Oleh : Dean BZ
Dalam hidup ini, tidak semestinya pilihan kita sentiasa tepat. Terkadang kita rasa sudah bertemu kekasih hati yang sejati, namun usahlah terlalu gembira jika kekasih hati anda ada 5 ciri-ciri dibawah ini. Jom kita tengok siapa yang kena : 1- Dia sentiasa mahu rahsiakan hubungan. Kebiasaannya si dia tidak suka hubungan antara anda dengan si dia diketahui ramai. Bermacam alasan diberi, namun percayalah yang si dia sedang menjaga "market" untuk "memancing" wanita lain.
2- Dia tidak pernah LIKE gambar anda di FB/Insta. Jika sebagai teman lelaki tetapi tidak pernah ambil tahu tentang status anda, ini juga mungkin tektik jaga "market" atau si dia sememangnya ada "sparepart" dalam FB/Instanya. Jadi untuk elakkan diketahui, langkah baik dia tidak akan respon sebarang status atau gambar yang anda muatnaik. 3- Dia sentiasa membelakangkan anda setiap kali menghantar mesej/Call. Awas, jika si dia seperti berahsia minta telefon bimbitnya dan periksa sms/WhatsApp. Jika dia berkeras mengelak, ini satu petanda buruk. 4- Anda terdengar khabar angin dia keluar bersama gadis lain. Kes ini terlalu subjektif, namun jika anda sentiasa mendapat berita kurang baik ini, lebih baik siasat. 5- Bila keluar bersama, setiap masa si dia mengadap telefon bimbit. Jika anda sentiasa menunggu si dia membalas mesej anda tapi bila keluar bersama si dia sentiasa mengadap telefon bimbit, awas. Ini petanda si dia sememangnya sudah rimas dengan anda. Apa yang penulis kongsikan adalah sebagai peringatan, tidak pula meminta anda percaya seratus peratus. Mungkin ada yang betul, mungkin juga hanya kebetulan. Tetapi kata orang lebih baik mencegah dari mengubat. Jangan sampai anda menjadi mangsa buaya darat, sesal kemudian sudah tidak berguna. - CARI Infonet. |
15
Bagus |
16
Marah |
16
Terkejut |
11
Sedih |
16
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
seinze replied at 15-12-2015 09:11 AM
lagi satu, die sgt pandai berkata2, bg mcm2 alasan, sbb perlukan point utk cover kecurangan
caca_eric replied at 15-12-2015 09:57 AM
awak ada pengalaman sendiri ke
ADVERTISEMENT