumpkinhead 5-7-2013 11:27 AM
pukul dgn tali pinggang...ingat isteri tu ape? lepas ni, pukul dgn chainsaw agaknya...patut pukul diri sendri dulu
Quote redmoskito 5-7-2013 12:10 PM
bodoh punya jantan.. baik potong jek kxnxk ko tu ks anjing makan
Quote cherry08 5-7-2013 12:24 PM
baiknye istri dia...dah kena pukul memaafkannye...
Quote missus_meow 5-7-2013 12:28 PM
asal bersuami
Quote mak_wa95 5-7-2013 01:40 PM
akibat ketagih arak........
Quote mizkajura 5-7-2013 01:57 PM
buang telo n pak guard telo tuh kasik hayam makan. bodo punya jantan
Quote jonlabu 5-7-2013 02:02 PM
airfilterbersih posted on 5-7-2013 08:02 AM
Org serambi mekah beli arak??
minum arak??


Mereka mahu dipanggil urban huhu
Quote Sue.Blossom 5-7-2013 02:16 PM
insaf ke jadah die..vavi pnye org.
Quote pestol 6-7-2013 08:36 PM
apa pnya dayus la. pkai tali pngang apa ya? bonia ke?

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.063730 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top